RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Penyanyi Camelia Bersama Anak kesayangan

Posted: 21 Mar 2013 04:46 PM PDT

Pasti ramai yang kurang pasti penyanyi,  Dayang Noor Camelia Abang Khalid, 38, atau lebih dikenali sebagai Camelia mempunyai seorang anak perempuan yang semakin membesar diberi nama  Aisha.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu “Rindu Padanya” ini sebenarnya telahpun berkahwin buat kali kedua bersama seorang ahli perniagaan yang berjaya namun tidak dihebahkan kepada media dan hanya dilakukan secara tertutup dan dihadiri sanak saudara terdekat.

Terkini, dari gambar yang team kami lihat anaknya sudah membesar dengan baik dan bakal mengikuti kejelitaan emaknya yang semulajadi!

anak camelia- rotikaya 1 anak camelia- rotikaya 2 anak camelia- rotikaya

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Jimmy Shanley jumpa Perdana Menteri Di Konti

Posted: 21 Mar 2013 04:14 PM PDT

Pengalaman bertemu sendiri dan berkongsi pengalaman peribadi oleh tokoh Perdana Menteri memori yang paling tidak boleh dilupakan Jimmy Shanley tatkala diberi peluang keudara bersama Dato’ Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

Peluang tersebut telah diberikan oleh pihak radio UFM untuk segmen “Bersama Perdana Menteri”.

Di dalam segmen tersebut bakal memperdengarkan Perdana Menteri Malaysia kita berkongsi kisah peribadi beliau dan rutin harian yang selalu dilalui sepanjang bergelar Perdana Menteri Malaysia yang keenam.

Menurut Jimmy yang juga deejay stesen itu, temu bual santai tersebut akan disiarkan menerusi UFM pada Jumaat (esok) bermula pukul 7 pagi.

Siaran radio itu hanya boleh diikuti sekitar Lembah Kelang menerusi frekuensi 101.3 FM.

Jimmy berkata, antara topik menarik yang dibualkan mereka untuk rakaman itu ialah gaji bulanan yang diperoleh Najib serta bagaimana beliau membelanjakan wangnya.

Turut diselitkan bagaimana beliau menguruskan diri di rumah dan soal berpakaian.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Gambar: Lisa Surihani Kongsi Gambar Sewaktu Kecil

Posted: 21 Mar 2013 12:33 PM PDT

Saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nampak ‘mesra kamera’. Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati sesiapa yang melihat gambar Lisa sewaktu kecil.

Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri. Enjoice!

image_8 image_7 image_6 image_5 image image_1 image_2 image_3 image_4

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Najwa Latiff Peroleh 4A Dalam SPM

Posted: 21 Mar 2013 10:06 AM PDT

Semua maklum keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 diumumkan siang tadi.

Tidak ketinggalan penyanyi "Cinta Muka Buku" Najwa latif turut mengambil keputusan SPM siang tadi.

Ketika dihubungi Gala Tv awal siang tadi, Najwa berkongsi berita gembira dengan peminatnya dengan memperoleh keputusan 4A.

Dilaman twitter, Najwa melahirkan rasa kesyukuran kerana lulus dalam semua matapelajaran yang diambilnya tahun lalu.

Untuk pengetahuan, Najwa Latif memperlahankan aktiviti seninya tahun lalu bagi memberi perhatian sepenuhnya kepada peperiksaan besar yang bakal didudukinya.

Ucapan tahniah dari kami kepada Najwa Latiff. Dan tahniah kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012.

najwa najwa latif ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.302)

Posted: 21 Mar 2013 09:11 AM PDT

VIDEO HARI INI: Dengarkan video klip terbaru “Salam Semua” nyanyian Aaron Aziz bersama kumpulan Sleeq. Di dalam video tersebut juga memperlihatkan kemunculan pertama isteri merangkap pengurus Aaron Aziz sendiri, Diyana Halik. Lagu dan videonya memang ngam!

Selepas kejayaan besar yang dikecapi Dain Said menerusi “Bunohan” , beliau kini sibuk mengolah idea untuk filem terbarunya yang bergenre thriller dengan menggunakan elemen penyiasatan sebagai rencah utama. – Sinar Harian

Hubungan Dato’ Siti Nurhaliza bertambah mesra dengan suaminya selepas kemalangan yang melanda Dato’ K baru-baru ini disebabkan masa yang diluangkan oleh Siti hampir 24 jam sekarang. - mStar Online

Salah seorang anggota kumpulan Girl Generation’s Sooyoung memberi amaran kepada peminatnya mengenai individu yang tidak bertanggungjawab membuat akaun palsu dan menyamar menjadi dirinya. – Allkpop

Pelakon yang juga isteri kepada pelawak Adlin Aman Ramli, Emelda Rosmila tidak mahu bercerita lanjut mengenai kisah anak angkatnya yang kini berusia dua tahun. – Kosmo

Pasti bagi anda yang sememangnya mengikuti cerita Oh My English! musim pertama lebih teruja apabila untuk musim yang terbaru menampilkan Aaron Aziz sebagai cikgu Pendidikan Jasmani, turut sama membintangi bagi musim kedua ini adalah Tiz zaqyah dan juga Lisa Surihani. - Astro Awani

 

 

 

 

 


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...