RotiKaya

RotiKaya


Lisa Surihani Hilang RM50,000 — Bekas Kerani Mengaku Tidak Bersalah

Posted: 28 Feb 2013 03:46 PM PST

KUANTAN – Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah, didakwa mengeluarkan wang Lisa Surihani, 26, dan ibunya, Siti Amirah Ahmad, 62, dari akaun bersama milik mereka.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik mangsa di tempat dan tarikh yang sama.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh didenda.

Majistret Tuan Ruzuaini Tuan Lah membenarkan tertuduh diikat jamin RM13,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mac depan untuk sebutan semula.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari dan tertuduh tidak diwakili peguam.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.287)

Posted: 28 Feb 2013 08:20 AM PST

VIDEO HARI INI: Demam Harlem Shake mungkin sudah tidak relevan tetapi video percubaan anak muda ini untuk merakamkan video viral itu berakhir dengan adegan tidak di’sangka. Heh.

Dengan menang Oscar, semua benda berkaitan akan mampu buat duit dan ini termasuklah kostum yang Jennifer Lawrence gunakan dalam Silver Linings Playbook yang kini menjadi barang lelongan. – Perez Hilton

Johan As’ari rela melupakan hasrat beliau untuk hadirkan diri ke malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH 2012 walaupun tercalon kerana bakal mengerjakan umrah pada tarikh yang sama. – GUA

Ahli SNSD (Girl’s Generation) yang seorang ini memang terkenal dengan kecantikan semulajadi dan terbaru gambar Yoona ketika bersekolah timbul di’internet dan menjadi perbualan peminat. – Soompi

Untuk menjamin ketepatan fakta di’masa hadapan, Rozita Che Wan & Zain Saidin akan mengadakan sidang akhbar untuk mengumumkan tarikh perkahwinan mereka apabila sudah tetap nanti. – Astro Awani

Isteri kepada Orlando Bloom, Miranda Kerr berkata yang beliau sangat sukakan dunia sebagai seorang ibu tetapi tidak ada merancang untuk menimang cahayamata baru dalam masa terdekat. – People


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Sofia Jane Kongsikan Gambar Resepsi Perkahwinan 1995

Posted: 27 Feb 2013 08:02 PM PST

Tahun 1995, internet pun masih merangkak lagi pembangunan’nya di Malaysia. Apatah lagi medium seperti kami untuk kongsikan gambar sekitar perkahwinan selebriti ketika itu.

Sofia Jane yang menjadi kurator pilihan sepanjang minggu ini di akaun Twitter rakyat Malaysia (@twt_malaysia) telah berbesar hati berkongsikan gambar rare majlis perkahwinan beliau.

Beliau yang membuka topik perkahwinan awal hari ini untuk di’bincangkan mereka di Twitter telah mengirimkan gambar yang kami percaya tidak pernah di’terbitkan di’mana mana sebelum ini.

Sofia Jane berkahwin dengan Meor Zain Azman sekitar September 1995 dan perkahwinan yang kini memasuki tahun ke 18 bermula dengan hanya perkenalan yang cukup singkat.

Aktress yang kini bergelar Datin ini juga berkongsikan perasaan beliau ketika majlis pernikahan di’mana pengantin lelaki tiba lambat dan beliau memikirkan yang bukan bukan sehingga mengalirkan air mata.

ROTIKAYA_28 Sofia Jane Kongsi Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan 18 Tahun Lalu - ROTIKAYA ROTIKAYA_30 Sofia Jane Kongsi Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan 18 Tahun Lalu - ROTIKAYA ROTIKAYA_31 Sofia Jane Kongsi Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan 18 Tahun Lalu - ROTIKAYA ROTIKAYA_29 Sofia Jane Kongsi Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan 18 Tahun Lalu - ROTIKAYA ROTIKAYA_27 Sofia Jane Kongsi Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan 18 Tahun Lalu - ROTIKAYA ROTIKAYA_26 Sofia Jane Kongsi Gambar Majlis Resepsi Perkahwinan 18 Tahun Lalu - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Isu Bangkang Dari Longkang — Salih Yaacob Kecewa, Bersara Dari Dunia Hiburan

Posted: 27 Feb 2013 06:51 PM PST

Terlibat dengan agenda politik memang boleh membunuh karier seseorang artis itu jika tersilap langkah, terbaru Salih Yaacob telah nekad untuk terus bersara dari dunia hiburan.

Keputusan itu di’ambil beliau kerana timbulnya sebuah video dalam siri Bangkang Dari Longkang yang menampilkan dirinya bersama Nabil Ahmad yang mempersenda hak rakyat untuk memilih kepimpinan mereka.

“Saya sangat kecewa dan meminta maaf kepada peminat,” ujar Salih Yaacob kepada Utusan Malaysia baru baru ini.

“Saya mengambil keputusan untuk tidak akan lagi terlibat di dalam bidang hiburan selepas ini. Soal kerjaya sebagai penyampai radio pula saya serah semuanya kepada pihak pengurusan”

Sinar FM tempat di’mana Salih Yaacob bertugas sebagai penyampai juga menerima tempias apabila di’ugut boikot oleh peminat yang kecewa dengan penampilan penyampai mereka dalam video tersebut.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...