RotiKaya

RotiKaya


Shah Iskandar Akui Tidak Kecewa Rozita Che Wan Pilih Zain Saidin

Posted: 27 Feb 2013 06:02 PM PST

Tidak terlepas dari digosipkan bersama Rozita Che Wan sebelum ini, Shah Iskandar dikhabarkan bergaduh dengan Zain Saidin kerana berebutkan aktress itu. Kecoh juga dunia hiburan.

Semasa pengikut industri seni sedang sibuk dengan cerita perkahwinan Zain dan Che Ta Julai ini, Shah Iskandar pada waktu itu sedang berada di Singapura. Sekembalinya Shah dari Singapura, dia akui terkejut dengan berita yang sampai ke telinganya.

“Sebenarnya saya baru tahu cerita hari ini (Rabu), baliknya saya dari Singapura dan saya terperanjat bila dapat tahu”

Walaupun sedikit terperanjat, Shah akui gembira dengan berita yang didengarnya. Mengakui Zain dan Che Ta telah saling lama mengenali.

Tidak ada perasaan yang kurang enak terbit darinya kerana dia dan Che Ta sememangnya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan istimewa.

Ditanya juga tentang hubungannya bersama dengan pasangan itu, Shah akui hubungan mereka baik seperti biasa. Tiada sebarang perselisihan faham terjadi sepertimana yang digembar gemburkan sebelum ini.

Sebelum ini mereka bertiga pernah digandingkan bersama dalam telemovie Anak Ikan terbitan Astro Ria. Seterusnya Shah Iskandar digandingkan bersama Che Ta dalam drama siri Kiah Spy di Astro Prima.

Shah menambah sebelum mengakhiri perbualan, dia akan menghadirkan diri ke majlis perkahwinan Zain Saidin dan Rozita Che Wan andainya mendapat jemputan.


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Nelydia Senrose Nafi Jadi Punca Perpisahan Yuna & Qi Razali

Posted: 27 Feb 2013 04:28 PM PST

Selepas umum melihat keakraban yang terjalin antara Nelydia Senrose & Qi Razali, juga merupakan bekas kekasih Yuna Zarai, Nelydia tidak terlepas dari dituduh sebagai punca perpisahan antara Qi Razali dan Yuna.

Semua sedia maklum bahawa Nelydia dan Qi Razali kini sedang berkawan rapat. Pasangan ini sudah banyak kali dilihat keluar berdua di tempat awam & kami sendiri pernah terserempak beberapa kali dengan mereka.

Sehubungan dengan ini, menguatkan lagi persepsi masyarakat bahawa Nelydia lah yang menjadi punca keretakan perhubungan antara Qi dan Yuna. Nelydia sendiri akui belum pernah lagi bersua muka dengan Yuna.

Malah Nelydia sendiri sudah dapat menjangka dia akan berdepan dengan tuduhan sebegini. Nelydia walau bagaimanapun menafikan perhubungan Qi dan Yuna berakhir disebabkan dirinya.

“Nely bukan punca Qi dan Yuna berpisah. Nely rapat dengan Qi pun baru je lagi. Hubungan kami sekadar kawan baik”

Sebelum ini mereka pernah bergandingan dalam drama bersiri terbitan TV9, Friday I'm in Love. Namun Nelydia akui mula rapat dengan Qi sejak dua bulan lalu tetapi tidak lebih dari seorang teman rapat.

Nelydia akui sering menjadikan Qi sebagai bahan rujukan berkenaan pelajaran di kolej. Nelydia menyifatkan Qi sebagai seorang lelaki yang bijak. Usia yang sudah menginjak 37 tahun, menjadikan Qi lebih matang dan sentiasa bijak dalam setiap tindakannya.

Nelydia Senrose kini sedang mengikuti kursus Psikologi selama 3 tahun di SEGI College, Subang.

Tambah Nelydia, dia tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki yang jauh lebih tua darinya asalkan lelaki tersebut matang. Seakan memberi hint hatinya terbuka untuk menerima Qi seandainya Qi adalah jodohnya. Heh.

#01 Nelydia Senrose Nafi Punca Yuna & Qi Putus - ROTIKAYA #02 Nelydia Senrose Nafi Punca Yuna & Qi Putus - ROTIKAYA #03 Nelydia Senrose Nafi Punca Yuna & Qi Putus - ROTIKAYA #04 Nelydia Senrose Nafi Punca Yuna & Qi Putus - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Dengan Remy Ishak

Posted: 27 Feb 2013 09:07 AM PST

Hendak juga letak nama Remy Ishak. Ingat lagi beberapa hari lepas melalui Instagram beliau, Remy Ishak ada kongsikan gambar beliau bersama Maya Karin sehingga ada gossip mengatakan mereka bercuti berdua.

BACA: Maya Karin & Remy Ishak Bercuti Sama Ke Sabah?

Secara teknikal mereka bercuti bersama tetapi bukan berdua dan lewat malam tadi Maya Karin sudi berkongsikan gambar kenangan beliau ketika merentas hutan belantara di Imbak Canyon, Sabah.

Dalam kembara ke hutan simpan kekal ini, Maya Karin & Remy Ishak di’temani oleh wakil dari Yayasan Sabah, pakar ekologi, pencinta alam & juga beberapa orang rakan dengan minat yang sama.

Itu sahaja dan ini bukan pertama kali kita lihat Maya Karin dalam suasana bukan penuh glamor — kali ini siap kena gigit pacat lagi. Heh.

ROTIKAYA_25 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_21 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_22 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_24 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_15 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_16 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_17 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_18 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_19 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_12 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_13 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA ROTIKAYA_14 Maya Karin Kongsikan Gambar Kembara Di Imbak Canyon Sabah - ROTIKAYA

© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Around The World: Mizz Nina Lancarkan Lagu Kolaborasi Dengan Jay Park

Posted: 27 Feb 2013 08:45 AM PST

Bukan rahsia lagi yang Mizz Nina berkolaborasi dengan bintang besar muzik pop Korea, Jay Park & semenjak berita keluar para peminat memang menantikan hasil kerjasama muzik dua negara ini.

Mizz Nina secara rasmi melancarkan single terbaru beliau berjudul Around The World yang menampilkan Jay Park dan lagu ini sudah mula di’putarkan di radio tempatan bermula semalam.

Lagu Around The World ini di’hasilkan oleh Cha Cha Malone yang telah bekerja di’samping Jay Park sejak tahun 2010 lagi selain nama besar lain dalam dunia k-pop seperti B1A4, Brian Joo & U-Kiss.

Dalam satu kenyataan kepada media, Jay Park & Mizz Nina di’khabarkan sangat berpuashati dengan hasil kolaborasi pertama ini & menantikan video muzik lagu ini yang di’rakamkan di Seoul untuk siap.

Dengarkan lagu Around The World oleh Mizz Nina & Jay Park dalam video di’atas. Apa pendapat anda tentang lagu terbaru mereka ini?


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.286)

Posted: 27 Feb 2013 08:34 AM PST

VIDEO HARI INI: Jika anda salah seorang peminat biskut Oreo tetapi tidak gemarkan krim yang datang dengan’nya, lelaki ini telah membina sebuah mesin khas untuk memudahkan tabiat makan Oreo anda.

Selepas berjaya meraih Grammy & memenangi anugerah Oscar baru baru ini, Adele menunjukkan minat untuk merakamkan filem dokumentari sendiri seperti yang di’lakukan oleh Beyonce sebelum ini. – Billboard

Seorang remaja yang telah bergelar Miss Delaware Teen USA, Melissa King membuat keputusan untuk memulangkan balik gelaran tersebut selepas video seks beliau timbul di’internet. – TMZ

Bintang siri TV How I Met Your Mother, Jason Segel dengan senyap telah memutuskan hubungan cinta dengan Michelle Williams yang juga aktress dengan alasan jarak jauh menjadi masalah utama. – US Weekly

Gossip hangat di Korea ketika ini adalah kisah ahli SNSD (Girls Generation), Sooyoung kini di’khabarkan sedang hangat bercinta dengan Jung Kyung Ho sejak awal tahun yang lalu. – allkpop

Shaheizy Sam berkata yang beliau bertekad untuk mengurangkan aktiviti berlakon untuk memberikan tumpuan menghidupkan semula kumpulan nyanyian beliau M.O.B & sudah merakam tiga lagu baru. – mStar Online


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...