RotiKaya |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.295) Posted: 12 Mar 2013 07:32 AM PDT VIDEO HARI INI: Filem The Croods yang diarahkan oleh Kirk De Micco, Chris Sanders mengisahkan tentang sebuah keluarga yang sesat di alam fantasi yang akhirnya membawa mereka menemui pelbagai mahkluk aneh. Untuk mengetahui lebih lanjut, lihat saja trailer yang telah disediakan. Filem ini bakal menemui anda pada 21 Mac nanti! Liam Hemstrong dilihat tidak lagi memakai cincin pertunangannya bersama Miley Cyrus. – Us Weely Walaupun nampak vogue dan dilihat sibuk dengan melebarkan sayap perniagaanya, Victoria Beckham masih lagi menjalankan rutin harian seorang ibu dimana dia sama-sama membantu 3 orang anak lelakinya membuat kerja sekolah. MSN Berita baik untuk peminat TVXQ apabila pihak mereka mengesahkan bakal turun mengadakan persembahan di Malaysia pada 15 Mei depan. – Murai Penyanyi yang popular sekitar zaman 90-an, Haleeda tampil dengan imej bertudung. – Media Hiburan Pelakon cantik yang pernah membintangi drama bersiri Ghost Whisperer, Jennifer Love Hewitt bergurau tentang harga payudaranya yang dikatakan beharga 5 juta. – Eonline © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| 2NE1 Bakal Buat Persembahan Di Konsert Twin Tower 2013 Posted: 11 Mar 2013 09:14 PM PDT Untuk tahun yang ke-3, The Twin Towers @Live kembali menjadi tuan rumah bersempena PETRONAS Malaysia Grand Prix pada 22 Mac dan 23 Mac ini bertempat di PLaza KLCC. Malah ada berita yang lebih gembira buat peminat K-Pop di Malaysia, konsert ini bakal diserikan persembahan kumpulan K-Pop 2NE1 yang dianggotai 4 gadis jelita, Dara, Bom, CL dan Minzy. 2NE1 sebelum ini telah memulakan evolusinya di Seoul Korea pada 28 dan 29 Julai tahun lalu di Stadium Olimpik Seoul. Melalui evolusi tersebut 2NE1 telah mencapai hampir 20,000 peminat dan seterusnya dibawa menjelajah ke 10 bandar seluruh Asia termasuk di Amerika dan Eropah. Untuk tahun 2013, 2NE1 sudahpun mempunyai 400 juta tontonan video di Youtube disamping digital single mereka telah terjual hampir 27 juta. Konsert ekstravaganza yang berlangsung selama 2 hari ini nanti bakal menampilkan bintang pop Demi Lavato, artis K-Pop, U-Kiss disertai artis tempatan Atilia dan K-Town pada hari pertama. Disusuli 23 Mac dengan persembahan Backstreert Boys dan kumpulan 2NE1. Bagi memberi sokongan, artis tempatan seperti Mizz Nina, Caprice dan One Nation Emcees turut membuat persembahan pada 23 Mac nanti. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.