RotiKaya |
- Produksi Ugut Rita Rudaini & Tuntut Ganti Rugi RM100,000
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.325)
- Rasa Selesa, Memey Suhaiza Putuskan Untuk Kekal Dengan Bertudung
- Fouziah Gous Sahkan Kahwin Tahun Ini & Tidak Suka Tunjuk Teman Lelaki
| Produksi Ugut Rita Rudaini & Tuntut Ganti Rugi RM100,000 Posted: 25 Apr 2013 06:07 PM PDT Februari lalu Rita Rudaini telah menarik diri daripada meneruskan satu penggambaran dengan sebuah produksi baru yang di’dakwa beliau sebagai tidak professional dalam kerja. Rita Rudaini hanya sempat berlakon selama empat hari daripada jadual penggambaran dan keputusan menarik diri beliau telah mengundang surat tuntutan ganti rugi daripada pihak produksi tersebut. “Ada beberapa masalah di set yang saya tak boleh biarkan. Misalnya dari segi kostume yang tak sesuai dan beberapa perkara lain,” ujar beliau yang turut mendakwa pelakon lain turut merasa perkara sama. Aktress ini juga memaklumkan yang beliau ada pergi bersemuka dengan pihak produksi luahkan rasa tidak puas hati tetapi mereka enggan berubah malah membuat provokasi sehingga beliau berhenti berlakon. “Alih alih, pada bulan ini (April) saya menerima surat yang bertarikh 25 Mac daripada produksi berkenaan. Mereka menuntut ganti-rugi yang mencecah hampir RM100,000 & minta bayaran secepat mungkin” Rita Rudaini mendakwa tuntutan itu sebagai tidak masuk akal kerana ianya melebihi jumlah 40% wang pendahuluan yang beliau terima sebelum mula berlakon & memang bercadang untuk memulangkan’nya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.325) Posted: 25 Apr 2013 09:12 AM PDT VIDEO HARI INI: Peminat aktress ini boleh bangun dari mimpi kerana dia sendiri bukan dalam dunia Harry Potter lagi. Ini Emma Watson dalam filem nakal terbaru, The Bling Ring arahan Sofia Coppola. Dwayne ‘The Rock’ Johnson terpaksa menjalani pembedahan selepas mengalami kecederaan di’bahagian perut mempertahankan gelaran WWE Champion menentang John Cena pada 7 April lalu. – Huff. Post Akhirnya yang di’nantikan para peminat telah tiba. Julung kalinya, BeyoncĂ© membawakan lagu terbaru beliau berjudul Grown Woman di pentas konsert jelajah di Paris semalam. – Just Jared Pencarian juri baru untuk musim akan datang X Factor mungkin telah temui jawapan, Simon Cowell khabarnya berminat untuk mendapatkan Jennifer Love Hewitt menggantikan Britney Spears. – Us Magazine Song Ji Hyo memang terkenal dengan kekurangan pekak nada (tone deaf) tetapi dalam video belakang tabir pembikinan iklan Mr. Pizza ini, ianya jadi semakin comel & adorable. Aww. – Soompi Sedar dosa seorang isteri tidak menutup aurat jatuh ke atas bahu suami, Norman Hakim memang sudah lama berharap Memay Suhaiza bertudung & kini bersyukur dengan perubahan positif isterinya itu. – GUA © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Rasa Selesa, Memey Suhaiza Putuskan Untuk Kekal Dengan Bertudung Posted: 24 Apr 2013 07:35 PM PDT Jika sebelum ini Memey Suhaiza meminta para peminat mendoakan diri beliau supaya kekal bertudung, ini merupakan berita baik kepada mereka yang gembira dengan perubahan aktress ini. Mengakui sudah lama memendam hasrat untuk terus bertudung, Memey Suhaiza berkata kepada GUA yang beliau kini mengambil keputusan untuk bertudung secara kekal selepas memikirkan perkara ini sebaiknya. “Selama beberapa hari ini saya berasa sangat selesa dan tidak janggal apabila mengenakan tudung. Jadi, adalah lebih baik saya buat perubahan ini. Mungkin sudah sampai masanya saya pakai tudung” Memey Suhaiza menambah yang suaminya Norman Hakim gembira dengan keputusan beliau itu kerana sebelum ini aktor itu ada menyuarakan hasrat beliau untuk melihat isterinya itu bertudung. “Dia pernah minta saya pakai tudung ketika menyambut harijadinya pada 8 Januari lalu. Namun, ketika itu saya masih belum bersedia,” ujar Memey Suhaiza yang akan terus berlakon jika ada tawaran. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fouziah Gous Sahkan Kahwin Tahun Ini & Tidak Suka Tunjuk Teman Lelaki Posted: 24 Apr 2013 06:43 PM PDT Fouziah Gous sebelum ini kerap di’kaitkan dengan seorang VIP sehingga aktress ini rimas dengan kata kata orang ramai walaupun berkali kali menafikan semua dakwaan yang timbul. Melalui edisi terbaru Media Hiburan, Fouziah Gous mendedahkan status sebenar diri beliau yang kini bergelar kekasih kepada seseorang dan bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi. “InsyaAllah, jika tidak ada aral melintang saya akan berkahwin tahun ini juga. Semuanya sudah dalam perancangan, tinggal masa sahaja” “Sama ada akan bertunang atau terus nikah, itu semua masih lagi dalam perbincangan antara kedua belah pihak,” kongsi Fouziah Gous yang bakal menjalani kursus kahwin tidak lama lagi. “Kami hanya kenal sebagai kawan yang mana mahu berbincang untuk menjalankan perniagaan sarang burung. Tanpa disedar, bisnes yang kami jalankan bersama membawa hubungan kemi ke satu tahap yang lain pula” “Apa yang boleh saya katakan, dia memiliki ciri ciri lelaki yang selalu saya bayangkan untuk menjadi suami kelak. Walaupun sudah stahun menjadi rakan kongsi, hubungan yang lebih serius ini baru sahaja terjalin,” jelas Fouziah Gous yang turut nafikan dakwaan merampas kekasih orang. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.