RotiKaya |
- Gambar: Nora Danish Sebagai Duta Baru Jenama Uniqlo
- Twisties Superstarz X — Mencungkil Bakat Unik Dan Ikonik Dalam Diri Anda
- Raja Azmi Anggap Cinta Monyet, Putus Cinta Dengan Kekasih Muda
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.300)
| Gambar: Nora Danish Sebagai Duta Baru Jenama Uniqlo Posted: 19 Mar 2013 04:05 PM PDT Sering dilihat berulang alik ke Jepun, akhirnya terjawab persoalan tersebut apabila dilihat Nora Danish sendiri memuat naik beberapa keping gambar-gambar comelnya menggayakan pakaian jenama Uniqlo di Instagram. Disahkan sendiri oleh Nora Danish di instagram, dia kini merupakan duta rasmi Uniqlo Malaysia 2013. “Here’s why I went to Japan recently. Pleased to be the face of Uniqlo Malaysia 2013! Check out www.facebook.com/uniqlo.my” “Secara peribadi saya selesa dengan Uniqlo kerana sangat mudah untuk mix and match pakaian. Mudah untuk saya gayakan mengikut citarasa saya. Bila mendapat tahu saya dipilih untuk menjadi wajah Uniqlo, saya rasa sangat gembira dan teruja” Lagi gambar Nora Danish sebagai wajah baru jenama terkenal Jepun, Uniqlo ini. Comel seperti remaja ‘kan? :) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Twisties Superstarz X — Mencungkil Bakat Unik Dan Ikonik Dalam Diri Anda Posted: 19 Mar 2013 12:09 PM PDT Walaupun telah banyak program mencungkil bakat dalam diri para rakyat Malaysia dijalankan, sebenarnya tidak banyak yang mampu memberikan kebebasan kepada individu untuk menjadi diri mereka sendiri. Lebih lebih lagi jika anda mempunyai personaliti yang cukup unik & sangat berbeza dari orang lain — kini anda mempunyai tempat untuk menonjolkan sisi anda yang mungkin boleh menjadi ikon. Twisties Superstarz X mencari mereka yang mempunyai bakat unik dan berpotensi menjadi ikonik dengan bimbingan selebriti tempatan yang dipilih khas untuk menjadi mentor. Apabila kami cakap unik & ikonik, memang maksudkan bakat yang seunik Michael Jackson, Lady Gaga, Nicki Minaj dan Katy Perry yang berjaya popular dan berpengaruh di seluruh dunia dengan gaya tersendiri. Kalau kita lihat dalam negara kita sendiri, bakat seperti Yuna, Zee Avi dan Najwa Latif mempunyai personaliti unik mereka sendiri yang bolehkan mereka untuk menjadi figura ikonik buat peminat. Anda bukan sekadar perlu mempunyai bakat besar, tetapi juga personaliti hebat yang boleh dijelmakan sebagai satu pengaruh kepada mereka yang sukakan kelainan dan identiti ‘pelik’. Twisties Superstarz X sedang menjalankan ujibakat secara online untuk anda yang berminat — tidak perlu untuk turun ke lokasi yang telah di’tetapkan seperti pertandingan bakat yang lain. Mudah ‘kan? Untuk memastikan anda tidak perlu bersusah payah untuk memikirkan lagu apa untuk dinyanyikan dalam video ujibakat yang bakal anda hantar, berikut merupakan 50 buah lagu yang boleh anda pilih.
Menghantar video ujibakat anda melalui laman rasmi Twisties Superstarz X hanya langkah pertama dalam perjalanan anda untuk menjadi bintang — jika berjaya terpilih, anda akan dibimbing secara aktif oleh salah seorang daripada mentor terpilih dalam dunia hiburan Malaysia yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Altimet merupakan rapper terkenal yang memenangi banyak anugerah selain penulis lagu, penerbit, penyusun & juga kini bergelar Pengarah Eksekutif untuk Kartel Records yang menaungi ramai artis terkenal seperti Joe Flizzow, Nabila Huda, Anis Nabilah, SonaOne & Ila Damiaa.
Prema Yin memulakan karier pada 2004 dengan menyertai sebuah pertandingan nyanyian sebelum bergerak dengan identiti tersendiri sehingga bergelar Best Overall Female Act pada Voize Independent Music Awards (VIMA) pada tahun 2012 — juga berbakat mencipta lagu sejak berusia 14 tahun. Anda berpeluang untuk dibimbing oleh salah satu dari dua nama ini untuk menjadi penghibur yang ikonik — banyak tips & perkara berkaitan dunia hiburan boleh anda pelajari dari mereka, memudahkan jalan anda untuk popular. Seperti yang kami sebut, anda boleh menghantar video ujibakat anda melalui laman rasmi Twisties Superstarz X mulai sekarang tetapu harus diingat anda hanya boleh tampil secara solo atau duo (2 orang) sahaja. Hadiah utama untuk pemenang Twisties Superstarz X ini seperti yang anda boleh jangka adalah peluang untuk merakamkan sebuah lagu sendiri bersama komposer yang berkaliber di Malaysia. Jangan tunggu lagi, hantarkan video diri anda dalam persembahan diri yang terbaik untuk terpilih sebagai salah seorang peserta & anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini Twisties Superstarz X melalui akaun Twitter rasmi mereka @Superstarz_X. Tidak sabar kami untuk lihat Lady Gaga Malaysia. Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Raja Azmi Anggap Cinta Monyet, Putus Cinta Dengan Kekasih Muda Posted: 19 Mar 2013 09:55 AM PDT Menurut Raja Azmi, 53, hubungan cinta bersama kekasih yang jauh lebih muda berbanding dirinya kini telahpun putus sejak sebulan yang lalu. Menganggap cinta yang hadir selepas isu perceraian bersama bekas pemain badminton Kebangsaan Jalani Sidek hanyalah cinta monyet, Raja Azmi tidak mahu menoleh ke belakang. Jejaka yang dimaksudkan adalah Hafiz 27, yang bekerja sebagai pemain muzik di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur. “Mungkin saya terlalu cepat mencari pengganti selepas bercerai, namun saya tahu hubungan ini tidak akan kemana-mana kerana saya sedar perbezaan umur yang ketara” Menjelaskan walaupun semakin sibuk dengan kerjaya sebagai penulis novel dan penerbit kini, Raja Azmi menegaskan fokusnya untuk mencari cinta tetap akan diteruskan. “Saya tidak akan serik untuk mencari cinta, saya seorang wanita yang ingin dimanja, kerana selama 28 tahun berumah tangga saya sudah biasa begitu. “Bagaimanapun, mungkin kali ini kriteria lelaki pilihan itu sedikit berbeza, lebih matang atau sama umur dengan saya,” katanya ringkas. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.300) Posted: 19 Mar 2013 09:01 AM PDT VIDEO HARI INI: hahaha! Melihat video dari Smooch ini memang tidak pernah kering gusi. Ada sahaja perkara yang mencuit hati dan logiknya kebanyakkan yang ditunjukkan adalah perkara yang benar-benar berlaku. Kali ini mereka bawa penonton memahami dengan cara yang berbeza menerusi Banned Aeroplane Safety Video. Aizat akui kini berkawan rapat dengan Zee Avi disebabkan rumah mereka yang berdekatan. Menurut Aizat lagi, Dia turut bekerjasama dengan Zee Avi untuk sebuah lagu yang akan dimuatkan di dalam album pertama Aizat nanti. – Media Hiburan Selepas isu kecurangan yang membuatkan nama Tiger Woods sedikit tercalar beberapa tahun lalu kini beliau bersama kekasih baru bersama bintang papan luncur Lindsey Vonn. – Astro Awani Pelakon yang pernah membintangi filem “Silver Lining Playbook” Bradley cooper 38 tahun kini dilihat sedang bercinta dengan model yang berusia 20 tahun, Suki Waterhouse selepas mengesahkan perpisahan bersama Zoe Saldana. Us Weekly Walaupun sibuk dengan kerjaya masing-masing Jay Z tidak pernah melupakan isterinya Beyonce dengan menyanyi Rap tentang kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri. – E Online INFINITE tampil dengan buah tangan baru apabila video teaser lagu terbarunya yang berduet bersama ketua Sunggyu berjudul “Man In Love” telahpun diriliskan baru-baru ini. - Allkpop © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |








No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.