RotiKaya

RotiKaya


Beri Galakan Memey Bersara, Norman Hakim Letak Had Masa Shooting

Posted: 18 Mar 2013 06:28 PM PDT

Disebabkan kekangan masa, Norman Hakim, 37, akui isterinya Memey Suhaiza lebih banyak menjaga anak mereka Mohamed Darwisz Hakim yang baru mencecah usia sebulan berbanding dirinya.

Menurut Norman, Memey yang baru sahaja tamat proses pantangnya selama 44 hari kelmarin semakin biasa dengan rutin harian baru bersama Darwisz dan Memey cepat tangkap jika bab berkaitan penjagaan bayi.

“Alhamdulillah, Memey cepat tangkap jika kita tunjuk dia cara-cara yang betul ketika menjaga bayi yang masih kecil ini”

Ujar Norman lagi selepas kelahiran Darwisz rezeki untuk keluarganya semakin murah apabila Memey sendiri terpaksa menolak tawaran berlakon ketika masih berpantang.

“Memey ada juga terima tawaran berlakon dan menjalani penggambaran di Amsterdam. Kalau ikutkan peluang memang saya mahu Memey pergi tapi setelah membuat perbincangan bersama saya cakap kepadanya ‘takpelah bukan rezeki kita’”

“Pada saya biarlah ibunya yang jaga sendiri daripada orang luar sebab saya trauma sikit dengan isu pembantu rumah sekarang”

Ditanya adakah ada kemungkinan Memey akan bersara dari bidang lakonan dan tumpukan sepenuh perhatian sebagai suri rumah, Norman Hakim seakan menyokong kenyataan itu menjawab.

“Kalau ikutkan memang saya nak dia bersara dan tumpukan sepenuh perhatian pada anak kami yang masih kecil, yelah kalau shooting ni tak kira masa. kadang-kadang sampai subuh pun ada.”

“Tapi saya faham perasaan dia yang sama seperti saya meminati bidang lakonan, pada saya terpulang pada dirinya dan saya tidak akan menghalang”

Walaupun tidak menghalang Memey untuk bersara dari bidang lakonan, Norman Hakim memberitahu perlu ada had dari segi masa ketika shooting sehingga jam 10 malam.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Wan Raja Anti Sosial, Terkejut Dikatakan Kaki Perempuan

Posted: 18 Mar 2013 05:25 PM PDT

Kali terakhir mendengar perkembangan terbaru aktor yang berusia 35 tahun adalah ketika membintangi filem “Anu Dalam Botol”.

Dikenali sebagai Wan Raja, pemilik nama sebenar Saiful Redzuan A Bakar terkejut apabila timbul gosip mengatakan dia seorang yang gemar bertukar-tukar perempuan kerana dia sendiri seorang yang anti sosial.

Cerita ini timbul apabila Wan Raja turut sama membintangi filem baru arahan Bob Singah bertajuk “Balun” yang mana dia berlakon bersama Izara Aishah dan juga Beto Kusyairy.

menurut Wan Raja, jika gosip yang mengatakan dia seringkali menjual ayat bunga kepada pelakon yang berada di set itu mungkin telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.

“Tidak mungkin saya sebegitu kerana saya sendiri jarang keluar dan duduk jauh dari kesibukan kotaraya. Jika keluar pun hanya lepak di mamak bersama kawan lelaki”

“Di set pula, saya seorang yang pendiam jarang bercakap dengan orang, saya pelik macam mana cerita ini boleh timbul”

Walaupun di usia 35 tahun Wan Raja masih belum menemui calon yang sesuai untuk dijadikan isteri, Wan Raja dalam nada bergurau memberitahu mungkin dia terkena sumpahan kerana sehingga kini masih belum berkahwin.

“Saya kena sumpah kot kalau bab-bab perempuan ni sebab tiada seorang pun yang melekat”

Meminati lakonan hebat dari Sidi Oraza, Wan Raja anggap isu ini sebagai asam garam menjadi artis.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Kutuk Produksi Tempatan, Irfan Roslan Demand Bayaran Hollywood?

Posted: 18 Mar 2013 08:18 AM PDT

Mungkin anda ingat dengan pelakon yang pernah membintangi drama bersiri “Juvana” Irfan Roslan yang memegang watak sebagai Cikgu Azmee ini bukan?

Tidak tahu mana silapnya, pelakon yang pernah memberitahu ingin berhenti berlakon kerana tidak nampak masa hadapan di dalam bidang ini sekitar tahun 2010 mengutuk produksi tempatan dengan kata-kata yang kurang enak.

Menurut satu sumber, pelakon ini juga pernah mengutuk produksi filmscape dengan mengatakan jalan cerita “Juvana” tidak bagus sedangkan pada masa itu dia turut sama berlakon.

Jika benar mahu mengutuk, rasanya tidak perlu mengambil tawaran tesebut memandangkan dia sendiri telah mengatakan jalan cerita yang dipersembahkan oleh Khabir Bhatia tidak bagus.

Di dalam status Facebooknya juga tertera bayaran yang ditawarkan dan dengan lagaknya memberitahu jangan menghubunginya jika tiada bajet.

602011_10200861317759018_121068751_n (1)

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.299)

Posted: 18 Mar 2013 08:05 AM PDT

VIDEO HARI INI: Kali ini kami kongsikan sebuah video bagaimana cara untuk mekap sendiri di hari bahagia anda. Ternyata selepas anda melihat video ini pasti mudah bagi anda untuk praktikkan kerana Michelle Phan merupakan seorang yang pakar di dalam bidang kecantikan dan tipsnya juga ringkas. Selamat mencuba!

Walaupun lebih sedekad menceburkan diri di dalam bidang nyanyian, Dayang Nurfaizah yang berusia 32 tahun masih belum menemui calon suami yang sesuai. – Harian Metro

Pelakon yang berasal dari Malaysia, Dato’ Michelle Yeoh menerima penghormatan menerusi Anugerah Kecemerlangan Dalam Sinema Asia (Excellence in Asian Cinema Award) pada Anugerah Filem Asia yang berlangsung semalam. – Mstar

Setelah sekian lamanya penyanyi, Adele yang berusia 24 tahun ini mengambil keputusan untuk mengambil lesen memandu. – MSN

Pelakon yang pernah membintangi filem “The Perk Of Being a Wallflower” Emma Watson menjelaskan kepada peminatnya di twitter mengenai khabar angin dia akan membintangi filem “Fifty Shades of Grey”. – E
online

Drama terbaru terbitan KRU Studios yang dibintangi Lisa Surihani, Nasha Aziz, Anzalna Nasir dan juga Adrea Abdullah berjudul “Maskara” menolak dakwaan meniru drama popular “Desperate Housewives”. – Sinar Harian


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...