RotiKaya

RotiKaya


“Tidak Semua Boleh Kongsi” – Hafiz Sorok Kekasih

Posted: 23 Apr 2013 01:13 PM PDT

Selepas insiden saman menyaman suatu ketika dahulu dengan seorang pengkid kini Hafiz Shuib yang baru berusia 23 tahun tidak mahu nama tercalar lagi akibat hal peribadi.

Mengakui kini sedang mengenali hati budi seorang gadis, Hafiz lebih selesa sorok kekasih kerana tidak mahu malu apabila orang mula bercakap mengenainya.

“Pada saya tidak semua boleh share kerana tak nak orang bercakap dan buat hubungan saya ini satu isu, jadi biarlah saya simpan kekasih saya itu dan biarkan macam ini. Kalau putus pun takdelah malu sangat.”

Hafiz turut memberitahu bahawa jika dia akan berkahwin pun satu hari nanti dia akan pastikan segalanya cukup dari segi kesenangan.”

Perjalan masih jauh, mesti banyak lagi yang belum dicapai Hafiz ‘kan? Semoga berjaya!

ROTIKAYA_040 Hafiz Suip Sorok Kekasih Kerana Takut Malu - ROTIKAYA ROTIKAYA_041 Hafiz Suip Sorok Kekasih Kerana Takut Malu - ROTIKAYA ROTIKAYA_042 Hafiz Suip Sorok Kekasih Kerana Takut Malu - ROTIKAYA ROTIKAYA_043 Hafiz Suip Sorok Kekasih Kerana Takut Malu - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Amy Search Tidak Kisah, Asal Boleh Faham Antara Satu Sama Lain

Posted: 23 Apr 2013 12:48 PM PDT

Begitulah kalau sudah menjadi bapa pasti mahukan anak-anak mereka bahagia kan? termasuk juga Amy Search terhadap anaknya Nabila Huda yang baru-baru ini memberitahu sedang bercinta dengan Nast-T.

Terkejut juga kami apabila mendapat tahu bahawa Amy sendiri tidak mengetahui status cinta di antara anaknya dan hanya mengetahui selepas hubungan mereka berdua di akhbar.

“Pada mulanya saya tidak kenal siapa Nas-T dan tidak tahu pula dia juga seorang selebriti. Selepas saya baca surat khabar baru saya tahu hubungan mereka”

Walaubagaimanapun Amy Search ternyata gembira dengan berita tersebut kerana dia sendiri sempat memberitahu tidak kisah Nabila Huda berkawan dengan siapa asalkan masing-masing faham di antara satu sama lain.

“Bagi saya okay, as long as understand each other

Amy Search turut berkongsi kegembiraan selepas mendapat tahu Nabila Huda berjaya mendapat Anugerah Pelakon Drama Wanita Popular sebelum ini.

“Disebabkan ketika majlis berlangsung saya berada di luar negara (Turki) atas urusan kerja saya hanya mendapat berita tersebut di laman twitter itupun setelah diberitahu isteri.

“Pada malam itu agak emotional sikit dengan berita kejayaan Nabila Huda. Kerana pada awalnya kami tidak sangka dia akan menang kerana pada saya kalau dah tercalon itu sudah cukup bagus”

Menurut Amy lagi, dia mahukan Nabila Huda bekerja lebih keras lagi kerana itulah jalan yang dipilih untuk bergelar seorang pelakon.

“Saya yakin untuk mendapat pencapaian seperti sekarang harus kerja lebih keras kerana saya tahu dia tahu apa yang diinginkan,” ujar Amy Search yang ditemui di Majlis penyampaian hadiah Anugerah Bintang Paling Popular 2012 (ABPBH2012), Holiday Villa Hotel, semalam.

ROTIKAYA_036 Amy Search Tidak Kisah Dengan Siapa Nabila Huda Bercinta - ROTIKAYA ROTIKAYA_037 Amy Search Tidak Kisah Dengan Siapa Nabila Huda Bercinta - ROTIKAYA ROTIKAYA_038 Amy Search Tidak Kisah Dengan Siapa Nabila Huda Bercinta - ROTIKAYA ROTIKAYA_039 Amy Search Tidak Kisah Dengan Siapa Nabila Huda Bercinta - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Video: Atas Permintaan Para Peminat, Gwiyomi Versi Nora Danish

Posted: 23 Apr 2013 09:04 AM PDT

Kalau anda pengikut tegar dunia media sosial Malaysia, pasti akan terlintas dengan fenomena lagu Gwiyomi (Kwiyomi Song) yang sudah di’lakukan oleh ratusan orang di internet.

Selebriti tempatan juga tidak mahu melepaskan peluang turut serta dalam fenomena comel ini walaupun tidak ramai sebenarnya yang berjaya melakukan’nya selaras dengan maksud lagu tersebut.

Dan, Nora Danish merupakan selebriti yang terbaru melakukan gerakan (tarian?) Gwiyomi ini dan oleh kerana kami memang berat sebelah — ini merupakan Gwiyomi versi selebriti tempatan paling comel.

Well, layankan sahaja video Gwiyomi versi Nora Danish yang berdurasi 36 saat di’atas. Tekan butang play jika ingin tonton sekali lagi. Heh.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Siar Bukti Resit Pendaftaran Sebagai Ahli, Aaron Aziz Bidas Dakwaan FDAM

Posted: 23 Apr 2013 09:03 AM PDT

Ekoran laporan Sinar Harian yang emnyebut Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) mendakwa Aaron Aziz tidak berdaftar sebagai ahli mereka, ini maklumbalas terus dari selebriti ini.

Melalui akaun Instagram beliau, Aaron Aziz mengirimkan gambar sekeping resit pembayaran selepas mendaftar sebagai ahli persatuan tersebut yang di’lakukan pada 14 April 2013 yang lalu.

Bersama gambar tersebut, Aaron Aziz turut mempertikai tindakan FDAM yang mengeluarkan kenyataan tanpa menyelidik terlebih dahulu selain mempersoalkan bayaran sebanyak RM1500 tersebut.

“Bila nak buat statement sila check dulu. Nak mengarah kena ada permit ke? Sedangkan KDN bagitahu saya yang sebagai Penduduk Tetap (PR) di Malaysia saya dapat benefit yang sama dan boleh kerja apa apa pun”

“Dan saya akan rujuk kenapa saya perlu bayar sebanyak RM1500 kalau saya boleh dianggap BUKAN perkerja asing,” tulis Aaron Aziz.

BACA: Aaron Aziz Perlu Patuhi Peraturan Jadi Pengarah – FDAM

#01 Aaron Aziz Bidas Dakwaan FDAM - ROTIKAYA


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gossip: Nur Fathia Dan Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA?

Posted: 23 Apr 2013 09:01 AM PDT

Seorang petugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah menulis di forum Cari tentang perihal beliau ternampak pasangan ini yang di’katakan berpeluk sakan.

Terkejut juga membaca gossip yang di’sampaikan kerana tiada angin tiada ribut tiba tiba nama Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza tersangkut dalam satu kisah yang kurang enak.

Petugas di KLIA itu turut menyebut ketika kejadian itu berlaku pasangan ini hanya berdua dan galak berpegang tangan dan berpeluk sakan ketika berjalan di’hadapan beliau dan rakan.

Sebenarnya, Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza antara empat selebriti yang akan di’terbangkan ke Paris atas urusan kerja dan ini di’sahkan melalui kiriman Instagram Fizo Omar yang turut serta.

Empat orang artis dalam rombongan kerja ini adalah Tasha Shilla, Fizo Omar, Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza. Tetapi tidak tahulah, mungkin cinta telah berputik antara mereka berdua. Masing masing masih solo. Heh.

#01 Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA - ROTIKAYA #02 Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA - ROTIKAYA #03 Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA - ROTIKAYA #04 Nur Fathia & Aiman Hakim Ridza Berpeluk Sakan Di KLIA - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.323)

Posted: 23 Apr 2013 09:00 AM PDT

VIDEO HARI INI: Chris Hemsworth dan Natalie Portman kembali semula ke layar perak untuk filem sekuel Thor: The Dark World yang akan menemui anda semua November 2013.

Bintang Paling Popular ABPBH 2012 yang lalu, Shaheizy Sam berkata beliau akan menghadiahkan set barang kemas tajaan Habib Jewels bernilai RM150,000 kepada ibunya. – mStar Online

Selepas gambar buruk beliau ketika persembahan Super Bowl tersebar di’internet, BeyoncĂ© telah mengambil keputusan haramkan jurugambar professional untuk hadir ke konsert jelajah beliau. – Inquisitr

Belum pun reda berita tentang pengeboman di Boston, Jennifer Lopez berkata dalam satu temubual yang beliau melihat ada potensi kisah di’sebalik tragedi berdarah itu untuk di’jadikan filem. – ET

Laporan rasmi dari Youtube menyebut yang video muzik Psy, Gentleman telah memecahkan rekod dengan tontotan sebanyak 38 juta dalam tempoh sehari & kini sudah mencecah hampir 210 juta. – Huff. Post

Kalau sudah namanya selebriti Hollywood, pertukaran kecil pun boleh menjadi berita. Ini kisah baru Jennifer Lawrence yang telah tampil dengan potongan rambut lebih pendek & tetap menawan. – Just Jared


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...