RotiKaya |
- Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25) Putrajaya
- Festival Filem Malaysia Ke 25 — Sekitar Acara Karpet Merah
- Gambar: Sekitar Karpet Merah Bella Awards 2013
| Keputusan Penuh Pemenang Festival Filem Malaysia Ke 25 (FFM 25) Putrajaya Posted: 02 Mar 2013 04:40 AM PST Edisi ke 25 Festival Filem Malaysia mengambil tempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan di’acarakan oleh Fahrin Ahmad & Erra Fazira yang berganding buat pertama kali. Apa yang menarik perhatian kami, pada malam ini Festival Filem Malaysia mengimbas kembali semua pemenang anugerah sejak awal penganjuran sehingga edisi terakhir. Menarik tetapi ada juga saat bosan. Eh. Gelaran Pelakon Terbaik untuk kategori wanita di’menangi oleh Maya Karin melalui lakonan beliau dalam filem Ombak Rindu & kategori lelaki pula di’menangi oleh Faizal Hussein melalui filem Bunohan. Dain Iskandar Said menjadi individu dengan anugerah terbanyak malam ini dengan tiga gelaran peribadi melalui Cerita Asal Terbaik, Lakon Layar Terbaik & juga gelaran tertinggi Pengarah Terbaik FFM 25. Sebagai bonus besar buat Dain Said di’atas gelaran peribadi beliau, filem arahan’nya Bunohan berjaya merangkul gelaran Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 25. Filem Box Office – Ombak Rindu Anugerah Pencapaian Khas- Rhythm & Hue Studio (Life of Pi) Anugerah Khas Sepanjang Hayat Wanita – Seniwati Mariani Ismail Anugerah Khas Sepanjang Hayat Lelaki – Datuk Aziz Sattar Anugerah Khas Juri Penggiat TV Lelaki – Mano Maniam Anugerah Khas Juri Penggiat TV Wanita – Lai Meng Anugerah Khas Juri – Filem Vajram Pelakon Harapan Wanita – Jojo Goh (29 Februari) Pelakon Harapan Lelaki – Izzue Islam (29 Februari) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Normah Damanhuri (Songlap) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (Songlap) Penyunting Terbaik – Wong Hui Lynn (Songlap) Cerita Asal Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan) Lakon Layar Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan) Sinematografi Terbaik – Hariss Hue Abdullah (Songlap) Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Ombak Rindu) Pelakon Lelaki Terbaik – Faizal Hussein (Bunohan) Pengarah Filem Terbaik – Dain Iskandar Said (Bunohan) Filem Bukan Melayu Terbaik – Petaling Street Warriors Filem Terbaik – Bunohan © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Festival Filem Malaysia Ke 25 — Sekitar Acara Karpet Merah Posted: 02 Mar 2013 04:27 AM PST Mengambil tempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), edisi ke 25 Festival Filem Malaysia (FFM) di’anjurkan untuk menghargai pencapaian mereka yang bekerja keras di’dalam industri perfileman. Malam ini juga bakal menentukan filem manakah bakal meraih gelaran Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke 25 (FFM 25) yang menjadi antara kategori yang di’nantikan ramai peminat. Filem Songlap telah mendominasi pencalonan kali ini dengan 15 kategori & Bunohan juga merupakan pesaing terdekat selepas menerima tiga anugerah di majlis Anugerah Cipta FFM 25 baru baru ini. Sebelum apa apa pastinya ada acara karpet merah untuk selebriti & para penggiat seni perfileman menonjolkan sisi fesyen mereka ke majlis penuh gilang gemilang malam ini. Enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Gambar: Sekitar Karpet Merah Bella Awards 2013 Posted: 02 Mar 2013 04:04 AM PST Dalam banyak banyak hari, malam ini mereka pilih untuk adakan dua majlis anugerah sekali gus dan Bella Awards 2013 anjuran ntv7 merupakan salah satu majlis selain Festiva Filem Malaysia ke 25. Bella Awards 2013 di’anjurkan untuk menghargai pencapaian wanita di Malaysia & majlis ini di’adakan di The Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Majlis kemuncak malam ini bakal di’acarakan oleh Hans Isaac, Elaine Daly, Daphne Iking dan Vanessa Chong & mempertandingkan 11 kategori pilihan juri dan juga undian masyarakat awam. Berikut merupakan gambar sekitar acara karpet merah Bella Awards 2013 yang telah berlangsung sekitar 7.00 malam tadi & bakal ke’udara di kava TV ntv7 bermula jam 8.30 malam. Enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |












































































































































































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.