RotiKaya

RotiKaya


Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.305)

Posted: 26 Mar 2013 07:44 AM PDT

VIDEO HARI INI: Filem terbaru terbitan Grand Brilliance berjudul “Sembunyi: Amukan Azazil” bakal menemui penonton pada 28 Mac ini. Kiranya lagi dua hari sebelum tayangan secara rasmi bermula di seluruh pawagam di Malaysia. Sebelum itu, apa kata anda tonton dulu trailer yang kami sediakan untuk anda! Dengar cerita filem ini memang seram dan boleh tahan sinematografinya. heh.

Datin Paduka Shuhaimi Baba hari ini menegaskan beliau ada hak untuk menayangkan filem kontroversi Tanda Putera secara tertutup meskipun ia hanya akan muncul di pawagam selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). – Sinar Harian

Walaupun sedar untuk mencari lelaki yang jujur dan setia zaman sekarang amat sukar apatah lagi dirinya merupakan seorang janda, namun begitu pelakon berbakat, Wan Sharmila tidak pernah putus asa untuk terus mencari. – Berita Harian 

Aktor yang semakin menyerlah, Aeril Zafrel memberitahu babak lakonannya bersama pelakon Hollywood, Christina Ricci tidak akan ada babak bercium. - Daili Chilli

James Franco memberitahu di satu temuramah mengenai kisah peribadinya bersama Lindsay Lohan dan memberitahu mengapa dia mengelak dari keluar bersama pelakon bermasalah itu. – Us Weekly

Filem-filem tempatan yang mencatatkan kutipan pecah panggung akan bertanding dalam Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa Asean 2013 (AIFFA 2013) yang turut disertai oleh penerbit Saving Private Ryan, Gary Levinsohn. – Astro Awani 

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Ammar Perli Bekas Kekasih Selepas Bertudung?

Posted: 25 Mar 2013 08:53 PM PDT

Pelakon dan juga model, Ammar Alfian Aziz, 26, menepis dakwaan dia menyindir bekas kekasihnya, Puteri Sarah selepas wanita tersebut menyatakan hasrat untuk kekal bertudung.

Insiden tersebut berlaku selepas Ammar memuat naik status facebooknya dengan menulis :

Dah Start pakai tudung elokla tunjuk perangai baru yang baik. Bukan untuk publisiti kononya dah ‘berubah’. Perangai masih lagi hina orang tidak menunjukkan awak dah ‘berubah’

Apabila diminta memberi kenyataan, Ammar memberitahu bahawa status facebook itu tidak ditujukan kepada sesiapa, ianya ditulis secara rawak dan tiada kaitan dengan isu pemakaian tudung bekas kekashinya.

Namun begitu, Ammar sempat memberitahu bahawa niat Puteri Sarah untuk bertudung adalah sangat baik kerana perkara tersebut adalah untuk dirinya dan sebelum ini juga dia pernah meluahkan hasrat untuk bertudung.

Ammar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataannya menerusi laman Facebook miliknya yang dimuat naik pada Isnin.

Dalam kenyataan tersebut Ammar menasihatkan agar seseorang yang bertudung perlu merubah perangai kepada lebih baik dan bukan sekadar untuk mencari publisiti.

Di dalam perkembangan lain, Ammar kini lebih selesa bergerak solo kerana tidak lagi perlu memilih untuk menjayakan sesebuah lakonan kerana tiada yang perlu dijaga hati dan lebih tenang kerana tidak perlu memikirkan tentang orang lain dan boleh fokus untuk kembali ke bidang lakonan.

Untuk pengetahuan, selepas perpisahan mereka penghujung tahun lalu masing-masing tidak lagi berhubung.

ammarjeles

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gambar: Neelofa & Fahrin Ahmad Dalam Filem Pilot Cafe

Posted: 25 Mar 2013 08:33 PM PDT

Filem yang diarahkan oleh pengarah berkaliber, Osman Ali yang baru sahaja menjalani penggambaran bermula pertengahan bulan ini menampilkan pelakon baru yang berbakat seperti Izara Aishah  dan juga Neelofa merupakan filem dari adaptasi novel terkenal, Ahadiat Akashah berjudul “Pilot Cafe”.

Mereka digandingkan bersama dua pelakon lelaki yang ternyata punyai aura tersendiri iaitu Fahrin Ahmad dan juga Dato’ Eizlan Yusof.

Untuk mereka yang kurang pasti, Neelofa memegang watak sebagai Sharmila manakala Izara Aishah sebagai Maya yang akhirnya jatuh cinta pada seorang lelaki yang sama iaitu Fahrin Ahmad (Ameer).

Banyak lagi insiden manis dan romantik bakal terjadi di dalam filem ini yang pasti akan menjadi satu lagi filem pecah panggung seperti “Ombak Rindu” dan juga “Lagenda Budak Setan”.

image image_1 image_2 image_3 image_4 image_5 image_6 image_7 image_8

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...