RotiKaya |
- Yuna Lancar Laman Mini Untuk Single Terbaru, Lelaki …
- Didakwa Merogol Teman Wanita — Juara Program Hiburan Realiti TV Ditangkap
- Gambar Cico Harahap Berparti Liar Dan Bertatu?
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.270)
- Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Sekitar Majlis Penghargaan & Penyerahan Cek
| Yuna Lancar Laman Mini Untuk Single Terbaru, Lelaki … Posted: 04 Feb 2013 05:54 PM PST Terukir Di Bintang? Itu cerita semalam, Yuna yang berjaya merangkul gelaran lagu terbaik di Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL27) baru baru ini bakal kembali dengan single baru. Melalui akaun Twitter rasmi beliau pagi ini, Yuna berkongsi pautan ke sebuah laman web mini di Tumblr yang di’binakan khas untuk pelancaran single terbaru beliau berjudul ‘Lelaki …’. ‘Lelaki …’ adalah kisah seorang wanita yang berkahwin dengan seorang lelaki untuk 10 tahun sebelum mengetahui yang suaminya itu menjalinkan hubungan sulit dengan teman baiknya sendiri. Lagu ini menggambarkan apa yang di’fikirkan wanita itu selepas kesetiaan yang di’berikan di’balas dengan kecurangan bersama insan yang paling tidak di’jangka. Hati wanita mana tidak berkecai. Dengarkan teaser berdurasi 70 saat di’atas yang di’kongsikan Yuna sendiri & kami sendiri tidak sabar untuk menunggu lagu penuh untuk di’lancarkan. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Didakwa Merogol Teman Wanita — Juara Program Hiburan Realiti TV Ditangkap Posted: 04 Feb 2013 04:59 PM PST Satu sumber yang dipercayai berkata, suspek yang berusia 20-an telah merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana semalam. Didakwa oleh teman wanitanya, suspek ditahan pada jam 12 tengahari di Taman Melati setelah wanita tersebut membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kes rogol tersebut. Ketika kejadian yang berlaku pada 31 Januari lalu pada jam 12.40 tengahari wanita tersebut mendakwa berada di rumah kekasihnya dan ketika itulah dia dirogol. Sumber turut memberitahu bahawa berdasarkan laporan polis, penyanyi itu dikatakan merogol mangsa ketika keluarga suspek tiada di rumah. Jika suspek didapati bersalah atas dakwaan merogol teman wanita sendiri, beliau boleh dipenjara selama 20 tahun dan juga sebatan. Penahanan penyanyi itu juga telah disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amirudin Jamaluddin namun enggan mengulas lanjut berkaitan kes ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Gambar Cico Harahap Berparti Liar Dan Bertatu? Posted: 04 Feb 2013 03:16 PM PST Terkejut juga team Rotikaya selepas menerima beberapa keping gambar yang sememangnya milik pelakon, Cico Harahap sedang bergembira bersama teman-teman di pulau perhentian baru-baru ini. Apa yang lebih mengejutkan Cico Harahap juga dilihat tanpa segan silu memperlihatkan tatu yang ada di sebelah kanan bahunya sambil memegang tin minuman keras. Dengar cerita, dia kini sememangnya tinggal di sana. Bukan ke dulu Cico ni pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia sudah berubah dan banyak mendekatkan diri dengan kelas-kelas agama? Hmm. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.270) Posted: 04 Feb 2013 03:06 PM PST VIDEO HARI INI: Filem penuh adrenalin dan aksi, Fast & Furious bakal kembali dengan filem ke-6 mereka dan trailer di’atas merupakan yang pertama, di’tayangkan di perlawanan Super Bowl baru baru ini. Masih memegang gelaran Ratu Rock Negara, Ella bakal hadir dengan konsert jelajah seluruh Malaysia pada April nanti yang akan berakhir di Kuala Lumpur dengan gaya akustik. – KOSMO! Ramai memuji persembahan Beyonce di separuh masa Super Bowl hujung minggu lalu & jika anda terlepas, ini imej berformat .GIF untuk tatapan anda — seperti video tidak wujud. – Vulture Supermodel cun kelahiran Brazil berusia 32 tahun, Gisele Bundchen telah di’lantik sebagai wajah baru jenama kosmetik Chanel. – Gossip Centre Satu lagi kisah supermodel, kali ini ianya Bar Refaeli yang terlibat dalam iklan terbaru GoDaddy & menunjukkan wanita seksi dan mamat skema memang padanan sesuai. Heh. – TMZ Laporan terbaru menyatakan yang Selena Gomez meninggalkan kediaman Justin Bieber baru baru ini & sumber terdekat ada mengesahkan yang mereka berdua saling bertemu. Aww. – US Weekly © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Sekitar Majlis Penghargaan & Penyerahan Cek Posted: 04 Feb 2013 08:33 AM PST Anugerah Juara Lagu ke-27 telah melakar satu lagi sejarah dalam aspek kreativiti penganjurannya apabila berjaya meraih tontonan 6 juta penonton ketika disiarkan secara langsung pada 6 Januari 2013 lalu. AJL27 juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik sempena meraikan ulang tahun ke 27 dengan memartabatkan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya penyanyi Yunalis Zarai sebagai juara. Sempena dengan kejayaan penganjuran AJL27 baru baru ini, satu majlis penghargaan dan penyerahan cek kepada para pemenang diadakan bagi meraikan para finalis, tenaga kerja dan juga pihak media yang telah memberikan publisiti secara meluas kepada acara tersebut. Di samping itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan persembahan oleh pemenang persembahan terbaik AJL27, Black & RJ menerusi lagu mereka Teman Pengganti serta pemenang vokal terbaik dan tempat ketiga, Hafiz dengan lagunya Ku Akui. Seterusnya, pemenang tempat kedua, Azlan & The Typewriter juga tidak ketinggalan mempersembahkan lagu mereka bertajuk Idola buat tetamu yang hadir. Majlis ini pasti tidak akan lengkap tanpa persembahan juara, Aizat Amdan tampil dengan lagu Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya oleh Yuna. Majlis penyerahan cek kepada para pemenang AJL27 telah disempurnakan oleh Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima. Hadiah yang dimenangi oleh para pemenang adalah seperti berikut:- JUARA LAGU KE 27 (Lagu Terukir Di Bintang) Trofi dan Wang Tunai RM 35,000 © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.