RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.307)

Posted: 28 Mar 2013 06:08 AM PDT

VIDEO HARI INI: Dia datang lagi.. Kali ini dengan lagu yang lebih mantap dari Rihanna, “Diamond”. Rasanya tidak perlu kita memaki hamun lelaki yang dikenali sebagai Bobo ini kerana sudah tertulis video yang ditayangkan itu adalah Parodi semata-mata. Terima kasih kerana membuatkan rakyat Malaysia terhibur dengan keletah anda . Ternyata tarian yang anda lakukan di dalam video ini bukan mudah untuk dilakukan oleh semua. Peace!

Pasangan bahagia Hollywood, Angelina Jolie dan juga Brad Pitt memberitahu mereka masih belum berkahwin dan khabar angin yang mengatakan mereka mengadakan majlis kahwin secara rahsia adalah tidak benar. – TMZ

Pengarah seni filem Star Wars Roger Christian berminat menjadikan Malaysia lokasi penggambaran bagi filem zombie terbarunya. – Sinar Harian

Begitu ramah artis Korea sorang ini, sebelum berangkat pulang, Siwon sempat menyalam peminat-peminat setianya yang menunggu di Airport siang tadi. – Malaysian Digest

Kumpulan Guns N’ Roses hiburkan lebih 10,000 peminat yang membanjiri Litar Antarabangsa Sepang. – Kosmo

Pelakon Emelda Rosmila mengakui menjadikan suaminya, aktor Adlin Aman Ramlee sebagai tempat rujukan dalam menghayati setiap watak yang ingin dilakonkannya. – mStar Online

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...