RotiKaya

RotiKaya


Remy Ishak Nafi Seorang Yang Garang, Hubungan Dengan Maya Hanya Kawan Rapat

Posted: 06 Mar 2013 11:12 AM PST

Tampil segak bergaya di Majlis Tayangan Perdana dua episod drama terbaru TV9 berjudul "Cinta Jangan Pergi" (CJP), pelakon popular Remy Ishak menafikan dirinya seorang yang garang.

Perkara tersebut timbul selepas hubungan kali kedua bersama Tiz Zaqyah putus ditengah jalan.

Sebelum Tiz, Remy pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Ummi Nazeera yang juga merupakan heroin bagi filem Hikayat Merong Mahawangsa (HMM) namun terkandas ditengah jalan disebabkan ummi mendakwa Remy seorang panas baran dan kaki pukul.

Apabila ditanya mengenai sifat sebenar Remy, dia memberitahu bahawa dia bukanlah seorang yang garang tetapi personaliti luarannya yang sudah sebegitu.

“Mungkin orang tengok saya garang dan jalan tunduk, mungkin orang tidak tahu bahawa saya seorang yang pemalu”

“Apatah lagi garang kerana pada saya apa yang orang di luar sana ingin katakan terpulang kerana apa yang berlaku saya anggap ujian dari tuhan dan saya lebih tahu apa yang terjadi”

Perkara ini berulang kerana hubungan yang dianggap paling romantis bersama Tiz Zaqyah pada tahun lalu terputus di tengah jalan.

Kini Remy Ishak dilihat mesra bersama pelakon cantik, Maya Karin setelah gambar mereka di Imbak, Canyon dimuat naik di Instagram.

Ujar Remy, dia dan Maya hanyalah rakan baik dan gambar tersebut diambil ketika mereka berdua bercuti bersama warga arkeologi atas jemputan Yayasan Sabah.

Tambahnya lagi percutian tersebut selama empat hari dan antara ahli Arkeologi itu adalah rakan baik Maya Karin.

“Saya sebenarnya telah diajak oleh Maya untuk pergi bersama ke Sabah kerana Maya mengetahui minat saya yang mendalam sejak sekolah di dalam aktiviti lasak seperti mendaki gunung dan juga melihat keindahan alam semulajadi”

“Disebabkan itu dia telah ajak dan saya terima kerana bukan mudah untuk pergi bersama orang-orang berpengetahuan seperti itu, dapat juga saya menimba ilmu alam”

Ujar Remy lagi, apabila ditanya sejauh manakah hubungan mereka berdua sekarang kerana masing-masing mula dikaitkan dari penghujung tahun lepas, Remy menjawab mereka masih lagi berkawan rapat namun tidak tahu untuk masa akan datang hubungan mereka itu.

“Kami hanya kawan baik, Maya Karin seorang wanita yang lasak dan saya percaya chemistry yang ada pada kami berdua adalah yang terbaik”

“Namun begitu, di masa akan datang saya sendiri tidak dapat menjawab kerana soal hati semuanya kerja tuhan”

Sempat mengusik mengenai perwatakan Maya Karin yang membuatkan Remy senang bersamanya, Remy Ishak memberitahu dia seorang yang mempunyai Attitude dan seorang yang menyenangkan.

“Sepanjang kami berkawan, saya dapat lihat Maya seorang yang intelligent, Fun, Aktif dan berdikari”


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

12 Peserta Diperkenalkan, Program Terbaru TV3 “Bintang Mencari Bintang”

Posted: 06 Mar 2013 10:14 AM PST

Program terbaru Bintang Mencari Bintang (BMB) terbitan TV3 bakal menyaksikan bakat baru di dalam bidang nyanyian dan juga komedi yang akan keudara setiap hari Ahad pada pukul 9 malam.

Seramai 12 orang peserta telah dipilih dari pelbagai negeri.

Antara barisan artis yang dipilih menjadi tenaga pengajar dalam program realiti ini adalah Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario, Raja Azura, Sabri Yunus dan Faizal Ismail.

Program yang bakal menyaksikan sisi lain program realiti terbitan TV3 yang pernah ditonjolkan sebelum ini bakal keudara selama 15 episod dan memperkenalkan Adibah Noor sebagai pengacara manakala pelakon Taiyuddin Bakar atau Tai sebagai pengacara belakang pentas.

Bagi program ini, khidmat juri profesional seperti Fauziah Ahmad Daud dan juga Ar. Badul antara juri tetap untuk musim pertama ini.

Bagi mereka yang tidak tahu, Juara bakal membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM200,00.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.291)

Posted: 06 Mar 2013 08:02 AM PST

VIDEO HARI INI: Oh yes, kami jadi tidak sabar untuk menunggu tibanya hari tayangan untuk filem ketiga Iron Man ini & trailer terbaru ini seperti janji yang ianya akan menjadi epik. Gwyneth Paltrow hanya dalam bra, ohh.

Walaupun melakukan tugas yang baik untuk Skyfall, Sam Mendes berkata yang beliau tidak akan kembali mengarahkan filem akan datang James Bond yang di’jadual untuk muncul beberapa tahun lagi. – Huff. Post

Senarai pencalonan untuk MTV Movie Awards 2013 telah keluar & seperti boleh di’jangka daripada demografi yang mengundi, filem Ted dan Django Unchained mendominasi dengan tujuh pencalonan. – Reuters

Nampaknya Kate Middleton seakan terlepas cakap baru baru ini dalam satu majlis sehingga menimbulkan spekulasi yang Duchess of Cambridge itu bakal melahirkan seorang puteri. – Us Magazine

Dalam satu temubual baru baru ini ahli kumpulan FT Island, Lee Hong Ki mendedahkan yang beliau membelanjakan lebih US$45,000 untuk hiasan kuku sahaja sejak dua tahun yang lalu. Woah. – Soompi

Sempena meraikan ulang tahun pertama Astro Bella dan sebagai tanda penghargaan, Astro membuka saluran 133 secara percuma kepada semua pelanggan bermula 4 hingga 10 Mac ini. – Sinar Harian


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Penyanyi Pukul Suami Hingga Mati — Polis Sahkan Menahan Nouri Ramli

Posted: 05 Mar 2013 08:53 PM PST

Gempar Malaysia pagi tadi apabila laporan akhbar menyebut yang seorang penyanyi wanita telah memukul suaminya dalam keadaan terikat sehingga menyebabkan mangsa terbunuh.

Laporan mStar Online terbaru menyebut yang pihak polis telah menahan seorang penyanyi irama Latin yang popular sekitar tahun 1990′an, Nouri Ramli berhubung kematian suaminya dalam insiden itu.

BACA: Penyanyi Wanita Pukul Suami Sehingga Mati

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang mengesahkan perkara itu berkata, Nouri bersama dua anak saudaranya telah ditahan pada pagi Rabu dan di reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah bagi membantu siasatan.

“Kami menahan wanita itu di rumahnya pagi tadi (Rabu) dan tidak dapat dipastikan berapa lama dia akan di reman. Mereka akan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh”

#01 Kes Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Nouri Ramli - ROTIKAYA #02 Kes Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Nouri Ramli - ROTIKAYA #03 Kes Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Nouri Ramli - ROTIKAYA #04 Kes Bunuh Suami, Polis Sahkan Tahan Nouri Ramli - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...