RotiKaya |
| Nazmi Faiz Dakwa Bekas Kekasih & Aidil Zafuan Ada Hubungan Sulit? Posted: 27 Jan 2013 05:17 PM PST Gossip ahli sukan negara, memang terasa seperti berada di Hollywood. Heh. Kali ini sekali lagi Nazmi Faiz membuat satu kenyataan kontroversi menerusi laman Twitter beliau. Sebelum ini Nazmi Faiz ada mengeluarkan kenyataan di Twitter menuduh bekas kekasihnya, Tengku Fiella sebagai seorang yang kaki kikis & penipu — tetapi kemudian mendakwa akaun Twitter beliau di’ceroboh. Awal pagi Isnin, sekali lagi Nazmi Faiz tampil dengan beberapa siri Twitter yang turut mengaitkan suami Rita Rudaini yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan dalam isu Tengku Fiella ini. “She is (in?) relationship with Aidil Zafuan. This guy give her 1k for shopping in JB and they stay together,” tulis Nazmi Faiz sekitar 4.25 pagi tadi. Selain mengulangi kenyataan yang mereka sudah tidak bergelar pasangan kekasih lagi, Nazmi Faiz juga mendakwa yang Tengku Fiella tinggal bersama Aidil Zafuan di Johor Bahru untuk beberapa minggu. Walaubagaimanapun kesemua tulisan Nazmi Faiz di Twitter pagi tadi telah pun di’padam — satu lagi kes akaun di’ceroboh? Apakah sebenarnya yang berlaku antara mereka bertiga ketika ini? © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Pesta Dadah Artis — Irwansyah Antara Yang Kena Tahan Di Rumah Raffi Ahmad Posted: 27 Jan 2013 04:42 AM PST Ini mungkin kisah terbesar di Indonesia hari ini. Seramai 17 orang termasuk empat orang selebriti ternama telah di’tahan pihak berkuasa dalam satu pesta dadah di Jakarta. Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia menyerbu rumah Raffi Ahmad di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada waktu Subuh Ahad tadi selepas mendapat maklumat orang ramai. Selain Raffi Ahmad selebriti lain yang turut di’tahan dalam pesta dadah itu adalah Irwansyah serta isterinya Zaskia Sungkar & juga Wanda Hamidah. Laporan terbaru menyebut yang lima orang daripada 17 orang yang terlibat di’dapati positif dadah jenis ganja & MDMA (Ecstasy). “Anggota kami sudah lama memerhari sekelompok artis yang melakukan pesta narkoba (dadah_. Kita sudah dalami selama 3 bulan akhirnya Subuh tadi anggota kami melakukan penangkapan dan penggeledahan salah satu artis — Raffi Ahmad,” ujar Deputi Penindakan BNN, Benny Mamoto. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.