RotiKaya |
- Afgan “Pesan Cinta” Buat Kekasihnya
- Lisa Surihani & Shaheizy Sam Kini Duta WeChat
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.309)
| Afgan “Pesan Cinta” Buat Kekasihnya Posted: 02 Apr 2013 01:43 PM PDT “LIVE TO LOVE, LOVE TO LIVE” itulah simboliknya tajuk album ketiga Afgan yang baru sahaja dilancarkan pada Selasa kelmarin yang bertempat di The Venue, Pavillion Kuala Lumpur. Pada Majlis tersebut Afgan menceritakan bahawa sebelum ini dia pernah jatuh hati kepada seseorang wanita ketika menuntut di sekolah tinggi dan pada hari ini dia menyampaikan lagu yang dipetik dari album terbarunya ini yang berjudul 'Pesan Cinta' yang istimewanya lagu ini merupakan hasil ciptaannya sendiri. “Sebenarnya maksud 'Pesan Cinta' ini mengisahkan seorang lelaki yang telah jatuh hati 'pandang pertama' pada seorang gadis yang pertama kali bertemu dan selepas itu lelaki tersebut berusaha mencari jalan atau idea untuk bertemu dengan gadis itu, sekaligus memikat gadis tersebut. Sedikit sebanyak lagu ini merupakan pengalaman saya yang lepas, yang ingin berkenalan bersama dengan seorang perempuan ketika bersama-sama menuntut di sekolah tinggi. Walaubagaimana pun, ketika itu saya seorang yang pemalu dan saya tidak dapat untuk meneruskan rancangan saya untuk berkenalan dengannya,” ujar Afgan sambil berseloroh. Afgan yang ditanya juga mengakui bahawa dia mahu bercinta tetapi buat masa sekarang biarlah dia fokus kepada kerjaya seninya dan pelajarannya yang hanya tinggal satu semester sahaja lagi sebelum tamat pengajian. “Saya mahu bercinta tetapi biarlah saya tamatkan dahulu pengajian saya dan juga apabila kerjaya seni saya kukuh dan berjalan dengan lancar,” katanya. Turut diakui bahawa dia sangat rapat dengan penyanyi Rossa dan menganggap beliau sebagai teman dan kakak yang boleh memberikan tunjuk ajar buat dirinya. Ini terbukti apabila dia memilih label Suria Records atau SRC untuk menjadi syarikat pengedar bagi albumnya yang ketiga ini. “Saya memang rapat dengan penyanyi Rossa yang sudah saya anggap seperti kakak dan teman yang boleh membimbing dan memberikan tunjuk ajar dalam karier seni saya ini. Buat pengetahuan semua, kenapa saya memilih Suria Records atau SRC untuk menjadi label saya di Malaysia ini kerana ternyata Syarikat ini sangat bagus dan pernah menjadi label buat album Rossa di Malaysia dan ini sudah dijelaskan oleh Rossa dan dia sendiri menasihati dan menyuruh saya untuk memilih SRC sebagai label saya di Malaysia ini,” kata Afgan. Buat peminat Afgan, jangan lupa untuk mendapatkannya yang original di pasaran yang berdekatan dengan anda. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Lisa Surihani & Shaheizy Sam Kini Duta WeChat Posted: 02 Apr 2013 01:37 PM PDT Di zaman peredaran teknologi yang semakin canggih tiada apa yang mustahil, selepas kewujudan aplikasi seperti Twitter, Instagram, Keek dan yang terbaru aplikasi WeChat menemui pengguna di Malaysia. Baru-baru ini telah brlangsungnya pelancaran aplikasi ini di Malaysia yang turut dihadiri Lisa Surihani dan juga Shaheizy Sam. Turut sama ditayangkan tiga video klip WeChat di dalam Bahasa Malaysia. Bermula Jun tahun lalu aplikasi ini boleh digunakan untuk sembang secara langsung, suara, video, gambar dan menghantar pesanan ringkas sehingga mendapat respon dari ramai pengguna setia iOS dan juga Android sehingga mendapat kedudukan paling tinggi untuk aplikasi percuma. Turut bekerjasama di dalam projek memperkenalkan WeChat ini di Malaysia, salah satu syarikat gergasi turut bekerjasama dengan memberikan voucer RM1 bagi setiap pembelian kedua Domino’s Pizza Malaysia & Singapura. Selain Bahasa Malaysia, terdapat 17 bahasa lain yang terdapat pada aplikasi ini termasuk Bahasa Inggeris, Cina, Indonesia, Portugis, Thai dan Rusia. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.309) Posted: 02 Apr 2013 05:10 AM PDT VIDEO HARI INI: Satu lagi bingkisan menarik yang dipersembahkan Mat Luhtfi, “Soalan Ramalan Pasca SPM” sehingga mendapat kritikan positif dari Dr. Harlina Halijah Siraj. Antara yang disebut adalah “Syabas Mat Luthfi, saya kagum dgn cara pemikiran anak muda yg kreatif, kritis? dan amat reflektif! Videoklip saudara mengandungi tazkeerah santai, bijak dan cerdik. Semoga Allah SWT terus memberikan saudara ilham utk berkarya.” Tahniah kepada mereka yang berjaya di dalam SPM, ingatlah, SPM bukan penentu segalanya di dalam kehidupan anda yang masih panjang :) Pengacara the Project Runway, Heidi Klum bersyukur kerana dapat menyelamatkan anaknya Henry yang berusia 7 tahun daripada lemas di laut ketika bercuti di Hawaii baru-baru ini. – Us Weekly Pelakon yang pernah mengejutkan dunia dengan sex skandalnya bersama Cecelia Cheung, Edison Chen kini bahagia bersama kekasih baru yang dikenalinya sejak enam bulan lalu. – Daili Chilli Pengarah filem terkenal, U-Wei Hj Saari tidak ralat filemnya tidak dicalonkan kerana pemilihan dirinya sebagai ketua juri di majlis Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean (AIFFA). - Astro Awani Pelakon berbakat, Nadia Aqilah akui kecewa dengan kutipan dan penerimaan penonton terhadap filem “Zaiton Ceritaku” yang hanya ditayangkan seminggu di pawagam. – Murai Penyanyi nombor satu Negara, Dato’ Siti Nurhaliza merancang untuk kembali ke pentas berprestij Albert Hall, London buat kali kedua dan memohon tajaan sebanyak 2 juta. – Malaysian Digest © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.