RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Adegan Mesra Hetty Sarlene Bersama Kekasih

Posted: 10 Mar 2013 04:53 PM PDT

Mungkin anda kurang familiar dengan nama ini namun bagi mereka yang pernah mengikuti filem Sembilu pasti teringat dengan watak Zetty yang dipegang oleh pelakon dan juga penyanyi yang berasal dari Singapura Hetty Sarlene.

Seperti tidak kisah peminat mempertikaikan tindakan beraninya, Hetty tanpa segan silu sekali lagi memuat naik gambar mesra bersama kekasih tanpa menghiraukan dirinya yang secara tidak langsung menjadi tumpuan umum.

Walaupun sudah tidak aktif di dalam bidang seni, tidak mungkin anda dapat melupakan suara lunak yang popular dengan lagu “Sangsi Asmara” sekitar tahun 2001.

Terdahulu, Hetty, 28, pernah dihimpit kontroversi yang sama pada tahun 2008 menerusi gambar sebegini.

8 7 6 5 4 1 2 3

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Misha Omar Perjelas Isu Tangguh Kahwin

Posted: 10 Mar 2013 04:13 PM PDT

Pada mulanya penyanyi Misha Omar dan pasangan, Firos Ezzwan Rossly telah berjanji untuk mengikat pertunangan selama setahun.

Bertunang pada 20 Februari tahun lepas, dalam sebuah majlis tertutup di kediaman Misha Omar di Kampung Guchil Bayam, Kota Baharu, Kelantan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu bunga-bunga cinta ini, menjelaskan mengapa pertunangannya bersama juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), Firos Ezzwan Rossly, 31 terpaksa ditangguhkan terlebih dahulu.

Menafikan perhubungan mereka menghadapi masalah namun jadual kerja yang terlalu padat membuatkan pasangan ini terpaksa mengangguhkan majlis mereka.

Misha sendiri akui sedang menanti waktu yang sesuai untuk disatukan. Misha sudah bersedia untuk bergelar isteri pada bila-bila masa dari sekarang.

“Hubungan kami langsung tiada masalah cuma kami berdua sibuk sehingga sukar menepis tanggungjawab dalam kerjaya ketika ini”

Tambah Misha lagi, untuk menguruskan sebuah perkahwinan adalah perkara yang sangat besar dan memerlukan pengorbanan masa yang sangat besar. Oleh itu Misha mengambil keputusan untuk benar-benar bercuti dari sebarang aktiviti seni sebulan atau dua bulan bagi membuat persiapan untuk majlis yang bakal menjadi sejarah dalam hidupnya.

Misha memohon agar peminatnya mendoakan semuanya berjalan lancar di pihak dirinya dan tunang.

“Saya faham peminat dan masyarakat risau dan ambil berat tentang saya dan berharap mereka mendoakan perkara yang baik untuk saya dan tunang”


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.293)

Posted: 10 Mar 2013 07:16 AM PDT

Video Hari Ini: Akhirnya, trailer terbaru filem komedi kegemaran ramai, The Hangover 3 telahpun dimuat naik. Apa kata anda?

Dah namapun Justin Bieber apa sahaja yang dilakukan pasti menjadi tumpuan ramai. Terbaru, Justin Bieber dilihat memakai topeng gas pemedih mata di London. Menurut Justin dia melakukan perkara tersebut sebagai cara gurauan bersama rakan ketika berada di sana. – Us Weekly

Isu kekasih ditahan akibat masalah penggunaan dadah, Yuni Shara jalani terapi hati untuk terus kuat menjalani kehidupan tanpa Raffi Ahmad. – Cumi Cumi

Suki Low masih belum menerima wang tuntutan dari syarikat rakamannya sebelum ini Galaxy Music Sdn. Bhd yag berjumlah RM 417,575.17 seperti diarahkan pihak mahkamah bermula Ogos tahun lalu. Gua

Pelakon yang baru sahaja tamat penggambaran filem ‘Sejoli’ Izara Aishah memberitahu sudah terbiasa dengan adegan perkahwinan dan memberitahu tidak berasa teruja kerana disandingkan bersama pelakon bukan kekasih sendiri. Harian Metro

Penyanyi dan juga produser terkenal Korea, G-Dragon tergamam melihat struktur tubuh salah seorang anggota BigBang, Daesung yang ketika itu memakai t-shirt putih lantas memuat naik ke laman twitter sehingga mendapat pujian ramai peminat mereka. – Allkpop


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

“Saya Semakin Terbuka Sekarang” – Shila Amzah

Posted: 10 Mar 2013 06:49 AM PDT

Tersepit di antara keluarga dan cinta, Shila Amzah bijak menangani masalahnya dan akan terus ke hadapan di dalam memberikan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.

Menurut Shila, apa yang dipelajari selepas perpisahan itu adalah dia semakin terbuka di dalam membuat keputusan dan semakin matang.

Meskipun telah berpisah dengan Sharnaaz Ahmad, Shila bersikap rasional dalam meneruskan perjuangan kehidupan.

“Saya sedar bahawa tanggungjawab yang dipikul di bahu ini cukup besar. Saya tidak boleh hilang pertimbangan kerana setiap tindak tanduk yang dibuat turut berkait dengan masa depan diri dan keluarga”

“Sebab itu saya bersyukur kerana diduga (tentang cinta) ketika masih muda. Masih ada masa untuk memperbaiki kesilapan,” ujar Shila.

Tidak mahu terus dihimpit kesedihan, Shila tahu perjalanan hidupnya masih panjang dan disebabkan itu dia memilih untuk menetap di Shanghai bagi meneruskan impian untuk mengharumkan nama keluarga dan juga Negara.

Menurut Shila dia bakal merakamkan album dua bahasa di sana yang mana telah diaturkan oleh pasukan Shanghai Media Group (SMG) dan Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB).

Antara program lain adalah mempelajari bahasa Mandarin dan mengikuti kelas bahasa inggeris demi memantapkan vokalnya kelak.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...