RotiKaya |
- Fasha Sandha Bakal Timang Anak Lelaki
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.296)
- Gambar Baby Bump Diana Danielle Bersama Kuda Kesayangan
- Fathia Bertemu Kekasih di Indonesia?
Fasha Sandha Bakal Timang Anak Lelaki Posted: 13 Mar 2013 06:51 PM PDT “Saya tidak sabar menanti kehadiran bayi lelaki kami, insya-Allah jika tiada aral melintang pada penghujung Mac ini ataupun awal April depan” kata Fasha yang ditemui di majlis meraikan peminatnya juga Zizan Razak dan Didie Alias di Medan Ikan Bakar Ndah, Shah Alam, petang kelmarin. Menurut Fasha tambah menggembirakan dia dan Jejai memang berhajat untuk memiliki anak lelaki kerana boleh berkawan dengan abangnya (Rayqal Ramli) anak hasil perkahwinan pertama Jejai. Fasha dan Jejai mengharapkan anaknya yang bakal keluar nanti sihat dan juga sempurna. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.296) Posted: 13 Mar 2013 07:51 AM PDT VIDEO HARI INI: Muzik Video terbaru Daffi berjudul “Salahkah aku” merupakan single terbaru yang bakal dimuatkan di dalam album terbaru Daffi. Turut sama terlibat di dalam muzik video ini adalah Kaka Azraff, Elfira Loy dan juga Didie Alias. Boleh tahan bestnya :) Reaksi peminat terhadap imej rambut baru Bunga Cinta Lestari yang telah memotong pendek rambutnya. – detikHot Ed Sheeran telah memaafkan sesiapa sahaja yang pernah membulinya di sekolah dan menggelarkan dirinya seorang yang pelik kerana bersikap aneh dan jarang berkawan. – MSN Keith Foo dan Haniz Zalikha artis terbaru dibawah naungan Astro. – mStar Dato’ Siti Nurhaliza telah menyumbangkan sebanyak RM20,000 untuk Tabung Wira Lahad Datu dimana RM10,000 adalah dari Siti Nurhaliza Production (SNP) manakala lagi RM10,000 dari SimplySiti Sdn Bhd. – GUA Tersentuh hati mendengar lagu nyanyian dari anggota kumpulan Girl Generation Taeyeon yang sememangnya punyai bakat luar biasa di dalam bidang nyanyian untuk lagu soundtrack drama terbaru berjudul 'Wind Blows In Winter' . Allkpop © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Gambar Baby Bump Diana Danielle Bersama Kuda Kesayangan Posted: 13 Mar 2013 01:01 AM PDT Walaupun tinggal berjauhan dari suaminya, Diana yang menyambung pelajarannya di Austalia dan Farid di Malaysia masih lagi mampu melepaskan rindu masing-masing dengan adanya laman sosial sebagai penghubung. Dan terbaru, suami Diana, Farid Kamil telah memuat naik sekeping gambar isterinya di instagram yang kelihatan comel dengan perut yang sudah membesar. Comel bukan? Dengan caption di gambar tersebut “She’s back with a cute baby bump to show nina bonitta..;)” Melalui gambar tersebut, kemungkinan besar Diana sedang berada di Malaysia. Dan untuk pengetahuan, Nina Bonitta merupakan kuda kesayangan milik Diana dan Farid. ![]() © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Fathia Bertemu Kekasih di Indonesia? Posted: 13 Mar 2013 12:45 AM PDT Pelakon yang semakin meningkat naik, Fathia Latiff dikatakan telah pergi ke Indonesia untuk bertemu dengan keith Foo. Keakraban mereka berdua jelas kelihatan setelah masing-masing digandingkan bersama menerusi drama "Dalam Setiap Sujud". Tidak pasti adakah benar gosip yang mendakwa mereka berdua kini sedang bercinta, Keith Foo menjawab pertanyaan mengenai status sebenar hubungan mereka. “Kami rapat seperti kawan baik, tidak lebih daripada itu Saya balik ke Malaysia selepas hampir 10 tahun menetap di Indonesia adalah langkah baru bagi saya di dalam mengukuhkan karier seni di sini. Mungkin untuk bercinta saya perlukan lebih masa untuk fikir” Apabila ditanya mengenai Fathia datang ke Indonesia menemuinya, Keith memberitahu bahawa Fathia mungkin datang ke sana untuk penggambaran di Jakarta bersama kru produksi yang lain, bukan hanya fathia seorang. Sebelum ini, Keith Foo pernah bercinta dengan pelakon Indonesia, Tyas Mirasih namun sekarang Keith Foo memberitahu mereka berdua hanya kawan baik. Namun begitu Keith Foo memberitahu bahawa dirinya kini Single but not available. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.