RotiKaya |
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.304)
- Tahniah: Amanda Misbun Kini Bertudung
- Gambar : Tema Majlis Baby Shower Fasha Sandha Serba Biru
- Lisa Surihani Tampil Beri Penjelasan Isu Guna Nama Lariskan Produk
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.304) Posted: 25 Mar 2013 05:43 AM PDT VIDEO HARI INI: Melihat telatah yang dipaparkan di dalam video terbaru Jinnyboy TV berjudul “Abuden 2″ ini pasti anda sendiri pernah mengalaminya. Tengok dan fahami mesej yang cuba disampaikan! Memang rata-rata warga Malaysia gemar bertanyakan soalan sebegini. Pelakon dan juga pengacara, Didie Alias melangkah setapak lagi dengar bergelar penyanyi. Single pertama berjudul Ping! dengan kolaborasi bersama kumpulan Max 24:7 merupakan lagu pertama Didie yang kini mahu dikenali sebagai Lady Didie. – Kosmo Antara selebriti Hollywood yang tidak memakan daging kerana merasakan diri mereka terlalu kejam lantaran itu memilih sayur-sayuran sebagai menu diet utama mereka ialah Russell Brand, Kristen Bell dan Kristen Wiig. – CelebBuzz Salah seorang ahli kumpulan Super Junior, Choi Siwon datang ke Malaysia untuk menjalani penggambaran iklan di Taman Tasik Ampang Hilir (Ampang Hilir Lake Garden). Penggambaran bermula jam 5 petang tadi, dengar cerita anggota Super Junior yang lain akan turut datang ke Malaysia dengan tujuan yang sama. – Murai Pelakon jelita Bollywood, Aishwarya Rai meluahkan rasa marahnya terhadapa isu rogol di India yang kian berleluasa dan mahu perogol yang bersalah menerima hukuman setimpal. – Daili Chilli Kumpulan yang popular dengan lagu “Shape Of My Heart”, Backstreet Boys berjanji akan kembali ke Malaysia selepas konsert Twin Tower 2012 mereka yang berlangsung kelmarin. – Astro Awani
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Tahniah: Amanda Misbun Kini Bertudung Posted: 24 Mar 2013 08:45 PM PDT Tahniah diucapkan kepada pelakon, Amanda Misbun yang juga merupakan adik kepada pelakon terkenal Haliza Misbun yang kini tampil manis bertudung. Selepas melahirkan bayi pertama pada Disember tahun lalu kian menyepi dari dunia lakonan. Tidak pasti kemana perginya kelibat pelakon berbakat ini namun yang pasti dia kini merupakan seorang pengusaha tudung yang dijalankan secara kecil-kecilan di laman Facebook dan juga Instagram. Bagi mereka yang tertanya-tanya, perniagaan tudung tersebut dikongsi bersama adik beradik Amanda yang lain, diberi nama The SHAWLSisters.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Gambar : Tema Majlis Baby Shower Fasha Sandha Serba Biru Posted: 24 Mar 2013 08:16 PM PDT Menghitung hari sebelum melahirkan bayi lelaki tidak lama lagi, Fasha Sandha dan Jejai masih sempat untuk mengadakan Baby Shower untuk sama-sama meraikan detik menghitung hari bersama keluarga dan rakan rapat. Majlis yang berlangsung semalam turut dihadiri ramai artis seperti Zizan Razak, Dynas, Dato’ Eizlan Yusof dan isteri serta beberapa teman media yang lain. Turut kami selitkan, gambar di sekitar majlis baby shower Fasha Sandha dan Jejai. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Lisa Surihani Tampil Beri Penjelasan Isu Guna Nama Lariskan Produk Posted: 24 Mar 2013 07:46 PM PDT Pelakon dan juga pengacara, Lisa Surihani tampil memberikan penjelasan selepas gambar miliknya telah diambil tanpa kebenaran untuk tujuan melariskan produk kecantikan yang semakin mendapat tempat di Malaysia, SNE. Lisa turut menegaskan bahawa dia merupakan duta produk Garnier Skin Naturals dan berharap agar pihak Beutskin memperbetulkan kenyataan mereka mengenai isu ini. Antara petikan yang diambil dari laman facebook Lisa Surihani sendiri, Bagi pihak Lisa Surihani kami ingin menjelaskan yang Lisa Surihani bukan seorang pengguna produk SNE. Kami telah menemui pihak SNE untuk berbincang perkara yang lain dan bukan untuk membeli produk SNE. Disini kami meminta agar pihak SNE atau pemilik laman Beutskin SNE Healthcare tidak menguna nama atau gambar Lisa Surihani untuk mempromosikan produk mereka. Diharap juga agar pihak SNE atau pemilik laman tersebut memperbetulkan kenyataan-kenyataan dilaman mereka supaya tidak menimbulkan salah faham atau kekeliruan pembaca atau pengguna produk SNE dengan cepat mungkin. Lisa Surihani ialah pengguna dan duta untuk produk Garnier Skin Naturals. Setahu kami, duta sebenar yang telah diumumkan secara rasmi hanyalah Scha Al- Yahya.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |













No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.