RotiKaya

RotiKaya


Dato’ M.Nasir Kembali Menakluki Istana Budaya Menerusi Sang Pencinta

Posted: 20 Mar 2013 09:15 AM PDT

2013 menyaksikan setelah 4 tahun,  penyanyi yang juga komposer terkenal, Dato' M.Nasir bakal menggegarkan pentas Istana Budaya buat kali keduanya selama tiga hari berturut turut bermula 7, 8, dan 9 Jun ini.

Konsert M.Nasir Sang Pencinta ini bertemakan semi muzikal.

Terlebih dahulu sebelum ini Dato M.Nasir  pernah mengadakan beberapa siri konsert solo yang besar bermula dengan Konsert Gong, Canggung, Akar, Andalusia dan Konsert Alam Muzik, juga di Istana Budaya.

Konsert yang bakal berlangsung Jun ini merupakan sebahagian daripada Program Istana Budaya 2013 yang bakal menampilkan khazanah muzik hasil gubahan M.Nasir dengan persembahan yang cukup mantap.

Apa yang pasti, persembahan malam itu nanti akan mencuri perhatian pencinta muzik tanah air melalui elemen fantasi yang dipersembahkan secara audio dan juga visual.

Menariknya mengenai Konsert Sang Pencinta ini, ia bakal diserlahkan dengan gabungan pemuzik pemuzik handalan tanah air serta iringan String dari OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) dan cantuman hebat dari gamelan OTM (Orkestra Tradisional Malaysia).

Sang Pencinta ini merupakan anjuran Bombbay Worldwide dengan kerjasama Red On Black dan Belbis serta sokongan Istana Budaya sendiri.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tiket, sila layari website www.ticket2u.biz atau hubungi talian hotline 03-41478600.

Tiket-tiket boleh didapati dengan harga RM68, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.301)

Posted: 20 Mar 2013 09:02 AM PDT

VIDEO HARI INI: Video terbaru dari rangkaian Epic Meal Time. Kali ini mereka membawa penonton berfikir dua kali dengan persembahan sarapan pagi yang dibuat dari coklat dengan pelbagai cara dan ragam. saksikan!

Menurut Rozita Che Wan yang dikecam kerana memakai skirt pendek ketika melakukan photoshoot bersama Zain Saidin baru-baru ini memberitahu seksi itu adalah hak dirinya – Sinar Harian

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Babyface akan berduet dengan mempersembahkan lagu berjudul Fire milik bintang antarabangsa itu sempena Grand Prix Formula One 2013 malam Khamis ini. – mStar Online

Hubungan percintaan diantara Katy Perry Dan John Mayer putus buat kali kedua namun begitu menurut sumber hubungan mereka masih belum benar-benar berakhir. - Us Weekly

Pengarah yang berasal dari British, Tim Hampton mati di usia 65 tahun disampin ahli keluarganya yang lain. Antara filem yang pernah diarahkan olehnya ialah Legend yang dibintangi oleh Tom Cruise. – Hollywood Reporter

Malam pertama di penjara Rutan Pondok Bambu, Julia Perez yang sudah menjalani hukuman penjara selama tiga bulan bermula semalam memberitahu tidak dapat tidur dengan lena. – Detik Hot


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Pierre Andre Sahkan Bakal Bernikah Jun Ini

Posted: 20 Mar 2013 06:23 AM PDT

Akhirnya terjawab persoalan bilakah Pierre Andre bakal menamatkan zaman bujangnya.

Pierre ketika ditemui di sebuah lokasi penggambaran membongkar bakal berkahwin pada Jun ini bersama pasangannya, Nur Hidayah Hashim, 25.

Pierre ketika ditemui nyata teruja menanti detik untuk disatukan bersama pasangannya malah berjanji akan menjemput rakan media dan selebriti.

"Insya-Allah jika tiada aral melintang saya akan menamatkan zaman bujang saya dengan gadis pilihan, Nur Hidayah Hashim, 25, atau Yaya pada Jun ini. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjemput media ketika majlis pertunangan kerana ia merupakan permintaan pihak keluarga kami."

“Namun, pada majlis pernikahan kelak, saya akan menjemput para rakan media dan selebriti untuk bersama-sama saya. Mengenai tarikhnya, saya belum boleh kongsikan kerana ianya masih terlalu awal. Tetapi ia akan dilangsungkan sekitar bulan Jun ini, sebelum memasuki Ramadan."

Walaubagaimanapun, tarikh majlis resepsi belum ditetapkan jelas Pierre. Berkemungkinan majlis resepsi akan diadakan pada hujung tahun.

Pierre menambah, sifat peribadi tunangnya telah berjaya menarik perhatiannya sehingga membuatkan dia nekad menjadikan Nur Hidayah suri hidupnya.

“Ciri-ciri wanita idaman saya memang seorang yang simple dan sederhana. Saya memang mencari yang tidak terlalu sosial dan pandai menjaga peribadinya. Ciri-ciri itu saya lihat ada pada Yaya yang lebih suka
menghabiskan masa di rumah.

"Saya memang dah serik nak cari pasangan daripada kenalan artis dan selebriti. Mungkin pengalaman dahulu mengajar saya dan syukur kerana akhirnya saya dipertemukan dengan tunang saya sekarang,” jelas Pierre.

Pelakon Beego dan Linda Hashim juga bakal berkahwin Jun ini. Nampaknya ramai juga artis yang memilih bulan Jun sebagai bulan menamatkan zaman bujang. Didoakan semoga semuanya berjalan
lancar.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Pelakon Sharifah Nadia Didakwa Cederakan Bekas Suami

Posted: 20 Mar 2013 05:18 AM PDT

Pelakon lama, Sharifah Nadia Yusnita telah didakwa diatas kesalahan mencederakan bekas suaminya, Lob Mahadir Abdul Shukur, 40, seorang ahli perniagaan pada 25 November tahun lepas, jam 10.30 pagi.

Nadia diwakili Peguam Yusmadi Yusoff, mengaku tidak bersalah ke atas pertuduhan mencalarkan tangan bekas suaminya di Mahkamah Majistret hari ini. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shapirra Selamat.

Manakala suami tertuduh, Lob Mahadir Abdul Shukur diwakili Peguam M.K Thas.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di Dewan Tan Sri Jefry Chin di SK Chee Wen, USJ 1, Subang Jaya November 2012.

Sharifah Nadia didakwa di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara dan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan.

Sebelum ini Nadia pernah membintangi filem Diari Romeo dan kembali ke dunia lakonan selepas 7 tahun meninggalkan industri.

Majistret Mohd Hezri menetapkan tarikh sebutan kembali kes pada 22 April ini.

Sharifah-Nadia-Yusnita-cousin-Adi-Lob ROTIKAYA SYARIFAH NADIA KAWIN 1- ROTIKAYA SYARIFAH NADIA KAWIN 2 - ROTIKAYA SYARIFAH NADIA KAWIN 3 - ROTIKAYA SYARIFAH NADIA KAWIN 5 - ROTIKAYA SYARIFAH NADIA KAWIN 6 - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

‘Saya Tidak Tahu Siapa Pelakon Yang Dimaksudkan Rita Rudaini’ – Adiputra

Posted: 19 Mar 2013 07:22 PM PDT

Sebelum ini tersiar di beberapa laman sesawang mengenai kisah suami kepada pelakon Rita Rudaini yang melarang dirinya berlakon bersama-sama dengan aktor yang berasal dari Singapura.

Kesempatan bertemu dengan jejaka idaman Malaya yang berasal dari Singapura, Adiputra di Pelancaran filem Langgar semalam dapat menjawab segala teka teki yang bermain di fikiran orang ramai.

Menurut Adi, dia sendiri tidak tahu mengenai perkara ini dan anggap kisah rumah tangga mereka adalah sangat peribadi dan tiada hak untuk mengulas lebih lanjut.

"Sejujurnya saya tidak tahu langsung mengenai perkara ini dan kalau boleh saya tidak mahu ada mengena dengan perkara ini kerana masalah ini adalah masalah mereka berdua. Saya hanya berkarya dan tidak lebih dari itu”

“Cuma satu hal yang ingin saya cakapkan ialah sekiranya suami tidak suka anda melakukan sesuatu perkara yang dia tidak gemari, anda haruslah akur kerana suami ialah khalifah dan pembimbing dalam kehidupan bekeluarga," katanya ringkas.

Mengenai filem Langgar arahan pertama pengarah dan juga penyanyi Sein, Adiputra diberi tanggungjawab untuk menggalas watak utama dalam filem ini dan dijangka filem ini akan memberikan perbezaan dari filem-filem gangster yang pernah ditayangkan di Malaysia.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...