RotiKaya

RotiKaya


Tahniah: Nurul Wahab Kongsi Berita Kehamilan

Posted: 30 Mar 2013 01:14 AM PDT

Usia kandungan yang genap 3 bulan membuatkan penyanyi yang popular dengan lagu “Kerana Terluka” Nurul Wahab Depp berkongsi berita gembira itu di blog peribadinya.

Meskipun begitu teruja untuk bercerita mengenai berita tersebut namun disebabkan nasihat dan mengikut kata orang tua, Nurul tahankan juga dari memberitahu orang kecuali Ning Baizura yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Menurut Nurul lagi, dia kini semakin gemar makan dan kebanyakkan menu makanannya adalah masakan melayu asli.

Antara makanan yang menjadi kegemarannya ialah Nasi Dagang, Pulut kuning dan juga Petai.

Tahniah diucapkan sekali lagi kepada Nurul dan suami :)


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Irma Hasmie, Ayu Raudhah Selamat lahirkan Bayi Lelaki

Posted: 30 Mar 2013 12:22 AM PDT

Berkongsi tarikh yang sama yang jatuh pada tanggal 29 Mac, kedua-dua aktres Irma Hasmie dan Ayu Raudhah selamat melahirkan bayi lelaki yang berbeza enam jam sahaja.

Berita tersebut diberitahu sendiri oleh suami mereka menerusi laman twitter.

Alhamdulillah… Irma sudah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.93 kilogram pada 8.51 pagi tadi (semalam)

Saya sangat teruja bergelar ayah dan berharap bayi kami akan baik dan taat kepada suruhan ALLAH,"  kata Redza, suami Irma Hasmie

Sementara itu, pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha turut meluahkan rasa gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya bersama Ayu Raudhah.

"Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan putera sulung kami pada jam 2.17 petang tadi (Jumaat)," kata Zaquan.

anak lelaki ayu raudhah & zaquan irma hasmie selamat lahirkan bayi lelaki

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Atilia digelar Dato’ Sheila Majid di Indonesia

Posted: 30 Mar 2013 12:07 AM PDT

Semasa Majlis Pelancaran Butik Online 'Bajookoo' semalam, Atilia telah memberitahu kepada pihak media bahawa dia digelar sebagai 'Dato' Sheila Majid kedua selepas melancarkan album dan seterusnya membuat beberapa persembahan di sana.

“Alhamdulillah penerimaan peminat-peminat di sana terhadap muzik jazz ini amatlah menakjubkan dan saya sendiri tidak menyangkakan bahawa meraka amat menyukai lagu-lagu yang didendangkan saya seperti "Little Things' duet bersama dengan kumpulan Sore yang telah mendapat kedudukan tertinggi di carta-carta muzik Indonesia. ”

“Selain itu, saya sendiri juga digelar 'Dato Sheila Majid' yang kedua di sana selepas membuat persembahan di sana dan saya juga tidak menyangka bahawa saya turut diberikan komen yang positif di dada-dada akhbar tempatan di sana. Ini menunjukkan usaha saya berbaloi dan tidak menyangka hasilnya sebegini,” katanya.

Atilia juga turut bersama-sama dengan Daphne Iking dan juga Yasmin Hani dalam perkongsian mereka dalam melaksanakan perniagaan online fesyen dengan jenama mereka 'Bajookaa'.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...