RotiKaya

RotiKaya


FDAM Akui Buat Silap & Akan Pulangkan Wang Aaron Aziz

Posted: 24 Apr 2013 05:29 PM PDT

Presiden FDAM, Othman Hafsham hari ini memohon maaf atas kesilapan yang terjadi ekoran Aaron Aziz yang terpaksa membayar RM1,500 ketika mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut baru baru ini.

BACA: Siar Bukti Daftar Sebagai Ahli, Aaron Aziz Bidas Dakwaan FDAM

“Saya mewakili pihak FDAM memohon maaf atas kesilapan mengenai hal pembayaran yuran Aaron. Orang yang menjaga hal-hal itu mungkin tidak peka dengan status Aaron yang kini sudah mendapat taraf penduduk tetap”

Dalam laporan mStar Online yang sama, Othman Hafsham berkata yang warganegara hanya perlu membayar RM300 dan bukan warganegara akan di’kenakan bayaran sebanyak RM1,000.

Aaron Aziz dalam pada itu berkata yang beliau boleh menyaman Timbalan Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), Abdul Rahim Awang kerana tuduhan melulu yang mencemar reputasi beliau.

“Tuduhan itu amat berat. Jika saya nak, saya boleh saman dia kerana membuat tuduhan melulu dan memalukan saya,” ujar Aaron Aziz kepada Berita Harian, tetapi beliau mahu perkara ini selesai dengan baik.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.324)

Posted: 24 Apr 2013 09:02 AM PDT

VIDEO HARI INI: Demi menghormati kemunculan filem terbaru Iron Man 3 di pawagam seluruh dunia, Cinema Sin tampil dengan apa yang tidak kena dengan siri filem itu sebelum ini. Heh.

Tidak mendedahkan wajah anak menurut petua orang orang tua, Ning Baizura bakal mengadakan sidang akhbar khas 9 Mei ini memperkenalkan Ryan Sky Dalton kepada media dan peminat. – Murai

Kehadiran Selena Gomez di Oslo, Norway bukan sekadar kebetulan kerana beliau & Justin Bieber di’khabarkan bercumbu di belakang pentas konsert dan memungkinkan mereka untuk kembali bersama. – US Weekly

Bintang Iron Man 3, Gwyneth Paltrow telah pun di’nobatkan oleh majalah People sebagai World’s Most Beautiful Woman untuk tahun 2013 & berkata beliau seorang yang selekeh di’rumah. – Just Jared

Penyanyi Shakira berkata proses untuk menurunkan berat badan kembali ke bentuk asal selepas bersalin tiga bulan lalu untuk menjadi juri The Voice memang satu proses yang penuh tekanan. – People

Sepanjang tempoh setahun sehingga Mac 2013 ahli kumpulan miss A, Suzy telah menandatangani sebanyak 21 kontrok sebagai duta pengiklanan yang mungkin bernilai lebih US$10 juta. – Soompi


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Yana Samsudin: Uqasha Pasti Bijak Buat Keputusan Terbaik

Posted: 23 Apr 2013 08:34 PM PDT

Genap 10 tahun Yana Samsudin bersama pihak pengurusan Metrowealth (MIG), itu memungkinkan dia layak untuk diangkat bakatnya ke peringkat lebih tinggi.

Manis disapa Yana, wanita berusia 28 tahun ini dilihat punyai nama yang agak bersih dari tempias gosip mahupun kontroversi.

Ketika ditemui di majlis penyampaian Anugerah Pemenang ABPBH 2012 di Holiday Villa Subang semalam team kami sempat bertanya mengenai isu salah seorang talent baru MIG, Uqasha Senrose dan juga Pekin Ibrahim yang kini hangat bercinta dan terbaru Uqasha ada meluahkan hasrat untuk keluar dari MIG apabila tamat kontrak.

Sebagai artis yang lebih senior, sudah pasti Yana lebih arif mengenai isu ini dan lebih faham karakter David Teo yang sememangnya dikenali sebagai seorang yang amat fokus jika ia melibatkan bidang kerja.

Tambahan pula, percintaan di antara artis MIG amat dilarang dan ianya sudah termaktub di dalam kontrak.

“Hubungan cinta mereka ini pun saya tidak pasti, tapi pada saya tidak perlu komen apa yang saya rasa terlalu peribadi, apa yang saya share ini adalah apa yang saya tahu. Sememangnya sejak dari dulu lagi, siapa yang dah biasa dengan MIG tahu apa yang kami praktikkan dimana para artis dilarang bercinta sesama sendiri di dalam satu pihak pengurusan, sesama rakan kerja juga tidak dibenarkan. Saya juga pasti Uqasha sendiri mengetahui rules number 6 syarikat pengurusannya.”

Menurut Yana lagi, David Teo bukanlah seorang yang garang namun begitu apa yang dilakukan pasti ada sebab kerana dia sendiri suruh kahwin cepat, Farid Kamil sudah berkahwin manakala Diana Amir pula bertunang.

“Pada saya semua ini boleh terlaksana jika ada diplomasi di antara pekerja dan majikan dan saya yakin perbincangan mengenai isu ini akan dapat difahami semua kalau masing-masing clearkan penjelasan.”

Bukan mahu menjaga tepi kain artis mereka, tetapi itulah yang perlu dibimbing agar tidak memilih jalan yang salah tambahan lagi jika ianya melibatkan cinta.

“Perkara ini semua melibatkan rezeki masing-masing tetapi apa-apa pun kembali ke pangkal, fikir siapa yang bagi filem untuk berlakon dan apa yang telah dimeterai di dalam perjanjian sebelum ini.”

“Saya yakin Uqasha seorang yang bijak, dia pasti tahu apa yang dia inginkan dan apa akibatnya jika betul dia mahu keluar dari MIG kerana semua ini melibatkan hitam putih berjanjian”

ROTIKAYA_044 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA ROTIKAYA_045 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA ROTIKAYA_046 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA ROTIKAYA_047 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA ROTIKAYA_048 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA ROTIKAYA_049 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA ROTIKAYA_050 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA ROTIKAYA_051 Uqasha Senrose Pasti Bijak Dalam Buat Keputusan Terbaik - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Video: Adam AF2 Beri Tazkirah Kepada Peserta Kem Ibadah

Posted: 23 Apr 2013 07:56 PM PDT

Kali terakhir di’sentuh tentang perjalanan beliau dalam mendalami agama Islam, Adam AF2 menjawab yang beliau enggan menganggap fasa beliau kini sebagai satu hijrah kerana makna hijrah cukup besar.

“Memang sekarang ini saya sedang mendalami ilmu agama kerana ia adalah satu tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim. Kewajiban saya pada agama,” memetik kata kata Adam AF2 beberapa bulan yang lalu.

Hari ini, seorang peminat hiburan di forum Cari berkongsikan sebuah video yang menunjukkan Adam AF2 sedang memberikan tazkirah yang penuh pengisian kepada para peserta Kem Ibadah Muthmainnah.

Adam AF2 menyentuh beberapa aspek penting dalam diri seorang pelajar terutamanya niat & hati yang ikhlas dalam menentukan hala tuju hidup. Tonton tazkirah Adam AF2 dalam video berdurasi 24 minit di’atas.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...