RotiKaya

RotiKaya


Abby Abadi Kutuk Bekas Perdana Menteri Malaysia di Twitter

Posted: 17 Mar 2013 06:41 AM PDT

Belum pernah tamat isu Abby abady "meroyan" di twitter.

Sekali lagi melalui laman twitter miliknya, Abby telah me-retweet sebuah kenyataan yang dikeluarkan
oleh King Jason.

Dalam kenyataan tersebut King Jason menyalahkan Tun Mahathir di atas apa yang telah berlaku ke atas
isu Lahad Datu sekarang dan sekaligus Abby Abadi menyokong kenyataan dikeluarkan King Jason.

Antara cebisan kenyataan King Jason.

"Si Tua kutuk telah memberikan kerakyatan kepada beratus ribu rakyat Filipina dari Sulu bagi

memenangkan UMNO di Sabah. Akhirnya timbul masalah sekarang ini. "

http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=526484197401710&id=417871221596342

ini merupakan tweet balas yang diterima Abby Abadi berhubung kenyataannya tentang Tun Mahathir.

(tweet luqman hakim)

Setiap dari kita pastinya mempunyai pendapat tersendiri. Walauapapun, marilah kita sentiasa
mendoakan kemakmuran Negara kita.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.298)

Posted: 17 Mar 2013 06:15 AM PDT

VIDEO HARI INI: Paling tidak dijangkakan artis Malaysia seperti Yuna berpeluang berduet dan menghasilkan MV sebagus di dalam video soundtrack filem “The Croods” yang berjudul “Shine Your Way” bersama kumpulan Owl City. Saksikan!

Kate Middleton dan juga Prince William bergaduh disebabkan sifat competitive yang ada pada mereka ketika bermain scrabbles
. - Us Weekly

Wal Rul Puppet yang berasal dari Sabah muncul juara program realiti “Mimpi Ke Bintang” dan membawa pulang hadiah berupa wang tunai sebanyak RM50,000 beserta piala iringan. – Utusan Malaysia

Setelah menyulam cinta selama dua tahun pengacara American Idol Ryan Seacrest dan juga heroin filem “Footloose”, Julianne Hough akhirnya putus. – E online

Penyanyi solo kumpulan Fun Nate Ruess dan juga Ellie Goulding kini digosipkan sedang bercinta. – Daili Chilli

G-Dragon memberitahu dia yakin dapat melakukan yang terbaik berkaitan soalan mencari pasangan. - Allkpop


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Aeril Zafril Berlakon Disamping Christina Ricci & Sharon Stone

Posted: 17 Mar 2013 04:52 AM PDT

Aktor Aeril Zafril mengesahkan bahawa dia berlakon disamping pelakon Hollywood Christina Ricci dan juga Sharon Stone.

Namun begitu aktor yang berusia 26 tahun ini masih belum dapat menceritakan lebih lanjut mengenai filem tersebut kerana masih di dalam proses pembikinan dan pada masa yang sama terikat dengan pihak produser.

“Seorang kenalan saya di London meminta saya menghantar profil kerjaya saya pada tahun lalu dan tidak lama kemudian pihak produser terus menghubungi saya kerana mendapati saya menepati kriteria lelaki Asia yang mereka cari untuk watak itu.

"Pembikinan filem itu masih berlangsung di London namun tidak banyak boleh saya perkatakan di sini kerana saya terikat dengan perjanjian dengan pihak produser," katanya.

Dalam pada itu, Aeril turut mengakui gambar seorang lelaki di samping Christina adalah dirinya dan ia dipetik daripada satu video muzik lagu tema filem romantik itu.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Tolak Tawaran 5 Filem, Kilafairy Bosan Dengan Watak Seksi

Posted: 17 Mar 2013 01:09 AM PDT

Pelakon dan juga penyanyi, Kilafairy terpaksa tolak 5 buah filem disebabkan watak yang memaksa dirinya tampil seksi dan berkemban.

Menurut Kilafairy atau lebih mesra dengan panggilan Kila dia tidak lagi mahu merosakkan namanya dan mengaitkan dirinya dengan kontroversi murahan seperti yang pernah terjadi ketika menjayakan watak di dalam filem “Karak”.

Di dalam filem tersebut dia perlu melakonkan satu babak yang memerlukan Kila bekemban dan watak tersebut mencetuskan kontroversi.

“Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh,” tegasnya.

Walaupun tahu sikap memilih kadang kala mengurangkan publisiti terhadap dirinya, Kila sejujurnya memberitahu tidak kisah jika kurang publisiti asalkan setiap watak yang dijayakan kelak akan memberikan impak kepada penonton dan mereka sendiri akan mengingati lakonan yang bagus.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Eina Azman Hampir Diperkosa Seorang Lelaki Bergelar Datuk

Posted: 17 Mar 2013 12:55 AM PDT

Pelakon baru yang semakin menempa nama setelah drama “Mimpi Cinderella” menemui penonton, Eina Azman berasa tertipu dan dipergunakan selepas berjumpa seorang datuk di sebuah hotel baru-baru ini.

Menurut Eina, datuk tersebut telah membuat ganggua seksual keatasnya ketika perjumpaan tersebut.

Kejadian malang tersebut berlaku pada 8 Februari lalu sekitar jam 11 malam apabila Eina hadir bertemu datuk tersebut untuk membincangkan urusan pembelian sebuah kereta.

“Dia mengajak saya berjumpa di hotel untuk berbincang hal pembelian kereta selepas saya tidak puas hati dan berasa ditipu tapi apabila berjumpa dia langsung tidak bercakap mengenai kereta. Sebaliknya, dia berkata mahu membela saya selama 3 tahun dan memberikan apa saja, selain melakukan gangguan seksual ke atas saya”

Menurut Eina lagi, dia turut ditawarkan menjadi perempuan simpanan selama tiga tahun dan diberikan segalanya oleh Datuk tersebut.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...