RotiKaya

RotiKaya


Mahu Jaga Hati Peminat, Linda Onn Tarik Diri Dari ABPBH

Posted: 26 Apr 2013 08:00 PM PDT

Selepas Adi Putra mengumumkan yang beliau menarik diri dari pencalonan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) tahun hadapan, kini giliran Linda Onn pula mengikut jejak langkah sama.

Memberikan faktor yang sama seperti Adi Putra, Linda Onn berkata beliau merasa bersalah terhadap peminat yang kecewa tidak dapat melihat kemenangan beliau walaupun sudah berusaha keras mengundi.

“Saya bukan berkecil hati atau merajuk kerana kalah menang itu adalah perkara biasa dalam sesuatu pertandingan tetapi penarikan diri itu adalah semata mata kerana peminat saya”

“Ramai yang datang kepada saya dan mengadu mereka kecewa kerana saya gagal memenangi kategori itu walaupun mereka pun telah bersusah payah melakukan undian,” jelas Linda Onn kepada mStar Online.

Linda Onn turut berkata yang penarikan diri beliau boleh memberikan laluan kepada muka muka baru dalam dunia penyampai radio selain turut berharap peminat terus menyokong kerjaya beliau.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Norman Hakim Serahkan Pada Takdir Soal Berjodoh Dengan Abby Abadi

Posted: 26 Apr 2013 07:37 PM PDT

Melihat kemesraan mereka sejak akhir akhir ini keluar bersama dalam satu keluarga yang besar, memang terdetik di hati peminat untuk bertanya sama ada Norman Hakim akan mengahwini Abby Abadi semula.

Bercakap kepada Murai baru baru ini, Norman Hakim bersyukur hubungan beliau, Memey Suhaiza dan Abby Abadi kini berada dalam keadaan yang sangat baik demi kebahagiaan anak anak mereka.

“Namun untuk berkahwin semula dengan Abby Abadi, itu terus-terang saya belum terfikir dan ianya di luar daripada kuasa saya”

“Kami juga tidak tahu perancangan Allah untuk kami. Jadi mungkin ya dan mungkin juga tidak kami akan kembali bersama,” jelas Norman Hakim.

Selain keluarga bersama untuk anak anak, Norman Hakim juga berkata yang beliau, isteri & Abby Abadi sering keluar bersama akhir akhir ini untuk membantu Abby Abadi memulakan perniagaan butik beliau.

#01 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA #02 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA #03 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA #04 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA #05 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA #06 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA #07 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA #08 Gambar Memey Suhaiza Kini Bertudung - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...