RotiKaya |
- Filem Animasi Pendek Disney ‘Paperman’ Muncul Di Internet
- Ning Baizura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki
- Kerana Fitnah & Khabar Angin — Norish Karman Sudah Tiada Tawaran Berlakon
- ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik
- Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Gambar Sekitar Majlis Berinai
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.267)
- Jimmy Shanley Jumpa Anak 2 Jam, Enggan Jumpa Bersama Mak Mentua
Filem Animasi Pendek Disney ‘Paperman’ Muncul Di Internet Posted: 30 Jan 2013 06:46 PM PST Ia’nya cantik & penuh jiwa jika anda tanyakan kepada kami. Walaupun hanya berdurasi 6 minit, filem animasi pendek Disney Animation ini sarat dengan permainan emosi. Paperman pada awalnya adalah filem animasi pendek yang menemani filem Wreck-It Ralph sebelum membuat kemunculan secara rasmi di dunia internet untuk tontonan umum hari ini. Perkara pertama yang anda perasan akan animasi ini adalah gaya retro & pemilihan warna yang agak terhad tetapi berjaya menjadi animasi yang jauh lebih berkesan berbanding animasi Disney lain akhir akhir ini. Paperman menurut pengarahnya, John Kahrs merupakan satu gabungan lukisan tangan dan grafik janaan komputer (CGI) yang belum pernah di’lakukan oleh sesiapa sebelum ini. Filem animasi pendek ini juga tercalon dalam kategori Best Animated Short Film untuk anugerah Oscar tahun ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Ning Baizura Selamat Lahirkan Bayi Lelaki Posted: 30 Jan 2013 06:05 PM PST Berita baik kepada semua hari ini. Ning Baizura telah selamat melahirkan anak pertama di sebuah hospital di Kuala Lumpur pagi tadi. Menurut pengurus Ning Baizura, penyanyi itu selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 3.06 pagi tadi. Kedua dua ibu dan anaknya kini berada dalam keadaan sihat & baik. Kehadiran bayi lelaki ini juga lebih bermakna apabila tarikh kelahiran kebetulan tiba pada hari yang sama dengan ulangtahun perkahwinan Ning Baizura & suami yang kelima. Ning Baizura dan Omar Sharif Christopher Layton Dalton berkahwin pada 31 Januari 2008. Tahniah! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Kerana Fitnah & Khabar Angin — Norish Karman Sudah Tiada Tawaran Berlakon Posted: 30 Jan 2013 05:41 PM PST Anda pasti perasan yang akhir akhir ini memang banyak khabar angin & fitnah kurang enak yang kita dengar tentang Norish Karman — daripada isu anak beliau sehinggalah di’katakan merampas suami rakan sendiri. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Norish Karman mengakui yang beliau sudaj hampir enam bulan tidak menerima sebarang tawaran berlakon akibat apa yang telah terjadi. “Mereka menabur fitnah, mengeji dan menghina saya dengan sesuka hati, tanpa usul periksa. Saya ditekan dengan sebegitu rupa oleh pelbagai pihak, tanpa saya tahu, di mana salah saya” “Ia banyak mempengaruhi periuk nasi saya sehinggakan saya terpaksa membuat pelbagai usaha lain bagi mendapatkan wang untuk meneruskan kehidupan,” ujar Norish Karman yang jelas kecewa. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
ND Lala Kecewa Sharnaaz Ahmad Tetap Mahu Masuk Merisik Posted: 30 Jan 2013 05:19 PM PST ND Lala menyuarakan rasa kecewa beliau denga kenyataan Sharnaaz Ahmad yang mengakui Shila Amzah adalah bakal isterinya kerana beliau tidak pernah berbincang tentang isu perkahwinan. Melalui Harian Metro hari ini, bapa Shila Amzah ini meminta Sharnaaz Ahmad supaya tidak biadap dengan meneruskan niat beliau untuk masuk merisik Shila Amzah pada Mac ini. “Saya dan ibu Shila (Amzah) masih hidup, masih bernyawa — sekurang kurang hormatilah kami sebagai orang tuanya” “Kalau Shila mahu kahwin sekali pun, saya walinya, bukan Shaarnaz yang menentukan itu isterinya,” ujar ND Lala dalam kekecewaan. ND Lala bagaimanapun tidak pernah menolak jika jodoh Shila Amzah dengan Sharnaaz Ahmad tetapi beliau merasakan belum sampai waktu untuk kedua dua anak seni ini mendirikan rumahtangga. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan — Gambar Sekitar Majlis Berinai Posted: 30 Jan 2013 08:47 AM PST Kurang 60 jam daripada sekarang, Liyana Jasmay bakal di’ijabkabulkan dengan lelaki pilihan beliau, Fathudin Mazlan seperti yang sudah diketahui ramai dan majlis mereka memang di’nantikan. Malam tadi, berlangsung majlis berinai sebagai persediaan pasangan ini sebelum majlis pernikahan & persandingan mereka berdua yang bakal berlangsung dalam satu hari pada 2 Februari ini. Majlis berinai Liyana Jasmay pada malam ini bertemakan Bollywood di’mana ianya terserlah pada pemakaian aktress ini sendiri & para tetamu yang terdiri daripada keluarga, teman rapat & juga rakan artis. Beberapa gambar sekitar majlis yang mula muncul di internet kami kumpul & kongsikan di’sini untuk tatapan anda semua. Jangan lupa untuk ikuti liputan kami untuk perkahwinan Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan Sabtu ini bermula 10.00 pagi. ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Sumber: Umie Aida, Nabila Huda, Lisa Surihani & Liyana Jasmay via Instagram © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.267) Posted: 30 Jan 2013 08:11 AM PST VIDEO HARI INI: Jika ada satu video peminat menyanyikan semula lagu kegemaran mereka yang perlu anda tonton hari ini, inilah dia. Versi James Dalby untuk lagu Ignition nyanyian asal R Kelly memang da bomb. Kegilaan penerbit mengeluarkan program realiti TV sebenarnya belum berakhir, terbaru MTV telah mengumumkan siri dokumentari khas Ke$ha berjudul ‘Ke$ha: My Crazy Beautiful Life’. – Huff. Post Selepas melahirkan Noah Shannon pada September yang lalu, Megan Fox mengakui merasa dirinya kini bukan lagi seorang pelakon, tetapi lebih kepada menjadi ibu sepenuh masa. Bagus. – People Kerana bimbang rakan rakan beliau terlalu bising ketika makan malam, George Clooney telah berbesar hati membayarkan bil makan pelanggan di meja sebelah. Pemurah & tanggungjawab. – The Local Isu kenyataan Shah Iskandar yang mempertikai Persatuan Seniman telah selesai selepas Zed Zaidi mengesahkan pelakon itu sudah meminta maaf atas ketelanjuran beliau. – Sinar Harian Paramount Farms yang berjaya mendapatka Psy untuk iklan Super Bowl tahun ini berkata pemilihan penyanyi itu sangat bersesuaian dengan pasaran kacang berjumlah US$38 juta di Korea Selatan. – ABC © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Jimmy Shanley Jumpa Anak 2 Jam, Enggan Jumpa Bersama Mak Mentua Posted: 29 Jan 2013 07:59 PM PST "Masa yang diberikan untuk berjumpa dengan anak sendiri selama dua jam adalah sangat tidak masuk akal" Itulah yang diberitahu oleh Jimmy Shanley tatkala ditanya mengenai kisah kehidupan selepas perceraiannya sebelum ini. Jimmy Shanley turut menambah masa yang diberikan di antara jam 3.30 petang hingga 5.45 petang adalah disebabkan kehadiran mak mentuanya, Datin Muniroh Kassim. Menurut Jimmy Shanley yang kini bekerja sebagai pengarah dan perunding syarikat kali terakhir dia berjumpa anaknya, Zahra Rania yang kini berusia setahun lapan bulan adalah pada 23 Januari lalu di rumahnya, Putra Height, Subang Jaya.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.