RotiKaya |
- Pertama Kali Dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik FFM 25, Faizal Hussein Botakkan Kepala Demi Bunohan
- Rima Melati Selesa Hidup Di Indonesia, Merancang Timang Anak Tahun Ini
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.288)
| Pertama Kali Dinobatkan Pelakon Lelaki Terbaik FFM 25, Faizal Hussein Botakkan Kepala Demi Bunohan Posted: 03 Mar 2013 10:18 AM PST Tidak pernah menggondol sebarang anugerah, Faizal Hussein memberitahu ini pertama kali dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke 25. Pernah mempertaruhkan dirinya dalam Kanta Serigala pada 1993, namun mengakui sangat kecewa apabila kalah kepada pelakon yang cukup hebat baginya, Eman Manan dalam Bintang Malam. Tidak menolak, Eman Manan merupakan seorang pelakon yang sememangnya hebat. Melibatkan dirinya dalam bidang seni seawal usianya 5 tahun lagi. Merupakan anak kepada pelakon yang tidak kurang hebat dahulu, Hussien Abu Hassan. Terbukti darah seni yang mengalir dalam dirinya sememangnya diwarisi dari keluarganya. Juga pernah berlakon di bawah arahan ayahnya, Gila-Gila Remaja pada tahun 1986, memegang watak budak nakal Azroy yang telah memberi impak besar untuk Faizal Hussein sehingga melonjakkan namanya. Faizal menyatakan rasa syukurnya kerana kemenangan yang diterima pada malam FFM25. Dia masih diberi kepercayaan oleh Dain Iskandar Said walaupun ada pihak lain yang meminta agar wataknya digantikan dengan pelakon lain tambah Faizal lagi membongkar rahsia. Tambahnya lagi di dalam Bunohan, dia melalui pengalaman dimana Dain Said sendiri memotong rambutnya, merasai berlakon di lubok buaya. Maka kemenangan malam ini adalah satu kepuasan baginya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Rima Melati Selesa Hidup Di Indonesia, Merancang Timang Anak Tahun Ini Posted: 03 Mar 2013 08:45 AM PST Isteri kepada penyanyi Indonesia yang berasal dari Singapura dan pernah menetap di Malaysia, Rima Melati Adams menyatakan hasrat untuk mempunyai anak bersama suaminya, Marcel Siahaan. Beliau yang ditemui di Anugerah Bella semalam turut memberitahu sudah empat tahun tidak pulang ke Malaysia dan disebabkan peluang suaminya membuat persembahan di sini Rima sempat bertemu keluarganya yang menetap di Nilai dan Sri Kembangan. Tatkala ditanyakan mengenai kehidupan beliau di sana bersama Marcel yang beragama Buddha itu memberitahu bahawa kehidupan sekarang sangat baik dan sedang berusaha untuk memiliki anak bersama. Pasangan yang bernikah pada 28 Januari 2009 itu nyata gembira walaupun perbezaan agama beliau dan suami masih mampu mengemudi keluarga tanpa sebarang masalah. Menurut Rima Melati, dia kini sudah sepenuhnya bersara dari bidang lakonan dan hanya menumpukan kepada keluarga dan juga perniagaan begnya sahaja. Turut menambah, Rima memberitahu dia kini mempunyai kedai beg sendiri yang menjual beg rekaan sendiri. “Saya ada juga menerima tawaran berlakon di sini dan juga Indonesia namun disebabkan komitmen yang saya ada sekarang bersama Marcel saya merasakan sudah sampai masanya saya berhenti dan tumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan bilangan anak yang bakal bertambah” “Saya mengambil keputusan untuk berhenti berlakon selepas memikirkan suami dan juga anak kami” Rima Melati yang ditemui jelas memperlihatkan keselesaan beliau di dalam bertutur bahasa Indonesia. Terdahulu, pasangan ini masing-masing pernah berkahwin dan memiliki seorang anak dimana Marcel pernah berkahwin dengan penulis terkenal, Dewi Lestari dan Rima Melati pernah bernikah dengan Davin James Cook dan memiliki seorang, Edga yang kini berusia 4 tahun. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.288) Posted: 03 Mar 2013 08:07 AM PST VIDEO HARI INI: Ya, kita kini memang hidup dalam dunia masa hadapan. Dengan kecanggihan telefon bimbit anda sehinggalah kini teknologi untuk anda bermain snooker seperti professional. Ini Project Snooker. Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi menyifatkan Abby Abadi sebagai ustazah jadian & apa yang ‘penggiat’ aktif dunia politik itu lakukan ini boleh memesongkan akidah. – Utusan Malaysia Ahli kumpulan pop Korea Big Bang, G-Dragon merayu kepada semua peminat beliau untuk berhenti daripada terus hadir ke kawasan rumah beliau kerana ianya menakutkan ahli keluarga. – Soompi Adik kepada Britney Spears, Jamie Lynn Spears telah mengesahkan yang beliau kini sudah bergelar tunang kepada kekasih selama tiga tahun beliau, Jamie Watson yang berusia 30 tahun. – Too Fab Selepas memenangi anugerah Oscar kerana lakonan cemerlang dalam filem Lincoln, Daniel Day-Lewis bercadang untuk berehat dari dunia filem kerana takut tidak mampu ulangi prestasi beliau. – IBN Live Buah hati terbaru Hollywood, Jennifer Lawrence telah di’puji oleh ramai pihak kerana mengakui yang imej dirinya sering menerima sentuhan Photoshop & suka dengan cara tersebut. – Peta Pixel © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.