RotiKaya |
- Isu Rampas Suami Orang — Norish Karman Anggap Wanita Tersebut Iri Hati
- Bawa Gelaran Datuk — Aznil Hj Nawawi Terima Anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW)
- Siti Saleha Malu Dengan Babak Intim Sendiri Dalam Filem Kerat 14
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.268)
- Asian Film Awards — Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi
- Tuduhan Biadap — Sharnaaz Ahmad Ingin Bersemuka Dengan ND Lala
- Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dalam Lagu Dengan Jay Park
- Rakam Episod Di Negara Asia — Running Man Sah Tidak Akan Turun Ke Malaysia
Isu Rampas Suami Orang — Norish Karman Anggap Wanita Tersebut Iri Hati Posted: 31 Jan 2013 05:20 PM PST Selama lebih kurang 6 bulan berdiam diri dalam bidang lakonan, Norish Karman ataupun lebih mesra disapa NK akur kontroversi yang melanda dirinya penyebab utama dia kehilangan kerja. Namun begitu NK menegaskan bahawa bukan dia hidup tanpa kerja tetapi membuat kerja sambilan seperti membuat kerja katering di rumah dan juga mengadakan ceramah motivasi jika ada jemputan. Tatkala disapa mengenai kontroversi pembuka lebaran baru bagi tahun 2013, NK nyata terkilan dengan kenyataan yang dilemparkan kepadanya oleh wanita yang pernah dianggap sebagai kakak sendiri. “Saya tidak pasti kenapa dia boleh keluar cerita sebegitu mengenai saya sedangkan selama saya berkawan dengannya anak-anak dialah yang membuatkan saya gembira kerana mereka anggap saya sebagai bondanya sendiri” Ujar NK lagi anak wanita tersebut seramai empat orang masing-masing amat menyukai dirinya dan seringkali dijemput menghadiri majlis makan-makan yang diadakan. “Jika ikut kenyataan wanita tersebut dia seolah-olah cuba melibatkan suaminya sedangkan saya hanya rapat dengan anak bukan suami” “Mungkin dia iri hati melihat keletah anak-anaknya yang jauh lebih rapat dengan saya berbanding ibu sendiri” Untuk menjelaskan kenyataan di beberapa akhbar tempatan baru-baru ini NK memberitahu tiada apa-apa hubungan yang terjadi di antara dia dan suami wanita tersebut. “Bayangkanlah suaminya itu berumur lebih kurang 60 tahun takkan tergamak saya merobohkan rumah tangga mereka yang telah saya anggap seperti keluarga sendiri” “Saya sudah mempunyai empat orang anak dan tidak pernah terfikir untuk memburukkan mana-mana orang” Menurut NK lagi perhubungan di antara dia dan keluarga tersebut terjalin hampir lima tahun akhirnya tamat disebabkan sikap iri hati wanita tersebut. NK yang tampil bertudung di Masjid Wilayah malam tadi redha dengan apa yang terjadi terhadap dirinya dan mahu fokus dengan bidang nyanyian . |
Bawa Gelaran Datuk — Aznil Hj Nawawi Terima Anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) Posted: 31 Jan 2013 04:57 PM PST Tahniah di’ucapkan kepada Aznil Hj Nawawi yang secara rasmi telah di’anugerahkan gelaran bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan yang di’sambut hari ini. Aznil Hj Nawawi di’anugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk bersama dengan 40 orang lain yang menerima pengiktirafan yang sama. Istiadat penganugerahan akan diadakan di Istana Negara, Jalan Duta & akan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. |
Siti Saleha Malu Dengan Babak Intim Sendiri Dalam Filem Kerat 14 Posted: 31 Jan 2013 08:46 AM PST Melihat dari perwatakannya yang ceria dan bersifat open minded kita tidak akan sangka beliau merupakan seorang yang sangat berdikari dan mampu hidup sendiri. Masih lagi solo, Siti Saleha yang sebelum ini popular menerusi drama Nora Elena tampil buat pertama kalinya di layar perak untuk filem Kerat 14. Berpuas hati dengan filem pertamanya, Siti Saleha memberitahu walaupun tampak senang dia sebenarnya mengalami kesukaran untuk melakonkan watak sebagai Zara dan harus melakukan adegan mesra bersama pelakon baru, Ali Arami. “Ada scene ‘mesra’ yang mana saya terpaksa berlakon seperti hendak bercium, untuk melakukan babak tersebut terpaksa mengambil beberapa kali shot kerana banyak sudut yang dimahukan pengarah. Saya sebagai pelakon hanya menjalankan tugas” Ujar Siti Saleha lagi, ketika tayangan media bapanya turut sama hadir memberi sokongan dan apabila ditanya mengenai respon bapanya itu dia memberitahu bahawa dari awal hinggalah sekarang dia berada di belakang dan sentiasa memberi semangat positif dan dia anggap itu antara tugas yang perlu dilunaskan untuk menjadi pelakon yang versatil. “Ketika bapa melihat babak itu saya berasa agak malu dan menyuruh dia menutup mata, tapi saya tahu dia memahami kerjaya saya sebagai pelakon, asalkan tidak berlebihan” Apa-apa pun, kejelitaan dan kelembutan Siti Saleha ketika berhadapan dengan peminatnya amatlah mesra dan kami yakin suatu hari nanti beliau pasti mampu menjadi pelakon yang disegani. Tahniah Siti Saleha! |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.268) Posted: 31 Jan 2013 08:39 AM PST VIDEO HARI INI: Samsung lancarkan iklan terbaru untuk tayangan di Super Bowl Ahad menampilkan Seth Rogen & Paul Rudd, angkat isu saman dari Apple dan trademark. Heh. Psy sekali lagi membuktikan pengaruh beliau selepas memenangi Daesang Award, pencapaian tertinggi dalam Seoul Music Awards kali ke 22 yang berlangsung semalam. – allkpop Marvel Studios telah lancarkan poster terbaru serta satu teaser terbaru berdurasi 10 saat untuk filem Iron Man 3 sebelum menyiarkan trailer penuh di Spuer Bowl Ahad ini. – Entertainment Weekly Bercakap dalam temubual majalah baru baru ini, John Mayer mengakui dirinya kini dalam keadaan bahagia & gembira kerana hubungan sihat dengan Katy Perry. Tunggu apa? Kahwin. – US Weekly Pelakon Dalam Hati Ada Taman, Elfira Loy naik angin dengan satu individu yang menyamar sebagai dirinya di laman sosial Twitter. – Sinar Harian Kalau anda belum tahu, Alicia Keys telah di’lantik sebagai Global Creative Director untuk Blackberry tetapi nampaknya penyanyi ini lebih banyak gunakan iPhone keluaran Apple. Heh. – Gizmodo |
Asian Film Awards — Michelle Yeoh Bakal Terima Pengiktirafan Tertinggi Posted: 31 Jan 2013 08:12 AM PST Aktress bertaraf Hollywood yang berpengkalan di Hong Kong dan lahir di Malaysia, Michelle Yeoh bakal menerima Excellence in Asian Cinema Award pada majlis Asian Film Awards (AFA) tahun ini. Perkara itu di’umumkan sendiri oleh pihak penganjur dan pengiktirafan tertinggi ini adalah untuk menghargai bakat dan pencapaian sepanjang hayat penggiat filem dalam industri itu di Asia. Penerima anugerah tertinggi AFA itu sebelum ini termasuklah pengarah China Zhang Yimou & Kim Dong-Ho, pengarah juga pengasas untuk Busan International Film Festival. Michelle Yeoh telah terlibat dengan hampir 40 buah filem sepanjang tiga dekad penglibatan beliau dalam industri perfileman. Michelle Yeoh berkata beliau terharu & teruja untuk menerima anugerah tersebut selain menambah yang misi beliau untuk mempromosi imej wanita Asia yang positif dalam filem antarabangsa. Asian Film Awards (AFA) akan berlangsung pada 18 Mac 2013 ini di Hong Kong — bersamaan bermulanya Hong Kong International Film Festival. |
Tuduhan Biadap — Sharnaaz Ahmad Ingin Bersemuka Dengan ND Lala Posted: 31 Jan 2013 04:12 AM PST Kami bukan pakar dalam hubungan cinta tetapi isu Sharnaaz Ahmad dan ‘bakal’ bapa mertuanya ini seakan racun dalam hubungan cinta beliau bersama Shila Amzah. BACA: ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik Membalas kenyataan ND Lala yang di’siarkan Harian Metro hari ini, Sharnaaz Ahmad berkata yang beliau bersedia untuk berjumpa dengan bapa Shila Amzah itu pada bila bila masa. “Tapi, macamana hendak jumpa, kalau dia (ND Lala), asyik lari saja. Jadi, saya harap dia (ND Lala) tidak usahlah pusing cerita,” ujar Sharnaaz Ahmad kepada Murai hari ini. “Dia cakap saya ini kurang ajar. Tapi, dalam hal ini, kita kena sama-sama kena saling hormat. Bukan yang muda saja kena hormat yang tua. Yang tua pun kena hormat yang muda juga” “Mungkin, selama ini orang tak berani nak lawan dengan ND Lala dan anggap dia betul saja. Tapi, kadang-kadang benda yang salah itu kita kena betulkan, tidak kiralah sama ada orang itu muda atau tua” Sharnaaz Ahmad turut berkata yang beliau tidak putus asa untuk mengahwini Shila Amzah kerana isu ini. |
Mizz Nina Sahkan Kolaborasi Dalam Lagu Dengan Jay Park Posted: 30 Jan 2013 09:15 PM PST Teka teki tentang siapakah teman kolaborasi terbaru Mizz Nina akhirnya terjawab dengan beberapa laporan media di Korea Selatan hari ini. Mizz Nina yang sebelum ini pernah bekerjasama dengan Colby O’Donis & Flo Rida telah memilih bintang solo muzik pop Korea Selatan, Jay Park untuk projek terbaru beliau. Penyanyi ini di’khabarkan telah pun mengadakan satu sidang media mengesahkan kolaborasi beliau bersama Jay Park untuk lagu berjudul All Around The World yang telah selesai rakaman. Jay Park baru baru ini memuatnaik sekeping gambar beliau bersama Mizz Nina di’mana mana kedua dua mereka kelihatan dalam persalinan untuk rakaman video muzik. Mungkin. Adakah anda teruja dengan kolaborasi terbaru Mizz Nina & Jay Park ini? Sementara itu, layankan beberapa keping gambar Mizz Nina ketika beliau berada di Seoul baru baru ini. Enjoice! Sumber: Mizz Nina & Jay Park via Instagram |
Rakam Episod Di Negara Asia — Running Man Sah Tidak Akan Turun Ke Malaysia Posted: 30 Jan 2013 08:13 PM PST Kepada peminat setia program variasi SBS, Running Man ini anda tidak perlu berspekulasi lagi tentang kehadiran program ini ke bumi Malaysia. Laporan terbaru ada menyebut yang seluruh produksi Running Man akan menjalankan penggambaran di beberapa buah negara Asia tidak lama lagi tetapi Malaysia bukan salah satu destinasi mereka. Menurut sumber industri hiburan Korea, Running Man akan ke Macau pada awal Februari sebelum bergerak ke Vietnam sebagai destinasi luar negara mereka tahun ini. Penggambaran akan mengambil tempat di Macau Tower & bandar Hanoi di Vietnam namun tetamu undangan mahu pun format yang akan di’jalankan masih tidak di’ketahui. Wakil peserta tetap Running Man mengesahkan berita ini & mengatakan bahawa kesemua yang terlibat telah memiliki tiket penerbangan ke Hong Kong & Macau. Peminat di Malaysia, teruskan berharap. |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.