RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.306)

Posted: 27 Mar 2013 05:56 AM PDT

VIDEO HARI INI: Fantastik! Lagu terbaru hasil gabungan dari dua nama terkenal berlainan negara, Jay Park dan juga Mizz Nina tampil menarik di dalam muzik video terbaru berjudul “Around The World”.

Pihak agensi Hara dan juga Junhyung akhirnya mengesahkan bahawa pasangan ini sememangnya telah membawa haluan masing-masing kerana kesibukan kerja yang membuatkan mereka tiada masa untuk berjumpa. – Allkpop

Pelakon jelita, Gwyneth Paltrow yang juga merupakan isteri kepada penyanyi kumpulan Coldplay, Chris Martin memberitahu disebabkan keguguran yang hampir membawa kematian dirinya ketika mengandungkan anak ketiga membuatkan Gwyneth takut untuk mengandung. – Daili Chili

Menerusi beberapa keping gambar yang disebarkan di internet, pusara Seniman Negara,  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee musnah. Turut sama musnah adalah pusara Puan Seri Saloma dan juga A.R Tompel. - Astro Awani

Selamat hari jadi diucapkan kepada penyanyi yang popular menerusi lagu “My All” Mariah Carey yang menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-43 hari ini. - Celebbuzz

Hayden Panettiere dan pemain tinju yang berasal dari Ukrain, Wladimir Klitschko kini dalam persiapan perkahwinan mereka selepas bertunang secara rahsia. Namun begitu, aktres yang berasal dari Nashville ini masih belum dilihat memakai cincin tunang secara umum. – Us weekly

 

 

 

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

ST12 Lancar Album Kelima Lentera Hati

Posted: 27 Mar 2013 04:53 AM PDT

Album kelima kumpulan dari seberang, Indonesia berjudul “Lentera Hati” merupakan buah tangan terbaru sepanjang empat tahun bergelar anak seni.

10 lagu yang terkandung di dalam album ini kesemuanya dicipta oleh anggota ST12 sendiri, Pepep.

Menurut Pepep, album kedua ini lebih istimewa kerana menceritakan penat jerih kariernya bersama ST12 yang sebelum ini pernah mengalami masalah perpecahan.

Pada majlis yang sama Pepep turut sama memperkenalkan ahli baru termasuk vokalis, Ridho Tuah.

Dua ahli lain, Koko dan Indra masing-masing bermain gitar.

Dua ahli kumpulan asal ST12, Charly dan Pepeng mengumumkan pengunduran diri dari band itu sekitar tahun 2011.

Salah satu single dalam album itu yang sudah mula diterima di negara ini, Putih Putih Melati dikatakan mendapat inspirasi daripada lagu rakyat yang dulu popular dalam kalangan kanak-kanak.

“Saya inspirasikan lagu itu dari lagu rakyat, ia mengingatkan saja bahawa kita mempunyai lagu rakyat seperti itu,” katanya.

Lentera Hati sudah mula dipasarkan ke seluruh Asia Tenggara oleh Universal Music dan Rumpun Records.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Shaheizy Sam Bakal Keluarkan Single Terbaru “Bicara Hati”

Posted: 26 Mar 2013 10:27 PM PDT

Pertemuan bersama dengan aktor kacak Shaheizy Sam di Majlis  Raikan Cinta TV3, semalam telah merungkaikan segala-galanya apabila dia memberitahu bahawa sedang sibuk untuk mengeluarkan singlenya yang terbaru berjudul 'Bicara Hati'.

Sudah tentu peminat-peminat Shaheizy Sam ini tertanya-tanya adakah dia ingin kembali aktif dalam dunia seni suara selepas suatu ketika dahulu dia pernah bersama-sama dengan satu kumpulan yang diberi nama m.o.b.

"Ya memang Sam akan keluarkan single terbaru berjudul 'Bicara Hati' dan bakal di release mungkin paling awal pada hujung tahun ini."

"Setakat ini belum ada perancangan untuk mengeluarkan album tetapi sekadar mencuba untuk mengeluarkan single-single terbaru dan sekiranya mendapat sambutan kemungkinan besar Sam akan keluarkan dengan mini album."

"Konsep yang diketengahkan pula ialah R&B dan Bone Thugs dan ianya jauh berbeza dari segi susunan muzik dan lebih matang dari 10 tahun yang lepas."kata Sam.

Dalam perkembangan lain, Sam bakal muncul dengan drama bersiri terbaru di slot Lestary berjudul 'Kisah Cinta' bersama-sama dengan pelakon cantik, Fazura. Selain itu, bakal muncul dengan filem 2 kalimah dan Adnan Sempit 3.

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Habis Beribu Untuk Baju, Nazim Othman Tidak Kisah Digelar Metroseksual

Posted: 26 Mar 2013 10:05 PM PDT

Bergelar pelakon lebih kurang lima tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak yang dipelajari oleh Nazim Othman dan dari situlah dia miliki kekuatan untuk terus bersaing dan kekal dengan imej tersendiri.

Tidak kisah digelar lelaki metroseksual, Nazim Othman atau nama sebenar Nushrul Alif bin Othman meberitahu jangka masa lima tahun dia berada dalam industri ini cukup mematangkan dirinya untuk menapis segala tohmahan.

“Biarlah kalau ada yang gelarkan saya lelaki metroseksual, terus-terang saya katakan disini saya tidak kisah kerana saya buat semua ini untuk kepuasan diri sendiri”

Mengakui berabis beribu hanya untuk memiliki baju yang sesuai di setiap penggambaran, Nazim Othman walaubagaimanapun tidak mahu berkongsi jumlah sebenar duit yang dilaburkan untuk imejnya.

Tidak mahu dikatakan riak, Nazim Othman memberitahu jumlah tidak boleh diberitahu tetapi memang sangat banyak duit dihabiskan.

“Bayangkanlah, sekarang saya ada dua penggambaran drama berbeza dan kedua-duanya saya buat imej berbeza dari segi rambut sehinggalah pakaian sendiri”

“Jujur saya katakan, wardrobe produksi saya tidak guna melainkan semuanya saya pakai baju sendiri”

Menurut Nazim lagi, dia tidak mengharapkan mana-mana tajaan kerana lebih selesa bergerak kemana-mana dengan pakaian sendiri.

“Kalau pakai baju sponsor saya jadi takut kerana hak orang dan kita tidak boleh letak sesuka hati, kalau barang sendiri kita dah tahu macam mana nak jaga dan akan automatik jadi sayang sebab beli pakai duit sendiri”

Diberi kepercayaan untuk menjadi duta jenama jam terkenal Ellese Nazim memberitahu kontrak jenama jam itu disambung setahun lagi.

“Alhamdullilah, rezeki masih berpihak kepada saya dan mereka masih mempercayai saya untuk menjadi duta produk mereka”

Di dalam perkembangan lain, Nazim Othman masih lagi di dalam penggambaran drama terbaru yang akan ditayangkan di slot Samarinda dan Lestary untuk TV3 berjudul “Kisah Cinta” dan juga “Epilog Cinta Khirana”.

 

 

 

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gambar Nora Danish & Adi Putra di Majlis Pelancaran Penggambaran “Suami Aku Ustaz”

Posted: 26 Mar 2013 09:29 PM PDT

Filem adaptasi novel pertama arahan Adi Putra berjudul “Suami Aku Ustaz” merupakan gandingan kembali sepasang pelakon yang begitu serasi di layar perak iaitu Nora Danish dan juga pengarahnya sendiri.

Membuat Majlis Pelancaran Penggambaran di Hard Rock Cafe, Melaka baru-baru ini dilihat merupakan satu perubahan di dalam industri seni tanah air apabila Kementerian Melaka turut sama menyokong.

Antara yang dilihat turut serta di dalam majlis tersebut adalah Menteri Melaka sendiri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Haji Mohd  Ali Bin Mohd Rustam.

Diselitkan sekali disini, gambar kedua-dua pelakon ini kelmarin.

DAN_1017 DAN_1023 DAN_1036 DAN_1049 DAN_1061 DAN_1067 DAN_1072 DAN_1076 DAN_1087 DAN_1095 DAN_1109 DAN_1115 DAN_1119 DAN_1135 DAN_1144 DAN_1153 DAN_1160

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...