RotiKaya

RotiKaya


Neelofa Akui Ada Bincang Soal Kahwin Bersama Hans Isaac

Posted: 05 Mar 2013 06:21 PM PST

Hans Isaac baru baru ini mengeluarkan kenyataan yang beliau sanggup untuk menunggu Neelofa selama tiga tahun — menunggu untuk apa, kami suka untuk fikir menunggu untuk berkahwin.

Dalam kenyataan balas terhadap Hans Isaac, Neelofa berkata beliau terharu dengan kesanggupan lelaki itu & faham akan faktor umur, status juga keadaan Hans Isaac yang fikirkan amsa hadapan.

“Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan — perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan,” ujar Neelofa kepada Media Hiburan.

“Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak. Dia sangat memahami. Insya Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan”

Nampaknya perkembangan hubungan Neelofa bersama Hans Isaac semakin positif dan mungkin satu hari nanti peminat dapat berita kejutan yang mereka dua akan berkahwin. Heh.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Penyanyi Wanita Pukul Suami Sehingga Mati

Posted: 05 Mar 2013 06:00 PM PST

Bukan calang calang kes rumahtangga kalau sampai melibatkan kematian. Laporan hari ini menyebut seorang wanita memukul suaminya sehingga mati — dan identiti wanita itu merupakan seorang penyanyi.

Sinar Harian hari ini melaporkan penyanyi wanita itu enggan membenarkan suaminya bertemu dengan anak mereka lalu memukul suami’nya dalam keadaan kaki dan tangan terikat hingga mati.

Dalam kejadian tersebut, suspek bersama dua anak saudaranya bertindak sedemikian selepas berang apabila mangsa mendesak meminta bertemu dengan anaknya meskipun tidak dibenarkan berbuat demikian.

Pihak polis yang menerima maklumat akan kejadian bergegas ke rumah itu sebelum menemui mangsa yang tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik dengan keadaan terikat.

“Hasil bedah siasat mendapati mangsa maut kerana serangan jantung akibat pergelutan dan kekasaran. Suspek & dua anak saudaranya ditahan reman untuk membantu siasatan,” ujar pihak polis.

Maklumat lain menyebut penyanyi & suaminya masing masing berusia 39 tahun dan sudah tidak tinggal bersama sejak setahun yang lalu kerana dalam proses penceraian. Siapa ya?


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

JJCM: Iqram Dinzly Merajuk Apabila Qi Razali Ambil Tugas Mengacara

Posted: 05 Mar 2013 09:33 AM PST

Bukanlah Qi Razali merampas tugas Iqram Dinzly sebagai pengacara program popular Jalan Jalan Cari Makan (JJCM), seperti jahat sangat bunyinya teman tapi mesra Nelydia Senrose itu. Eh.

Pihak produksi yang menerbitkan JJCM telah sebulat suara untuk kembali mengambil Qi Razali sebagai pengacara program itu menggantikan Iqram Dinzly yang telah melakukan tugas itu dengan baik sebelum ini.

Tetapi di’sebalik keputusan mereka, Iqram Dinzly mengakui yang beliau terasa hati dengan apa yang terjadi — semua pengorbanan beliau untuk program itu seolah olah di’pandang hanya sebelah mata.

“Saya terasa dengan keputusan itu dan saya memang merajuk dengan mereka. Saya sanggup tolak tawaran berlakon kerana mahu tumpukan sepenuh perhatian kepada program terbabit”

“Tiba-tiba, lagi dua episod sebelum musim itu berakhir, saya diberitahu tidak lagi akan mengendalikan program itu,” luah Iqram Dinzly.

“Ada juga saya bertanya pada mereka kenapa khidmat saya ditamatkan? Kalau nak kata saya gagal mengendalikannya, saya banyak mendapat maklum balas positif daripada penonton, peminat dan golongan VIP”

“Bagaimanapun alasan diberikan, pemilihan Qi dibuat atas dasar kehendak penaja & konsep kali ini memerlukan pengacara berlakon. Jika itu alasan mereka, saya terima saja," tambahnya lagi.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.290)

Posted: 05 Mar 2013 08:36 AM PST

VIDEO HARI INI: Jika Lamborghini cuba mencuri curi perhatian dengan memperkenalkan Veneno, Ferrari pula tampil dengan kereta paling unggul dalam jenamanya hari ini iaitu La Ferrari.

Mula popular dengan siri TV Gilmore Girls, Alexis Bledel bakal kembali menghiasi kaca televisyen selepas bersetuju untuk muncul dalam sitkom terbaru terbitan Fox, Gavin & Stacey. – Entertainment Weekly

Walaupun menerima kritikan terhadap filem pertama, The Hobbit: An Unexpected Journey berjaya mengutip lebih US$1 billion hasil tayangan di’seluruh dunia & memasuki kelab eksklusif filem paling laku. – BBC

Pihak penganjur konsert Twin Towers @ LIVE 2013 telah memaklumkan menerusi laman sosial yang bintang pop Korea, IU tidak dapat menjayakan konsert tersebut atas sebab sebab tertentu. – Facebook

Dalam keluaran terbaru Vanity Fair di’mana beliau menjadi penghias muka hadapan, Taylor Swift mengakui bercinta dengan dua orang jejaka dalam setahun iaitu 2010. Bukan semua orang tahu sudah? – US Weekly

Selain mendedahkan yang beliau bercadang untuk berkahwin pada usia 26 tahun, Wawa Zainal yang semakin di’kenali ramai berkata beliau tidak mampu lagi membawakan watak jahat jika di’tawarkan. – Sinar Harian


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Dengar: Kolaborasi Yuna & Owl City Untuk OST Filem Animasi The Croods

Posted: 04 Mar 2013 07:35 PM PST

Khabar terbaru dari Yuna di bumi Amerika Syarikat — beliau mempunyai lagu baru untuk anda dengar & bukan kolaborasi yang calang calang untuk penyanyi kesayangan ramai ini.

Yuna yang sebelum ini lagunya pernah beberapa kali di’gunakan oleh produksi Hollywood kali ini telah di’pilih untuk bekerjasama dengan Owl City untuk sebuah runtu bunyi filem animasi, The Croods.

Owl City pernah menyumbangkan karya beliau untuk dua filem animasi berskala besar sebelum ini iaitu Legend Of The Guardians dan Wreck-It Ralph, kali ini tampil dengan Shine Your Way.

Beberapa media Hollywood menyebut yang lagu bersama Yuna ini lebih menarik & catchy tempo’nya berbanding duet Owl City & Carly Rae Jepsen melalui lagu Good Time yang hits sebelum ini.

Ini satu pendedahan yang lebih besar buat Yuna untuk perjalanan karier beliau di’sana. Dengarkan Shine Your Way kolaborasi Owl City dan Yuna dalam video di’atas dan apa kata anda? Heh.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...