RotiKaya |
- Jeslina Hashim Dan Suami Sah Bercerai Dengan Talak Satu
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.289)
- Sharnaaz Mahu Fokus Dengan Karier, Tidak Mahu Dengar Nama Shila Amzah
- Mizz Nina Kongsi Pengalaman Bersama Jay Park Selama Lima Hari Di Korea
| Jeslina Hashim Dan Suami Sah Bercerai Dengan Talak Satu Posted: 04 Mar 2013 06:55 PM PST Jeslina Hashim & Dion Andrew Vercoe sah bercerai dengan talak satu sekitar jam 9.55 pagi ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur selepas permohonan untuk bercerai sebelum ini terpaksa di’tangguh. Peguam syarie mewakili Dion, Mohd Hafiz Abdul Rashid berkata kedua dua mereka bersetuju atas perjanjian ke atas hak penjagaan anak, mutaah, dan hadanah tanpa sebarang pertikaian. Dua orang anak mereka akan tinggal bersama Dion Andrew Vercoe di Mont Kiara dan Jeslina Hashim di’berikan hak untuk melawat. “Punca penceraian adalah hal peribadi antara kami dan maaf saya tidak boleh berkongsi,” ujar Jeslina Hashim sekali lagi apabila di’minta untuk mengulas tentang penceraian beliau. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.289) Posted: 04 Mar 2013 08:32 AM PST VIDEO HARI INI: Belum berakhir lagi rupanya meme lagu Taylor Swift ini & ada sahaja idea baru untuk di’selitkan. Ini yang terbaru. Pelakon popular Filipina, Jericho Rosales sahkan bakal berlakon dalam sebuah telenovela terbitan tempatan di Astro yang akan memulakan penggambaran tidak lama lagi. Hmm, Zed Zaidi? – Murai Melalui Instagram beliau, Justin Bieber menafikan dakwaan konon’nya beliau membawa dua rakan baik beliau yang bawah umur ke sebuah kelab hiburan terkemuka di London minggu lalu. – Just Jared Model terkenal & sebelum ini juri Project Runway, Heidi Klum di’khabarkan telah bersetuju untuk menjadi juri keempat pertandingan bakat terbitan NBC, America’s Got Talent. – US Weekly Dalam episod terbaru Running Man, Song Ji Hyo memberikan bayangan bahawa beliau & Gary mungkin boleh berpacaran di’luar lokasi dan bukan sekadar bergelar Monday Couple. Eh. – allkpop Untuk mengelakkan fitnah dari orang ramai, Pierre Andre bercadang untuk menamatkan zaman bujang beliau pada Jun tahun ini dengan tunang, Siti Nurhidayah Hashim. Bagus! – GUA © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Sharnaaz Mahu Fokus Dengan Karier, Tidak Mahu Dengar Nama Shila Amzah Posted: 03 Mar 2013 08:19 PM PST Mungkin disebabkan penat memberi kenyataan kepada media dan telah dimanipulasi ramai pihak, Sharnaaz Ahmad Basir memilih untuk fokus dengan karier dan tidak lagi mahu menjawab soalan mengenai kisah percintaan yang kecundang. “Kalau boleh, saya tidak mahu bercakap pasal hal ini lagi. Saya tak mahu dengar nama dia (Shila) atau apa-apa pasal hubungan lalu. Saya hanya akan jawab pertanyaan mengenai soal kerja sahaja” “Saya sudah serik untuk bercakap kerana kenyataan saya sering dimanipulasikan pihak lain. Jadi, kesudahannya, saya juga yang dipersalahkan. Lebih baik saya diam dan fokus pada kerja sahaja” Walaupun dirinya terpalit dengan kontroversi yang tidak pernah putus, Sharnaaz memberitahu rezekinya masih murah dan ramai pihak produksi yang masih percaya dengan dirinya. Menurut Sharnaaz lagi, buat masa ini dia tidak mahu memikirkan soal wanita dan masih belum terfikir untuk mencari pengganti. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Mizz Nina Kongsi Pengalaman Bersama Jay Park Selama Lima Hari Di Korea Posted: 03 Mar 2013 07:23 PM PST Terbang ke Korea demi menjayakan penggambaran video klip untuk lagu terbaru bersama penyanyi terkenal Korea, Jay Park berjudul Around The World. Mizz Nina sempat bercerita selama lima hari beliau bersama Jay Park dan juga krew yang lain ternyata peluang keemasan yang tidak mungkin dilepaskan. “Dapat bekerjasama dengan produski mereka bukanlah sesuatu yang senang dan untuk menerima jawapan kolaborasi bersama inipun saya perlu tunggu lama. Video klip yang diarahkan oleh NAM ini saya yakin mampu membawa nama saya pergi jauh” Menurut Mizz Nina lagi, beliau ke sana bukan keseorangan malahan ditemani ibu tersayang yang turut meminati penyanyi Korea itu. "Saya balik ke KL di penghujung bulan Januari dan tidak sabar untuk berkongsi video klip terbaru bersama Jay Park nanti yang mana terdapat banyak aksi tarian hebat dari beliau dan kolaborasi kami berdua di dalam tarian dan juga nyanyian" Lagu yang bergenre Pop Dance menurut Mizz Nina merupakan kolaborasi yang dijangka hit seperti "What You Waiting For". Dapat bersua muka dengan penyanyi Korea itu, Mizz Nina memberitahu bahawa tidak menyangka Jay Park merupakan seorang yang sangat rendah diri walaupun begitu terkenal sebagai seorang produser dan pencipta lagu. "Jay Park seorang yang sangat disiplin dan setiap kali bekerja dengannya jadi senang kerana dia tahu apa yang diinginkan dan dia sememangnya seorang yang berbakat di dalam tarian" tambahnya lagi, lagu ini antara strategi Mizz Nina untuk lebih dikenali di sana dan membawa nama Malaysia di dalam lagu tersebut dan menepis dakwaan beliau dikatakan mahu meniru zaman kegemilangan k-pop sekarang. Diselitkan bersama video Youtube lagu terbaru mereka memang best! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.