RotiKaya |
- ‘Silikon Amat Meyakitkan’ – Datin Paduka Umie Aida
- Konsert Gegar 5 Legenda Satukan Kembali Zaman Kegemilangan 90-an
- Noniswara Tuntut Cerai Kerana Orang Ketiga
- Apex & Leuniey Bakal Timang Cahaya Mata?
- Rock Oo, Rimba Bara Kutip RM4 Juta Dalam Dua Minggu
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.297)
- Betty Banafe Kembali Dengan MV Baru “Tak Sengaja”
‘Silikon Amat Meyakitkan’ – Datin Paduka Umie Aida Posted: 14 Mar 2013 04:56 PM PDT Pelakon Versatil Datin Paduka Umie Aida atau lebih dikenali sebagai Umie Aida memberitahu pengalaman berlakon dibawah araha Khabir Bathia adalah pengalaman baru baginya cuma memakai silikon ketika penggambaran adalah menyakitkan. "Silikon itu ialah satu benda yang menguji kami sebagai pelakon, ini kerana masa yang diambil selama 2 jam untuk make-up sahaja". "Silikon ini tidaklah sampai luka-luka kulit kita tetapi ianya mengambil masa yang agak panjang untuk touch-up semula apabila dia terkopek dan ini amat menyukarkan kami sebagai pelakon" Namun begitu Umie Aida berasa bertuah kerana akhirnya dapat bekerjasama dengan pengarah kreatif seperti Kabir Bhatia yang sangat membantu dan memahami situasinya sebagai pelakon yang terpaksa memakai silikon sehingga tamat penggambaran. Dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil ini, Umie Aida turut melakonkan watak sebagai Ibu Yani. Bagi anda peminat-peminat filem seram jangan lupa untuk menyaksikan lakonan terhebat Remy Ishak, Diana Danielle, Datin Paduka Umie Aida, dan Sharnaaz Ahmad pada 28 Mac ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Konsert Gegar 5 Legenda Satukan Kembali Zaman Kegemilangan 90-an Posted: 14 Mar 2013 04:24 PM PDT Bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya (IB) telah berlangsungnya konsert pengenalan bagi Konsert Gegar 5 Legenda yang menampilkan penyanyi popular sekitar tahun 80-an hingga 90-an seperti Zamani Slam, Aris Ariwatan, Rahmad Mega, Saleem dan juga Ali Terra rossa. Tidak perlu disangkal kehebatan vokal masing-masing tatkala menyanyikan lagu hits mereka yang sehingga kini masih bermain di bibir-bibir generasi muda zaman sekarang. Konsert dimulakan dengan persembahan Rahmad Mega yang menyanyikan lagu Medley bagi lagu popular seperti “Mega Cinta”, “Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara”, “Suara Cinta” dan “Nina Karina”. Sentiasa ceria dan bertenaga di atas pentas, Rahmad tidak pernah menghampakan peminatnya. Persembahan diteruskan lagi dengan nyanyian daripada Zamani yang menyampaikan hanya tiga lagu untuk segmen yang pertama “Buat Seorang Kekasih”, “Kembali Merindu”, “Jika Kau Rasa Getarnya”. Imej rockers yang tidak pernah luput di hati Ali Terra Rossa memungkinkan dia diminati hingga kini dengan persembahan bertenaga dengan suara yang memukau di dalam membawakan lagu seperti “Teman”, “Semangat Yang Hilang” Dan juga “Sakinah”. Bagi penyanyi yang sentiasa tampil segak dengan blazer bewarna ungu, nyanyian Aris Ariwatan yang cukup jelas begitu mempesonakan penonton yang hadir. Dia turut menyampaikan empat buat lagu seperti “Pertama Dan Selamanya”, “Nyanyian Rebah”, “Korban Cinta” dan “Di Kala Asmara”. Penyanyi kelahiran Terengganu, Saleem yang sentiasa menceriakan suasana dengan lawak spontannya di atas pentas berjaya mencuri hati penonton, antara lagunya adalah “Satu Kesan Abadi”, “Hakikat Sebuah Cinta”, “Gerhana Cinta Luka” dan juga “Blues Terengganu Kita” membuatkan penonton seakan mahu menari bersama lagu tersebut. Persembahan yang berlangsung hampir dua jam setengah ini tidak terasa kerana dengan susunan lagu yang sesuai dan juga vokal penyanyi yang hebat membuatkan penonton berasa terhibur. Segmen kedua bagi konsert ini dimulakan semula oleh Aris Ariwatan kemudian Ali Terra Rossa, Ramhad Mega, Zamani, Saleem yang mana masing-masing membawakan lagu hits mereka seperti “Lamunan Terhenti”, “Bunga Angkasa”, “Gerimis Mengundang”, “Suci Dalam Debu”. Di akhir persembahan, kesemua Legenda menyanyi bersama untuk lagu “Musibah” dan juga “Kamelia”. Jumlah lagu yang dinyanyikan pada malam itu adalah sebanyak 35 buah lagu dan ini antara kejayaan besar yang pernah dilakukan di dalam konsert Rock seperti yang pernah dilakukan oleh pihak Istana Budaya. Bagi mereka yang mahu melihat sendiri kehebatan vokal penyanyi-penyanyi ini masih sempat untuk menonton kerana persembahan akan berlangsung bermula ddari 15 Mac hingga 17 Mac ini. Pada konsert yang mengenakan tiket RM50, RM70, RM100, RM150, RM200 dan RM250. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Noniswara Tuntut Cerai Kerana Orang Ketiga Posted: 14 Mar 2013 01:23 PM PDT Perkahwinan yang dibina selama empat tahun di antara Noniswara dan juga Datuk Rosman Ridzwan tidak dapat diselamatkan setelah Noniswara ataupun lebih dikenali sebagai Nonis menuntut cerai. Perkahwinan yang kedua buat Nonis manakala Datuk Rosman merupakan seorang duda memiliki 5 orang anak mula goyah 7 bulan yang lalu akibat dari orang ketiga. "Kehidupan kami sekeluarga elok sahaja sehinggalah orang ketiga muncul. Selepas itu keluarga kami jadi kucar-kacir" Menurut Nonis, dia cuba untuk menyelamatkan rumah tangganya namun tiada jalan penyelesaian. "Setelah melakukan pelbagai perkara saya jadi putus asa dan merasakan bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami berdua" "Lagipun setelah membuat perbincangan di antara saya dan suami dia bersetuju dengan keputusan saya untuk menfailkan perceraian” Tambahnya lagi dia telah memfailkan perceraian terhadap suaminya pada Februari lalu dan sebutan semula bakal berlangsung pada 26 Mac ini di mahkamah yang sama. Walaubagaimanapun, Nonis redha dan yakin dengan ujian dari-Nya dan percaya setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Apex & Leuniey Bakal Timang Cahaya Mata? Posted: 14 Mar 2013 12:32 PM PDT Perkahwinan yang baru sahaja menginjak ke usia tiga bulan pastinya lebih berseri dengan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih. Dari pengamatan team kami sendiri, adalah benar Leuniey kini sedang hamil namun seperti cuba mengelak dan masih tidak mahu menghebahkan berita tersebut setelah empunya badan menafikannya. Berita gembira ini kami sendiri terjumpa di Instagram milik pereka fesyen terkenal Ezuan Ismail yang ketika itu sedang makan bersama Leuniey. Walauapapun yang berlaku tahniah diucapkan kepada mereka berdua :) ![]() ![]() © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Rock Oo, Rimba Bara Kutip RM4 Juta Dalam Dua Minggu Posted: 14 Mar 2013 12:30 PM PDT Tahun 2013, menyaksikan kejayaan besar buat Mamat Khalid. Terdahulu, filem arahan beliau Husin Mon Dan Pakai Toncit berjaya mengaut kutipan sebanyak RM4 juta sepanjang seminggu tayangan. Sekali lagi tahun 2013, Mamat Khalid mengulangi sejarah pecah panggung dengan filem Rock Oo, Rimba Bara Kembali yang telah berjaya mengutip kutipan mencecah RM4 juta setelah 2 minggu ditayangkan. Rock Oo merupakan karya terbaik yang dihasilkan oleh Mamat Khalid setakat ini. Dalam Rock Oo pengarah tersohor tempatan berjaya membawa para penonton menyelami dunia rock pada lewat 80an dengan pengisian yang padat dan sejarah zaman rock di Malaysia itu sendiri. Sebelum ini Mamat Khalid amat sinonim dengan filem pecah panggungg iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah (HKLBR) yang berjaya menerima kutipan ketiga paling tinggi sepanjang tayangan pada tahun 2010. Dengan kutipan sebanyak RM 7.90 juta sepanjang tempoh tayangan di pawagam seluruh negara. Tahniah buat Grand Brilliance! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.297) Posted: 14 Mar 2013 03:21 AM PDT VIDEO HARI INI: Rasanya masih belum terlambat untuk pergi menonton filem terbaru ‘Lawak Ke Der 2′. Mula ditayangkan pada 7 mac lalu, sudah ramai yang memberikan komen positif mengenai filem ini. Tonton sahaja trailer yang disediakan sudah membuatkan anda ketawa. Model terkenal, Cindy Crawford memberitahu jarak usia 17 tahun di antara dia dan bekas suami Richard Gere menjadi punca utama perpisahan mereka. – Us Weekly Hetty Sarlene memaafkan kepada mereka yang menyebarkan foto mesranya bersama kekasih di Singapura. – Utusan Malaysia Pelakon Hong Kong, Cecilia Cheung dikatakan telah membela anak hantu dengan bertujuan memberi tuah kepadanya sebelum memasuki industri 15 tahun lalu. – Kosmo Nicole Scherzinger memberitahu untuk menjadi popular dan layak tercalon di anugerah Grammy adalah sesuatu perkara yang sukar jika anda masih kekalkan attitude classy kerana di Hollywood anda perlu menyerahkan segalanya untuk berjaya sepenuhnya. – Daili Chili Juri rancangan X Factor, Demi Lovato memuat naik gambarnya di twitter dengan menunjukan potongan rambut yang lebih pendek dan segar. Demi tampak begitu sihat dan lebih kurus dari sebelum ini. – E Online © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Betty Banafe Kembali Dengan MV Baru “Tak Sengaja” Posted: 13 Mar 2013 08:40 PM PDT Bila mungkin kali terakhir kita mendengar Betty Banafe menyanyi? Buat mereka yang merindui suara lunak penyanyi berdarah Arab ini kini tampil segar dengan single terbaru berjudul “Tak Sengaja” dibawah syarikat rakaman Rumpun Records dan juga Universal Music Malaysia. Diedarkan oleh syarikat milik Betty sendiri, Banafe Music & Entertainment turut boleh dimuat turun melalui iTunes. Jom saksikan! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.