RotiKaya

RotiKaya


Zizan Razak Nafi Kini Bercinta Dengan Elfira Loy

Posted: 28 Apr 2013 05:37 PM PDT

Semenjak Zizan Razak mengumumkan yang hati beliau telah di’curi oleh seorang wanita, satu per satu andaian akan siapakah gerangan wanita itu timbul & yang terbaru ianya di’khabarkan Elfira Loy.

Selepas di’gossipkan bercinta dengan Kaka dan juga Emma Ma’embong, Zizan Razak kini cuba di’kaitkan pula dengan pelakon remaja kecil molek Elfira Loy tetapi pantas dinafikan pelawak tersebut.

“Saya mengenali Elfira Loy sebagai rakan artis dan memang dia seorang gadis yang baik. Personalitinya pun menarik dan saya senang mempunyai teman seperti dia,” ujar Zizan Razak kepada portal Murai.

Zizan Razak juga sekali lagi bercerita tentang gadis yang berjaya mencuri hatinya namun enggan memberitahu sama ada dia seorang selebriti atau tidak. Hadiah iPhone 5 juga masih misteri siapa pemberinya.

“Saya memang ada menyebut berkenaan seorang wanita. Tetapi saya tidak sebut pula siapakah orangnya. Sama ada artis atau tidak, habis di situ sahaja,” tambah Zizan Razak yang ingin berkahwin sebelum usia 30 tahun.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Puteri Sarah Liyana & Syamsul Yusof Kini Bercinta?

Posted: 28 Apr 2013 09:11 AM PDT

Jika mengikut kata bekas kekasih kepada Puteri Sarah Liyana, memang ya aktress ini sedang menjalinkan hubungan dengan pengarah filem & juga pelakon popular, Syamsul Yusof.

Ammar Alfian melahirkan rasa pelik kenapa Puteri Sarah Liyana masih merahsiakan hubungan dengan Syamsul Yusof sedangkan mereka sudah bercinta sejak Oktober tahun lalu.

“Mereka mula akrab sejak Oktober 2012 dan kami putus sekitar Disember 2012. Dia cakap dirinya solo tetapi sebenarnya tidak,” ujar Ammar Alfian kepada mStar Online hari ini.

Ammar Alfian turut berkata yang beliau mengambil keputusan membuat pendedahan ini kerana bosan dengan sikap Puteri Sarah Liyana yang suka memburukkan dirinya di media & krew produksi penggambaran.

“Sebagai wanita yang sudah berubah menjadi lebih baik, rasanya tidak elok jika dia nak memburukkan sesiapa sahaja termasuklah saya. saya dah lali kerana sepanjang kami bersama pun dia sering memburukkan saya”

“Cuma ada juga apa yang Sarah cakap itu betul, hubungan kami sebelum ini macam buang masa,” kata Ammar Alfian yang turut mengakui beliau kini sedang bercinta dengan seorang model bernama Shella.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

MasterChef Selebriti Malaysia 2013 — Perbodohkan Diri Sendiri, Zain Saidin Terkeluar

Posted: 28 Apr 2013 09:09 AM PDT

Episod terbaru persaingan MasterChef Selebriti Malaysia yang ke udara malam Ahad semalam menerima reaksi rancak dari para peminat gara gara perangai yang di’tunjukkan oleh Zain Saidin.

Mungkin anda pernah terdengar cerita yang mengatakan Zain Saidin suka tunjuk perangai di set MasterChef Selebriti Malaysia namun ramai yang menganggap kisah itu sebagai teknik melariskan program.

BACA: Zain Saidin Cuba Tunjuk Karakter Dalam MasterChef Selebriti 2

Malam tadi, ketika proses penyingkiran berlaku satu Malaysia boleh melihat sendiri sikap kurang ajar & memperbodohkan diri sendiri oleh Zain Saidin terhadap juri juri dalam program tersebut.

Peminat di laman sosial rata rata menyokong penyingkiran Zain Saidin dari MasterChef Selebriti kali ini kerana tidak sanggup melihat perangai tidak matang beliau sebagai seorang selebriti.

Malah ada antara mereka yang membandingkan Zain Saidin dengan Azwan Ali yang mana juga lantang bersuara dalam program itu sebelum ini tetapi tidak pernah sekali pun bersikap kurang ajar.

Dalam masa yang sama, anda perasan atau tidak perangai Rozita Che Wan terhadap Zain Saidin dalam program ini? Ya Tuhan, mereka berdua ini mahu mendirikan rumahtangga bersama. Hmm.

#04 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA #03 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA #02 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA #01 Zain Saidin Terkeluar MasterChef Selebriti Malaysia - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Akui Hubungan Serius, Pekin Ibrahim Kahwin Jun 2014?

Posted: 28 Apr 2013 09:02 AM PDT

Jika sebelum ini kenyataan Pekin Ibrahim mengiyakan hubungan beliau bersama Uqasha Senrose dan berkata yang keluarga beliau merestui akan hubungan ini, nampaknya kini ada perkembangan lebih positif.

BACA: Keluarga Restu Saya Dan Uqasha Senrose – Pekin Ibrahim

Bercakap kepada Media Hiburan baru baru ini, Pekin Ibrahim mengakui yang hubungan beliau dengan Uqasha Senrose memang serius & jika tiada aral melintang merancang untuk berkahwin tahun hadapan.

“Tarikh sebenar belum dapat dipastikan lagi, mungkin Jun 2014,” ujar Pekin Ibrahim ringkas tentang rancangan perkahwinan beliau.

Dalam laporan yang sama, Pekin Ibrahim berkata yang beliau kini bersedia untuk menonjolkan diri lebih dalam media berbanding sebelum ini kerana agak berahsia tentang kisah kisah peribadi.

Pekin Ibrahim & Uqasha Senrose Kahwin Jun 2014 - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.326)

Posted: 28 Apr 2013 09:00 AM PDT

VIDEO HARI INI: Penari hip hop berbangsa Perancis di Jepun, Guillaume Lorentz telah membawa tarian cover beliau dengan lagu Can’t Hold Us nyanyian Macklemore & Ryan Lewis ke jalanan. Awesome!

Hanya selepas empat hari memulakan kempen di Kickstarter, Zach Braff berjaya mengumpul US$2.1 juta dana daripada para peminat yang ingin menonton filem Wish I Was Here menjadi kenyataan. – EW

Elton John dalam temubual terbaru berkata yang perbalahan bersama Madonna yang berlarutan selama bertahun lamanya kini sudah selesai usai pertemuan mereka di sebuah restoran di Perancis. – Vulture

Oleh kerana bersuara lantang menentang Pakatan Rakyat di Facebook, akaun Azhar Sulaiman telah di’godam & selebriti itu terus mempersoalkan hak kebebasan bersuara di Malaysia. – MyNewsHub

Aktress popular Korea, Ha Ji Won meluahkan hasrat untuk membuka agensi pengurusan sendiri selepas berpisah dengan agensi rasmi beliau sebelum ini yang menaungi kariernya selama 10 tahun. – Soompi

Ah akhirnya ada gambar sebagai bukti yang pasangan ini memang ingin kembali bersama. Justin Bieber & Selena Gomez masing masing kirimkan gambar tanpa baju bersama mereka ke Instagram. – US Weekly


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Norman KRU: Industri Muzik & Filem Akan Hancur Jika PAS Pegang Kuasa

Posted: 27 Apr 2013 11:13 PM PDT

Tinggal seminggu sahaja lagi sebelum kita keluar beramai ramai mengundi untuk menentukan masa hadapan Malaysia. Namun, Norman Abdul Halim atau Norman KRU seperti sudah nampak masa hadapan.

Melalui akaun Twitter beliau hari ini, Norman KRU menulis yang masa hadapan industri perfileman & muzik tempatan dalam keadaan bahaya jika Parti Islam Se-Malaysia (PAS) di’benarkan berkuasa.

“Sorry ye, apa yang saya tweet ni mesti penyokong PR tidak suka tapi ini realiti – kalau PAS berkuasa, industri filem & muzik kita akan hancur”

“Bukan saja industri filem dan muzik tempatan saja yang akan hancur; pengeluaran filem & muzik antarabangsa di Malaysia akan turut terjejas,” tulis Norman KRU yang menerima pelbagai reaksi.

Penyanyi & penerbit, Hafiz Hamidun antara yang memberikan reaksi beliau mengatakan industri filem & muzik tidak akan terjejas langsung malah apa yang perlu adalah produk seni yang lebih berkualiti.

Apa kata anda?

#06 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #05 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #04 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #03 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #02 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #01 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA #07 Norman KRU - Industri Muzik & FIlem Akan Hancur Jika PAS Berkuasa - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Judika Kagumi Amy Search & Luah Hasrat Ingin Berduet

Posted: 27 Apr 2013 08:59 PM PDT

Pemilik nama Judika Nalon Abadi Sihotang, atau lebih mesra dipanggil Judika telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia teramat mengagumi penyanyi-penyanyi dari Malaysia terutamanya Amy Search.

Sejak dari kecil dia mendengar lagu-lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu, dan lain-lain lagi sehinggakan bapanya sendiri telah membelikannya beberapa kaset Amy Search ketika dia di bangku sekolah.

“Saya begitu mengagumi Amy Search, yang suatu ketika dahulu amat popular dengan lagu-lagu seperti Isabella, Fantasia Bulan Madu dan lain-lain lagi sehinggakan pernah suatu ketika dahulu ayah saya membelikan beberapa kaset Amy Search ketika saya berada di bangku sekolah,” katanya penuh teruja.

Judika juga menyimpan hasrat untuk berkobolarasi bersama-sama dengan Amy Search sekiranya diberi peluang suatu hari nanti.

Dia yang juga turut meminati penyanyi Faizal Tahir, Jaclyn Victor dan juga Dato' Siti Nurhaliza tidak mahu melepaskan peluang juga sekiranya suatu hari nanti dapat bergandingan bersama penyanyi tersohor Malaysia itu.

“Sekiranya diberi peluang pada suatu hari nanti, saya amat sekali teringin untuk menyanyi berduet bersama-sama dengan Amy Search, kerana dia mempunyai vokal yang cukup mantap dan sehingga kini, beliau masih lagi mampu untuk menyanyi dalam nada yang tinggi”

ROTIKAYA_060 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_061 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_062 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_063 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA

“Saya juga turut meminati Faizal Tahir kerana beliau juga seorang penyanyi yang luar biasa sekali & mempunyai karakternya tersendiri apabila berada di atas pentas. Selain itu, saya juga meminati Jaclyn Victor dan Dato' Siti Nurhaliza kedua-dua penyanyi ini juga amat saya kagumi dan sekiranya berpeluang berkobolarasi bersama-sama dengan mereka semua saya akan begitu teruja dan berterima kasih kerana dapat merealisasikan impian saya untuk menyanyi bersama-sama mereka,” ujarnya.

Sementara itu, Judika juga akan mengakhiri zaman bujangnya apabila bakal berkahwin dengan seorang jelitawan Indonesia yang merupakan Puteri Indonesia 2007, Duma Risis Silalahi yang dijangka akan diadakan pada 31 Ogos ini di Danau Toba, tempat asal mereka berdua.

Pada petang tersebut bersempena mini showcase yang dipersembahkan oleh Judika yang bertempat di Hotel Royal yang merupakan penaja penginapan rasmi, dia menghiburkan peminat-peminatnya di Malaysia dengan menyanyikan beberapa buah lagu antaranya Aku Yang Tersakiti.

ROTIKAYA_064 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_065 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_066 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA ROTIKAYA_067 Judika Luah Hasrat Ingin Berduet Dengan Penyanyi Malaysia - ROTIKAYA

Istimewanya pada petang tersebut dia menyanyikan lagu dari idola yang cukup dikaguminya tak lain tak bukan, Amy Search dengan membawakan lagu yang berjudul Isabella.

Majlis sidang akhbar dan showcase ini ditaja oleh Hotel Royal Kuala Lumpur dan ERA FM selaku radio rasmi. Manakala KKBOX dan Spotify merupakan rakan online music streaming.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Maznah Zulkifli Rampas Suami Noniswara, Punca Cerai?

Posted: 27 Apr 2013 08:08 PM PDT

Noniswara sebelum ini ada menyebut kepada media yang seorang wanita bergelar artis telah menjadi punca kepada tuntutan cerai beliau terhadap suami, Datuk Rosman Ridzwan malah telah bersemuka.

Beriat Harian menerusi sisipan hiburan mereka, Bpop menulis gossip yang mengatakan artis tersebut adalah Maznah Zulkifli, personaliti televisyen yang terkenal dengan aktiviti lasak beliau.

Maznah Zulkifli Punca Noniswara Bercerai - ROTIKAYA

Khabarnya, Maznah Zulkifli & suami Noniswara sering keluar bersama suatu ketika dahulu tetapi dalam diam di’katakan personaliti TV ini mencuri hati lelaki tersebut.

Ini pula kisah yang di’ceritakan oleh Noniswara tentang artis yang menjadi punca penceraian beliau & suami.

“Siapa sangka kawan sendiri sanggup mengkhianati saya. Dia juga rakan artis. Saya mengenalinya dengan rapat malah dia pernah meminta saya mencarikan teman lelaki untuknya”

“Artis ini mula memberi perhatian kepada suami saya ketika saya sibuk di lokasi penggambaran. Dia meracuni fikiran suami dan memburukkan saya”

“Selepas berbincang dengan suami, beliau mengakui mencintai artis ini dan tidak mahu melepaskannya. Tidak guna saya menunggu lagi jika suami sendiri mengakui wajah saya serupa hantu,” jelas Noniswara.

#01 Maznah Zulkifli Rampas Suami Noniswara - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...