RotiKaya |
- Kontroversi Sebelum Kahwin Tidak Jejas Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan
- Fizo Omar Tidak Lagi Sendiri, Hadir Bersama Kekasih Baru
- Unorthodox Jukebox — Menangi CD Terbaru & T-shirt Eksklusif Bruno Mars
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.269)
- Tahun Baru Cina 2013 — Iklan ‘Tau Fu Fah’ Petronas Menyentuh Perasaan
| Kontroversi Sebelum Kahwin Tidak Jejas Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan Posted: 03 Feb 2013 04:35 PM PST Dihambat kontroversi gambar pre-perkahwinan beberapa hari sebelum berlangsungnya majlis, tidak sedikit pun menjejaskan semua persiapan perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathuddin Mazlan. Liyana Jasmay sah bergelar isteri kepada Fathuddin Mazlan tepat jam 10:27 pagi dengan 2 kali lafaz. Liyana dan suami tenang ketika diminta menjawab isu tersebut. “Bagi saya gosip dan kontroversi yang melanda kami sebelum ini, tak berikan apa-apa kesan kerana sejak 9 tahun saya dalam industry ni, saya dah cukup lali. Sebelum ini saya dah beritahu Fathiuddin mengenai hal ini dan dia cukup chill. Malah dia mengambil sikap berdiam diri dan lebih fokus pada majlis hari ini,” kata Liyana tersenyum manja disamping suami di majlis akad nikah pagi Sabtu. Simboliknya wang hantaran pasangan ini RM 28,388 adalah diambil sempena tarikh ulangtahun kelahiran Liyana Jasmay. Liyana Jasmay dilahirkan pada 28 Mac 1988 di Kuala Lumpur. Sejurus selesai majlis resepsi di kedua belah pihak, Liyana akan terbang semula ke New York. Kali ini bersama suami, untuk penggambaran filem, New York Cinta terbitan Mermaid, production house milik Liyana bersama kakaknya. Di New York nanti mereka akan mencuri masa untuk singgah ke London. Tetapi bukan untuk berbulan madu. Ditanya tentang destinasi bulan madu, mereka sendiri masih belum ada lokasi bulan madu yang sesuai. Selesai di New York, Liyana dan suami akan terus pulang ke Sabah. Semasa di Sabah nanti, mereka akan merancang untuk mencari pulau-pulau yang cantik untuk berbulan madu, kerana difahamkan Fathiuddin mahu tempat yang tenang dan di luar kesibukan kota. Kalau diikutkan, Liyana mengimpikan perkahwinan di tepi pantai. Namun bimbang jumlah tetamu yang bakal hadir ke majlisnya nanti terlalu ramai, maka Liyana memberi kepercayaan kepada keluarga untuk ameguruskan majlisnya. Liyana tidak kisah apapun corak majlis, asalkan tetamu yang hadir gembira. Tapi apa yang lebih penting kata Liyana, dia dapat hidup bersama insan tercinta, Fathuddin Mazlan. Sweet sangat. Apa-apa pun kami ingin mengucapkan tahniah kepada kedua mempelai dan selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fizo Omar Tidak Lagi Sendiri, Hadir Bersama Kekasih Baru Posted: 03 Feb 2013 08:52 AM PST Jika sebelum ini anda tertanya tanya siapa gerangan kekasih Fizo Omar, sekarang mungkin sudah ada jawapannya. Beliau yang datang ke majlis perkahwinan Liyana Jasmay semalam hadir berdua bersama pasangannya yang sememangnya jelita & mempersona. BACA: Fizo Omar Akui Hubungan Dengan Bakal Doktor Sudah Berakhir Masih belum mahu bercerita lanjut mengenai tuan empunya badan yang berjaya mencuri hati Fizo Omar, selebriti ini lebih suka low profile jika berkaitan dengan kisah peribadi. Hadir dengan pakaian yang hampir sama, mereka kelihatan sangat padan dan Fizo Omar tampak selesa bersama wanita tersebut. “Ini pertama kali saya hadir ke majlis besar bersama pasangan, jika dulu datang seorang kini dapat jugaklah rasa datang berdua” Fizo turut memberitahu bakal menamatkan zaman bujang sebelum berusia 30 tahun. Kiranya ada lagi dua tahun sebelum Fizo bersedia umumkan siapa bakal isterinya nanti. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Unorthodox Jukebox — Menangi CD Terbaru & T-shirt Eksklusif Bruno Mars Posted: 03 Feb 2013 08:30 AM PST Seperti yang anda sedia maklum, Bruno Mars baru sahaja tampil dengan album terbaru berjudul Unorthodox Jukebox. Anda boleh mula mendapatkan album baru beliau ini di pasaran di’bawah edaran Warner Music malaysia. Atau anda boleh sertai peraduan yang akan kami jalankan sepanjang minggu ini khas untuk anda peminat Bruno Mars untuk memenangi CD terbaru & t-shirt eksklusif penyanyi ini. Anda nampak video di’atas? Ianya merupakan rakaman sepanjang promosi bergerak pada hari pelancaran album Unorthodox Jukebox yang berlangsung di beberapa lokasi utama Kuala Lumpur. Berdasarkan video di’atas, kami akan paparkan satu soalan setiap hari bermula hari ini sehingga 8 Januari 2013. 10 orang peminat yang meninggalkan komen dengan semua jawapan betul akan di’pilih sebagai pemenang CD & t-shirt Bruno Mars. SOALAN: 1) Di manakah Gorilla dan Mini Bruno Mars melintas jalan? © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.269) Posted: 03 Feb 2013 08:28 AM PST VIDEO HARI INI: Okay, okay. Ini antara yang terakhir anda dengar tentang Gangnam Style. Versi Jayesslee untuk lagu popular Psy ini agak berbeza dari yang lain, dengarkan. Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang mengumumkan yang persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang nanti tidak di’biayai kerajaan. – Astro Awani Akhirnya Kate Middleton muncul di’khalayak ramai dengan perut yang semakin membesar dan ini pertama kali beliau di’rakamkan di’hadapan kamera dengan imej sebegitu. – US Magazine Bintang pop Jepun & juga anggota kumpulan AKB48, Minami Minegishi membotakkan kepala meminta maaf selepas kantoi bercinta — satu perbuataan terlarang oleh pihak pengurusan. – Huff. Post Filem arahan Ben Affleck, Argo sekali lagi membuktikan penguasaan musim anugerah ini dengan pengiktirafan tertinggi dari Directors Guild of America baru baru ini. – CTV News Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23, Syamsul Yusof kini berkelana lebih sebulan di Bangkok untuk menyiapkan filem KL Gangster 2 yang telah menelan kos sebesar RM4 juta. – Utusan Malaysia © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Tahun Baru Cina 2013 — Iklan ‘Tau Fu Fah’ Petronas Menyentuh Perasaan Posted: 02 Feb 2013 08:36 PM PST Ah tajuk kau cliché, tetapi ianya benar. Sebelum itu, siapa peminat tau fu fah di’sini? Jangan kata anda tidak tahu apa itu tau fu fah. Petronas bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini tampil seperti biasa dengan sebuah iklan yang bakal menyentuh perasaan pelbagai lapisan masyarakat. Ringkas bertajuk Tau Fu Fah — ianya menceritakan perjalanan hidup seorang penjual tau fu fah yang jatuh cinta dalam suasana penuh romantik dan melalui kesukaran hidup mereka bersama. Mesej dalam iklan Petronas kali ini snagat jelas dengan ungkapan di’akhir video berbunyi “Look back on a great life. Look forward to an even greater one.” — mengajar kita erti jangan berputus asa. Ingat lagi akan iklan Deepavali tahun lalu, Petronas kembali lebih baik untuk Tahun Baru Cina kali ini. Video di’atas, enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.