RotiKaya |
- Tahun Baru Cina 2013 — Psy Bakal Hadir Ke Rumah Terbuka Anjuran Kerajaan
- Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Gambar Sekitar Resepsi Perkahwinan Di PWTC
- Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Ketibaan Para Selebriti Ke Resepsi Perkahwinan
- Black Kini Bergelar Tunangan Orang, Bakal Kahwin Tahun Ini
| Tahun Baru Cina 2013 — Psy Bakal Hadir Ke Rumah Terbuka Anjuran Kerajaan Posted: 02 Feb 2013 05:32 AM PST Nampaknya bintang muzik pop Korea yang popular dengan lagu Gangnam Style, Psy bakal hadir ke Malaysia lebih awal daripada yang di’jangka para peminat beliau di’sini. Menurut laporan The Star hari ini, Psy telah pun di’tempah untuk hadir membuat persembahan di rumah terbuka anjuran Barisan Nasional bersempena sambutan Tahun Baru Cina. Ini bermakna Psy akan hadir juga buat kali kedua pada pertengahan Mac ini untuk memeriahkan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013. Rumah terbuka itu akan berlangsung pada 11 Februari ini di Han Chiang High School, Pulau Pinang bermula jam 10.00 pagi & akan turut di’hadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Gambar Sekitar Resepsi Perkahwinan Di PWTC Posted: 02 Feb 2013 05:08 AM PST Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis akad nikah pagi tadi dan mereka di’nikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan. Malam ini pada hari yang sama, berlangsung pula resepsi perkahwinan untuk meraikan pengantin baru ini & pastinya ia di’hadiri oleh kaum keluarga, rakan selebriti dan para media. Mungkin ini satu perkara yang anda tidak berapa mahu tahu tetapi kami merasakan majlis perkahwinan Liyana Jasmay ini antara yang sangat mudah untuk kami lakukan kerja. Heh. Berikut merupakan beberapa keping gambar pengantin malam ini, Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan untuk tatapan para peminat semua. Enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Ketibaan Para Selebriti Ke Resepsi Perkahwinan Posted: 02 Feb 2013 04:32 AM PST Bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) resepsi perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan berlangsung malam ini. Pastinya majlis penuh bahagia pasangan ini di’serikan dengan kehadiran barisan selebriti tempatan yang ingin bersama meraikan pengantin baru ini. Antara selebriti yang kelihatan hadir adalah Lisa Surihani, Yusry KRU, Scha al-Yahya, Awal Ashaari, Eja, Marsha Milan Londoh, Sharifah Sakinah, Farid Kamil, Dafi AF, Nur Fazura & Dira Abu Zahar. Seperti biasa, beberapa keping gambar untuk tatapan anda sebelum kami bawakan gambar persandingan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan sebentar lagi. Enjoice! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Black Kini Bergelar Tunangan Orang, Bakal Kahwin Tahun Ini Posted: 01 Feb 2013 07:13 PM PST Tahniah diucapkan kepada Black apabila dia bergelar tunangan orang pada 26 Januari yang lalu, namun begitu Black tidak mahu mendedahkan secara langsung mengenai tunangnya. “Bukan tidak mahu bercerita mengenai majlis pertunangan dan siapa tunangan saya namun diatas permintaan pihak perempuan saya hormati apa yang mereka minta” Black dijangka bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini namun masih belum ada tarikh rasmi lagi. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |


































































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.