RotiKaya |
- Dapat Hidayah Ketika Berlakon Drama, Azza Elite Kini Bertudung
- Reviu: Juvana
- Lancar Koleksi Bukan Denim — Levi’s Pilihan Fizo Omar Sejak Zaman Remaja
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.265)
- Filem ‘Juvana’ Raih RM1.7 Juta Sepanjang Tayangan Hujung Minggu
- Dakwaan Nazmi Faiz — Rita Rudaini Tidak Terkejut
- Tengku Fiella: Nazmi Faiz Kuat Cemburu & Saya Tidak Kenal Aidil Zafuan
| Dapat Hidayah Ketika Berlakon Drama, Azza Elite Kini Bertudung Posted: 28 Jan 2013 05:23 PM PST Jika minggu lalu ada berita mengatakan yang personaliti televisyen, Ras Adiba Radzi kini sudah bertudung — minggu ini kita ada pula kisah Azza Elite yang sudah berhijrah. Bercakap kepada mStar Online, Azza Elite berkata watak wanita muslimah yang di’bawa dalam drama Mujahid tahun lalu membuka hati beliau untuk terus menutup aurat. “Alhamdulillah, menerusi bidang lakonan yang menjadi punca rezeki utama juga menyedarkan saya kepada sebuah penghijrahan yang indah dalam hidup ini,” ujar Azza Elite yang mula bertudung 6 Januari lalu. Berkaitan dengan kerjaya seni beliau, Azza Elite berkata tiada apa yang berbeza ketika ini dalam bidang lakonan atau nyanyian — yang berubah hanya penampilan beliau. “Saya akan terus berlakon dan menyanyi seperti biasa — cuma yang bezanya hanyalah penampilan diri sahaja” Tahniah Azza Elite atas perubahan positif dalam hidup beliau ketika ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Posted: 28 Jan 2013 07:52 AM PST Juvana (2013) ialah filem spin off dari drama bersiri tv dengan judul yang sama, arahan oleh Faisal Ishak dan lakonlayar oleh Alfie Palermo. Persoalan pertama yang berlegar di fikiran saya sebelum menonton filem ini ialah mampukah kisahnya berdiri sendiri tanpa merujuk kepada 13 episod siri tv Juvana yang popular itu? Saya letakkan diri saya sebagai penonton filemnya sahaja yang hanya mengambil watak-watak dari sirinya di atas latar cerita yang seharusnya berdikari. Pentas baru khas untuk penceritaan filem ialah Sekolah Indera Sakti, sekolah pemulihan jenayah juvana. Botak (Johan Asa’ri), Apek (Syazwan Zulkifly), Ayam (Adam Shah), Kicap (Megat Farzeril), Komeng (Khairul Mohamed) dan Panjang (Idzham Ismail ) telah dipindahkan dari sekolah lama mereka, Sekolah Wira Bakti. Lokasinya diperkenalkan di awal filem begitu jauh terpencil di pendalaman. Di situ, mereka berdepan dengan pihak pengurusan yang nampak lebih keras dan garang diketuai oleh warden Tuan Ali (Adlin Aman Ramlie) yang lengkap dengan pasukan pengawal beruniform. Pengetua (Rahhim Omar) pula seorang yang menyamaratakan persepsi bahawa semua pelajar di situ ialah penyangak. Nampaknya masalah besar sedang menanti untuk meletup! Sebagai budak-budak baru, pelajar Wira Bakti 'disambut' oleh pelajar-pelajar lama yang 'dikepalai' oleh Lan Todak (Sharnaaz Ahmad) serta pengikut tegarnya, Jamal (Syafie Naswip). Asas konflik pertembungan di antara kedua-dua kumpulan sudah jelas disediakan di awal penceritaan. Sementara itu, Daim (Zahiril Adzim) iaitu bekas pelajar Wira Bakti baru memulakan hidup segar di sebuah sekolah menengah biasa sambil bekerja di kilang batu-bata. Daim berkenalan dengan Sara (Shera Aiyob) yang menjadi rebutan seorang pelajar Adam. Seterusnya filem ini bersilih-ganti secara penceritaan selari di antara kisah konflik di Sekolah Indera Sakti dan cerita masalah peribadi Daim. Akhirnya kedua-dua plot dicantumkan di akhir filem untuk klimak resolusi yang mengujakanlah juga. Secara mudahnya filem ini telah cuba sedaya-upaya untuk mengembangkan sisa-sisa konflik dari siri tv Juvana dengan menambah lokasi dan perwatakan baru untuk diceritakan dalam sebuah filem pula. Pemecahan kedua-dua cerita membandingkan punca dan situasi masalah pergaduhan di kalangan remaja samada di dalam sekolah pemulihan jenayah juvana atau di sekolah awam adalah hampir serupa iaitu berpunca dari perebutan 'kuasa' dan 'populariti'. Filem ini ialah kisah 'politik kasar' di kalangan remaja ala gangsterisme merujuk The Law of the Jungle. Siapa yang kuat akan berkuasa. Di samping itu, filem ini menyumbat kisah pertembungan kuasa dan perintah di antara Tuan Ali dan Pengetua Sekolah Indera Sakti. Juga kontradiksi di antara nasihat-nasihat oleh Cikgu sekolah (Raffi Khan) berbanding Tauke kilang batu-bata (Kenji Sawahii) kepada Daim. Kisah cinta remaja di antara Daim dan Sara pula seakan 'melembutkan' penceritaan yang liar dalam filem ini. Ia seolah cuba mengambil rujukan filem terbitan Jepun, Crows Zero (2007) tetapi dalam versi yang lebih 'jinak' dan kurang pelakon tambahan yang ramai untuk babak 'bergaduh'. Umpan dan kekuatan utama Juvana ialah barisan pelakon asalnya dari siri tv bergabung dengan para pelakon yang baru diperkenalkan dalam filem ini. Walaupun pengembangan watak ganas Botak lakonan Johan sudah haus dalam drama siri dahulu, namun dalam filem ini beliau diberikan sisi perwatakan yang melodrama. Begitu juga untuk watak Daim lakonan Zahiril yang hanya sekadar meneruskan 'budak baik' yang sangat baik dengan pertuturan 'saya' dan 'awak'. Kelebihan kepada Syazwan sebagai Apek yang sepenuhnya dikembangkan dari seorang yang kelakar dan selamba kepada watak yang penuh emosi untuk berseteru dengan Lan Todak. Sharnaaz yang menerajui watak antagonis Lan Todak dengan menekap 'bahasa tubuh' dan 'pertuturan' ala versi mat rempit dari filem tempatan, agak klise untuk 'digeruni' tetapi masih berkesan. Manakala watak Jamal lakonan Syafie iaitu dari filem Nur Kasih The Movie (juga memberikan cameo watak Juriah lakonan Sara Ali) digunakan sepenuhnya untuk menjadi pencetus keinsafan kepada Botak. Cabaran memfilemkan kisah sebegini ialah asal-usul watak dan kisah lampaunya yang sudah sedia ada diketahui umum kepada pengikut setia drama bersiri Juvana. Tetapi ia juga mestilah mampu bergerak sendiri sebagai sebuah filem untuk penonton yang menonton filemnya sahaja. Sedikit babak flashback siapakah watak Fit iaitu adik kepada Lan Todak sudah memadai. Namun begitu dek kerana backstory kes pembunuhan ibu Daim hanya bergantung sepenuhnya kepada cakap-cakap di sekolah Daim dan sebuah fail, permasalahan dalaman diri Daim kelihatan sedikit longgar.
Alfie Palermo sebagai penulis skrip tahu bagaimana untuk bermain dengan penceritaan 'spin-off' walaupun naratif drama bersiri Juvana dahulu sudah sempurna di episod finale. Sehabis menonton filem ini, saya terpanggil untuk menonton semula siri tv-nya untuk mengingati semula konflik-konflik dan asal-usul Botak, Daim dan rakan-rakannya. Mungkin suatu hari nanti DVD khas koleksi drama bersiri dan filemnya akan dijual? Kesimpulan: Juvana ialah filem mengenai dunia 'budak-budak nakal' yang mungkin kita tak mahu masuk campur, namun di luar juga kadangkala ada realiti yang lebih kejam dan ganas berbanding dunia Juvana. Filem ini layak saya berikan 4 ROTIKAYA. © Ajami Hashim for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Lancar Koleksi Bukan Denim — Levi’s Pilihan Fizo Omar Sejak Zaman Remaja Posted: 28 Jan 2013 07:50 AM PST Rasanya bukan Fizo Omar seorang sahaja yang mengidamkan untuk menyarung jeans Levi’s® ketika zaman muda remaja — ianya satu jenama idaman semua orang. Bercakap dalam satu majlis memperkenalkan koleksi bukan denim pertama Levis® 501® di Bangsar baru baru ini, Fizo Omar mengakui yang beliau mengenakan jeans Levi’s® sejak di bangku sekolah lagi. “Selain selesa untuk di’pakai, saya sukakan jeans Levi’s® kerana ia mudah di’gayakan untuk apa apa situasi sekali pun” Jenama Levi's® akan menyambut ulangtahun ke 140 menjelang musim Bunga/Panas 2013 ini untuk jeans ikonik 501® dengan memperkenalkan koleksi Levi's® 501® bukan denim buat julung kalinya. Walaupun berganjak daripada tradisi denim, koleksi bukan denim Levi's® 501® ini masih mengekalkan identiti produk & boleh di’dapati dalam rona true chino, chalk blue dan mineral red. Dalam majlis yang sama, Fizo Omar turut memberikan beberapa cadangan fesyen peribadi yang beliau rasakan sesuai di’kenakan oleh lelaki masa kini termasuk berani untuk bereksperimen dengan warna. “Lelaki sekarang lebih berani untuk bermain dengan warna lembut sebagai contoh merah jambu & saya sendiri suka untuk gayakan rona tersebut untuk tampil lebih yakin” Sesuai dengan apa yang di’perkatakan oleh Fizo Omar, rekaan terkini Levi's® 501® kerap beransur ubah dan diadaptasikan mengikuti perubahan setiap generasi baru tanpa menjejaskan identiti warisannya yang tersendiri. Rekaan moden pada koleksi bukan denim Levi's® 501® kelihatan dengan elemen menampakkan bayangan tubuh badan si pemakai lebih mampat, lebih selesa di bahagian pinggang, kocek lebih besar untuk memuatkan telefon pintar terkini — elemen yang penting di zaman sekarang ini. Koleksi bukan denim Levi's® 501® boleh didapati di kedai-kedai bermula Februari 2013 pada harga antara RM299 hingga RM399. Untuk maklumat lanjut, layari www.levi.com.my atau laman Facebook Levi's®. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.265) Posted: 28 Jan 2013 06:52 AM PST Ya, atas permintaan ramai segmen harian ini kembali. Calon anugerah Oscar, Bradley Cooper khabarnya sedang berbincang dengan penerbit J.J Abrams akan kemungkinan beliau untuk memegang watak Lance Amstrong dalam filem biografi nanti. – Guardian Kerana ingin mendalami watak Steve Jobs yang di’bawa, Ashton Kutcher telah di’masukkan ke hospital selepas mengikut diet ketat dengan hanya memakan buah buahan, kacang & bijirin. – The Wire Filem yang menerima lapan pencalonan Oscar termasuk Filem Terbaik, Les Misérables memecah angka US$300 juta dalam kutipan wayang seluruh dunia menjadikan ianya filem muzikal keempat terlaris. – THR Jika Pepsi memiliki Beyonce sebagai wajah produk mereka, Coca Cola khabarnya telah pun berjaya mendapatkan Taylor Swift untuk mempromosi Diet Coke keluaran mereka. – Ad Age Irwansyah & isterinya, Zaskia Sungkar telah di’sahkan tidak mengambil sebarang dadah ekoran tangkapan di rumah Raffi Ahmad dan menyatakan yang tujuan kehadiran mereka ketika itu atas urusan perniagaan. – detikHot © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Filem ‘Juvana’ Raih RM1.7 Juta Sepanjang Tayangan Hujung Minggu Posted: 28 Jan 2013 04:51 AM PST Agak lama juga kami tidak pedulikan statistik kutipan filem tempatan di pawagam — rasanya semua perasan yang tahun 2012 bukan tahun terbaik untuk industri filem Malaysia. Tetapi berita kutipan besar filem Juvana ini menarik perhatian kami. Juvana merupakan filem Melayu kedua membuka tayangan di pawagam seluruh negara untuk tahun 2013 ini. Filem arahan Faisal Ishak ini membuka tayangan di pawagam Malaysia & Brunei pada 24 Januari lalu dan sehingga Ahad lalu ianya telah berjaya mengutip sejumlah RM1.7 juta. Membariskan pelakon popular seperti Johan As'ari, Zahiril Adzim, Syazwan Zulkifly, Sharnaaz Ahmad dan Syafie Naswip — filem ini merupakan satu kesinambungan daripada drama bersiri Juvana yang disiarkan di TV3. Bercakap dalam satu kenyataan media, penerbit Juvana Khabir Bhatia berkata pihaknya melihat kemungkinan untuk menerbitkan sekuel filem Juvana tetapi semuanya bergantung kepada sambutan peminat terhadap filem pertama ini. “Ramai yang bertanya tentang sekuel filem Juvana selepas menonton di pawagam, bagi kami segalanya bergantung kepada sambutan filem ini terlebih dahulu,” ujar Khabir Bhatia. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Dakwaan Nazmi Faiz — Rita Rudaini Tidak Terkejut Posted: 28 Jan 2013 04:16 AM PST Ya masih dengan kisah Nazmi Faiz dan dakwaan beliau yang Aidil Zafuan mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella. Awal malam ini, pemain bola sepak yang kini berpengkalan di Portugal itu mengeluarkan kenyataan meminta maaf & meminta semua pihak tidak menyalahkan Aidil Zafuan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kaitan. Kenyataan Nazmi Faiz melalui akaun Twitter itu merupakan yang pertama semenjak isu ini menjadi perbualan peminat dunia hiburan pagi tafi. BACA: Bekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit? Individu yang terkena tempias isu ini sudah tentulah isteri kepada Aidil Zafuan sendiri, Rita Rudaini dan bercakap kepada Utusan Malaysia hari ini beliau menyatakan dakwaan Nazmi Faiz bukan satu kejutan. “Ini bukan kes pertama dia dikaitkan dengan perempuan, sudah banyak kali. Saya sudah lali dengan cerita cinta dia sampaikan tak mahu fikir lagi dengan siapa dia hendak bercinta, biarkanlah dia dengan cara hidupnya” “Cuma saya harap, dia akan selesaikan kes mahkamah kami dengan baik dan ingat akan tanggungjawab kepada anak-anak yang sudah sekian lama diabaikan,” ujar Rita Rudaini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Tengku Fiella: Nazmi Faiz Kuat Cemburu & Saya Tidak Kenal Aidil Zafuan Posted: 27 Jan 2013 08:09 PM PST Rotikaya.com (RTKY) : Kenyataan Nazmi Faiz pagi tadi di Twitter … Tengku Fiella (TF): Saya tidak pernah kenal pun Aidil (Zafuan) — Nazmi saya tidak tahu’lah, dia memang kuat cemburu dan kami sudah lama putus. Dia ada hubungi I semua tetapi I tak layan. RTKY: Bila putus? TF: Dua, tiga minggu lepas — kalau tidak silap. BACA: Bekas Kekasih Nazmi Faiz & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit? RTKY: Bagaimana dengan dakwaan Nazmi Faiz yang mengatakan you adalah seorang kaki kikis & penipu? TF: Kalau betul baik I minta mana mana Datuk taja hidup I, lagi baik. Dia (Nazmi Faiz) mungkin tengah marah & tidak boleh terima hakikat yang kami sudah putus — dan kini dia libatkan semua orang termasuklah Aidil Zafuan pagi tadi. Berkaitan Johan As’ari, dia merupakan abang kepada kawan I dan dia ada ucapkan happy birthday melalui Twitter dan I retweet — Nazmi terus cemburu kerana ingat I ada hubungan dengan Johan. I kasihankan Aidil Zafuan apabila di’kaitkan kali ini. Isu dia dengan isterinya (Rita Rudaini) pun belum selesai bertambah pula dengan cerita yang di’bawa entah siapa siapa. RTKY: Dalam ramai ramai lelaki. kenapa Aidil Zafuan yang di’kaitkan dengan you? TF: Itu I tak tahu — ada bukti ke I jumpa Aidil atau pergi Johor? Jumpa atau kenal Aidil secara peribadi pun tidak pernah. RTKY: Jadi, di’sini memang you menafikan semua yang di’tulis Nazmi Faiz pagi tadi? TF: Ya. I terkejut bangun pagi pagi dengan berita sebegini. Dua tiga hari ini Nazmi ada hubungi I tetapi kerana I tak layan dia mula ugut untuk menulis macam macam pasal I di Twitter. Dia siap beritahu I,”Baik kau angkat telefon atau aku akan tulis benda buruk pasal kau di Twitter” & saya terkejut yang dia betul betul buat. Jangan ambil serius apa yang Nazmi Faiz tulis di Twitter kerana dia sendiri pun belum matang & mungkin dalam keadaan tertekan bermain dengan kelab di Portugal. RTKY: Okay, terima kasih! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |









No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.