RotiKaya |
| Anne Ngasri Hamil Tiga Bulan, Tidak Halang Turun Kempen Posted: 26 Apr 2013 08:35 AM PDT Nampak juga gambar Anne Ngasri menemani suami turun berkempen bersempena Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) kali ini tetapi tidak pula kami tahu yang beliau kini sedang mengandung. Bercakap kepada mStar Online, Anne Ngasri mengakui yang dirinya kini sedang hamil tiga bulan tetapi itu bukan satu penghalang untuk beliau turun bersama memeriahkan kem Barisan Nasional (BN). “Keadaan saya yang hamil tidak menghalang untuk saya menemani suami berkempen malah saya cukup bersemangat” “Bagaimanapun bukan setiap hari saya keluar berkempen tetapi mengikut kesesuaian dalam keadaan berbadan dua. Namun peluang untuk turun berkempen cukup menyeronokkan,” jelas Anne Ngasri. Anne Ngasri turut menambah yang beliau akan mengurangkan aktiviti seni ketika ini sehinggalah September di’mana beliau di’jangka bersalin & akan kembali aktif selepas itu. Well, tahniah! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Dafi Akui Tiada Teman Wanita Kerana Kurang Romantik Posted: 25 Apr 2013 08:19 PM PDT Kalau bercerita yang Dafi atau Gaddafi sukar untuk mencari teman wanita, pasti ada yang susah mahu percaya. Apa sahaja yang tiada pada penyanyi ini, bergelar anak VVIP bukankah satu bonus? Heh. Dalam kenyataan terbaru kepada mStar Online, Dafi mengakui yang dirinya sudah enam tahun menjalani kehidupan solo tanpa teman wanita kerana menyifatkan diri sebagai kurang romantik. “Memang saya bukan seperti kebanyakan lelaki yang bersifat budiman dan romantik.Mungkin kerana itu saya tiada kekasih kut,” seloroh Dafi tentang kisah cintanya & berharap akan kahwin lima tahun lagi. Dalam laporan sama, Dafi menyebut yang ada di’kalangan individu yang beliau kenal mahu bergelar kawan kerana ingin mengambil kesempatan ke atas status beliau sebagai anak Menteri di Malaysia. “Mereka ingat, berkawan dengan saya akan memudahkan mereka untuk mendapatkan projek-projek perniagaan daripada bapa saya?” © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.