RotiKaya |
- Nurul Syuhada Rancang Timang Cahaya Mata Tahun Ini
- Reviu: The Tower
- Kad ATM Bertukar Tangan — Lisa Surihani Rugi RM50,000 Lesap Dari Akaun Bank
- Maya Karin Kini Bermisai — Gambar Sekitar Pengambaran Filem Osman Ali, Sejoli
- Kolaborasi Dengan Jay-Z — Justin Timberlake Kini Kembali Dengan ‘Suit & Tie’
- Khairul Fahmi & Leuniey Natasha — Gambar Di Sekitar Resepsi Ketiga Di Damansara
- Enggan Terima Tajaan — Liyana Jasmay Bakal Pindah Ke Sabah Selepas Kahwin
| Nurul Syuhada Rancang Timang Cahaya Mata Tahun Ini Posted: 14 Jan 2013 07:01 AM PST Tidak menyangka populariti meningkat selepas kontroversi dia dikecam teruk warga Sarawak selepas tersalah cakap mereka masih daif, Nurul masih dilihat mengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) setiap Selasa dan Khamis. Menurut Nurul Syuhada, dia kini masih setia bersama TV3 sebagai pengacara sambilan namun memperjelaskan telah meletakkan jawatan sebagai wartawan penyiaran untuk menumpukan masa kepada rumahtangga dan lanjutkan pelajaran. Jelas pengacara baru bagi rancangan islamik Da'I Pendakwah Milenia terbitan TV3, Nurul Syuhada berasa teruja untuk memberitahu bahawa tahun ini dia dan suami telah merancang untuk memiliki cahaya mata. Berkahwin pada tahun 2011, pasangan Nurul Syuhada dan juga Raja Amir tidak sabar untuk memiliki keluarga kecil sendiri. Menurut Nurul Syuhada lagi, pada tahun ini banyak perancangan telah direncanakan selain untuk memiliki anak, Nurul bakal melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya pada bulan hadapan ke peringkat master dalam bidang Science, Technology & Sustainability. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Posted: 14 Jan 2013 06:11 AM PST The Tower (2012) ialah sebuah filem bertemakan 'kemusnahan' yang diarahkan oleh Kim Ji-hoon iaitu merupakan antara filem pecah panggung tahun 2012 di Korea Selatan. Walaupun jalan ceritanya hanyalah beracuankan dan inspirasi dari filem The Towering Inferno (1974) namun ia masih menghiburkan sebagai sebuah filem aksi dan drama. Ia mencampur-gaulkan kombinasi ala-ala filem Titanic (1997) dan Daylight (1996) dari sudut 'pengurungan' sekumpulan manusia dalam bencana kerosakan lokasi seharian mereka. Manakala keberanian versi 'membakar diri umpama lilin' oleh ahli bomba seiras filem Ladder 49 (2004) & Backdraft (1991). Oh! Apalagi yang asli di muka bumi ini, bukan? Filem ini bermula perlahan-lahan selama hampir 25 minit awal tayangannya untuk memperkenalkan struktur dalaman bangunan yang menempatkan kompleks perniagaan & kondominium mewah 108 tingkat yang berkembar dan ada jambatan gantung bernama Tower Sky di Seoul, Korea. Pembukaannya diperkenalkan watak-watak utama yang 'bakal' menjadi mangsa kebakaran nanti. Lee Dae-ho (Kim Sang-kyung) ialah seorang duda bekerja sebagai Pengurus Operasi di bangunan itu yang memelihara anak gadisnya, Ha-na (Jo Min-ah). Dae-ho sedang bercinta dengan Seo Yoon-hee (Son Ye-jin) juga seorang Pengurus Restoren di situ. Seterusnya penonton diperkenalkan watak-watak pekerja yang lain, dari jawatan paling tinggi sehinggalah makcik buruh pencuci bangunan serta penghuninya yang kaya-raya. Babak-babak awal filem ini, pandai bermain dengan drama suasana dalaman di kalangan pekerja yang berlaku iaitu politik pejabat dan hubungan kekeluargaan masing-masing. Waktu yang sama, setiap latar lokasi semua watak sekaligus menyorot dari sudut-sudut dalaman bangunan untuk memahami perincian binaan bangunan itu kepada penonton. Dae-ho mendapati bahawa bangunan yang gah itu rupa-rupanya bermasalah dengan sistem air untuk memadam api di tingkat-tingkat teratas. Namun begitu, dek kerana majlis sambutan hebat sempena hari Krismas bakal berlangsung di puncaknya, salah seorang ahli perniagaan yang memiliki Tower Sky iaitu President Jo (Cha In-pyo) mengabaikan amaran oleh Dae-ho. The party must go on! katanya. Penceritaan awal juga memperkenalkan ahli-ahli bomba yang sedang bertugas pada malam itu di balai operasi mereka. Watak Kang Young-ki (Sol Kyung-gu) salah seorang veteran ahli bomba yang gigih baru sahaja selesai shif kerja namun agak keberatan pulang menemui isterinya kerana dia seorang yang workaholic, agaknyalah. Beliaulah yang akan menjadi hero 'one-man show' ala kamikaze yang terbaik. Ingat! Filem ini mengenai 'kebakaran dahsyat' yang bakal berlaku jika anda menonton trailer-nya. Lantas setelah semua watak dan lokasi di bangunan itu lengkap diperkenalkan, maka majlis hebat sambutan Krismas pun bermula. Babak-babak awal tersebut berjaya menggambarkan suasana 'aman sebelum musibah berlaku' yang lazimnya untuk sesebuah filem berunsurkan 'kemusnahan'. Puncanya hanya kerana angin lintang dari kejadian alam semulajadi yang akan menjadi teladan kepada manusia yang degil seperti President Jo. Berlagaknya hanya demi untuk menjaga nama masyhur Tower Sky di mata golongan kelas atasan yang menghuni bangunan itu. Di samping itu, filem ini juga menyindir sifat azali manusia yang masih membezakan 'antara dua darjat' tentang siapa yang mahu diselamatkan dahulu? Ia jelas digambarkan semasa situasi panik dimana nyawa penghuninya yang kaya-raya dan berstatus tinggi dalam politik lebih diutamakan. Faham!
Filem ini seterusnya ialah rentetan dan kronologi kebakaran dahsyat dan kelam-kabut manusia untuk menyelamatkan diri serta perjuangan ahli-ahli bomba yang berani mati untuk berlawan dengan api. Sebahagian besar babak-babak sehingga habis tayangan ialah aksi-aksi lagak ngeri dengan bantuan paparan imej janaan komputer (CGI) untuk merealisasikan kebakaran dan kemusnahan bangunan itu. Dengan bajet cuma RM28 juta, filem ini mampu setanding dengan bikinan filem kemusnahan versi Hollywood yang pastinya lebih mahal. Kelebihan utama perfileman Korea ialah kepakaran mereka bermain dengan emosi dramatik dalam babak-babak kemanusiaan yang menyayat hati. Malahan ada juga suntikan babak-babak komedi. Kekuatan lakonan para pelakon yang terkenal ialah pelaburan utama untuk 'merehatkan' ketegangan menonton filem bangunan terbakar seperti ini. Sungguhpun bila difikirkan semula dalam situasi genting kebakaran dan runtuhan bangunan, setiap saat terlalu berharga untuk 'berdrama' di antara mangsanya, atau anda akan mati. Untuk filem ini, suntikan elemen drama masih boleh dimaafkan.
Kesimpulan: Kalau muzik K-pop digemari ramai oleh remaja di Malaysia, filem ini juga wajar ditonton untuk mengamati kemajuan pembikinan filem Korea. Saya tertekan dengan emosi dan debaran sepanjang menontonnya, dengan itu saya berikan 4 ROTIKAYA. © Ajami Hashim for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Kad ATM Bertukar Tangan — Lisa Surihani Rugi RM50,000 Lesap Dari Akaun Bank Posted: 13 Jan 2013 10:24 PM PST Ini kisah kedua penipuan berlaku terhadap artis tempatam melibatkan wang tunai dalam jumlah yang besar selepas pengurus Alyah lari dengan wang hampir RM40,000. Harian Metro melaporkan hari ini yang Lisa Surihani telah kehilangan RM50,000 apabila kad ATM beliau telah di’tukar oleh individu lain tanpa pengetahuan aktress ini. Ibu Lisa Surihani, Siti Amira Ahmad menyedari kehilangan wang tersebut apabila beliau ingin mengeluarkan wang pada pagi Jumaat yang lalu dan mendapati baki akaun bank telah berkurangan. Apabila perkara ini di’rujuk kepada pihak bank, mereka memaklumkan yang kad ATM milik Lisa Surihani sudah tidak boleh di’pakai kerana sudah di’ganti dengan kad baru oleh individu lain. “Buat masa ini saya tidak mahu menceritakan kejadian sebenar yang terjadi tambahan ia kini dalam siasatan polis dan hanya akan memberi penjelasan selepas siasatan selesai,” jelas Lisa Surihani yang di’hubungi. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Maya Karin Kini Bermisai — Gambar Sekitar Pengambaran Filem Osman Ali, Sejoli Posted: 13 Jan 2013 09:49 PM PST Tahukah anda ketika ini sedang berlangsung proses pengambaran sebuah filem terbaru arahan Osman Ali berjudul Sejoli yang membariskan pelakon pelakon hebat satu Malaya? Filem Sejoli yang kini sedang giat menjalani pengambaran sekitar Kuala Lumpur menampilkan Maya Karin, Remy Ishak, Bront Palarae dan Izara Aishah sebagai pelakon atau teraju utama. Jika merujuk kepada filem romantik komedi Osman Ali sebelum ini, Cun! pastinya filem Sejoli ini juga akan menerima sentuhan hebat yang sama — jika tidak lebih hebat dari sebelum ini. Menerusi Facebook beliau, Osman Ali kongsikan beberapa keping gambar sekitar pembikinan Sejoli yang baru beberapa hari masuk fasa produksi & anda boleh lihat gaya Maya Karin dengan misai palsu beliau. Kelakar.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Kolaborasi Dengan Jay-Z — Justin Timberlake Kini Kembali Dengan ‘Suit & Tie’ Posted: 13 Jan 2013 09:43 PM PST Orang kata, perkara yang terbaik berlaku kepada mereka yang sanggup menunggu. Buat peminat Justin Timberlake, penantian itu berakhir selepas enam tahun tanpa kelibat dalam muzik. Justin Timberlake kembali ke dunia muzik selepas hiatus selama enam tahun tanpa sebarang lagu atau album dengan sebuah single baru berjudul Suit & Tie hasil kolaborasi bersama Jay-Z. Suit & Tie merupakan single pertama daripada album terbaru beliau yang berjudul The 20/20 Experience yang bakal terbit tahun ini tetapi masih belum mempunyai tarikh tetap. Lagu terbaru beliau ini boleh di’dapati di iTunes mulai hari ini dan jika anda sayangkan duit untuk melabur terus ke dalam muzik baru ini, dengarkan lagu penuh yang di’muatnaik ke Youtube ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Khairul Fahmi & Leuniey Natasha — Gambar Di Sekitar Resepsi Ketiga Di Damansara Posted: 13 Jan 2013 08:14 PM PST Ini mungkin entri terakhir berkaitan perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha sebelum anda mendengar kisah baru daripada pasangan ‘selebriti’ ini — paling cepat jika si isteri mengandung. Hujung minggu lalu, berlangsung resepsi perkahwinan ketiga pasangan Khairul Fahmi & Leuniey Natasha setelah selepas resepsi kedua dua belah pihak di kampung halaman masing masing di Kelantan. Resepsi ini berlangsung di Hotel Royale Bintang Damansara bermula sekitar jam 8.00 malam yang di’hadiri oleh para kaum keluarga, barisan rakan rakan atlet, rakan selebriti & juga media terpilih. Terpilih. Heh. Berikut beberapa keping gambar sekitar majlis yang berjaya di’rakam oleh unit jurugambar G.i Photoshoot untuk tatapan anda semua — di’harapan pasangan ini bahagia menempuh alam perkahwinan mereka.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Enggan Terima Tajaan — Liyana Jasmay Bakal Pindah Ke Sabah Selepas Kahwin Posted: 13 Jan 2013 07:51 PM PST Selepas tamat resepsi perkahwinan Khairul Fahmi Che Mat & Leuniey Natasha yang berlangsung malam tadi, kini perkahwinan Liyana Jasmay menjadi tumpuan seterusnya. Liyana Jasmay & Fathuddin Mazlan akan bernikah pada 2 Februari ini di Hotel Seri Pacific, KL dan majlis resepsi akan berlangsung pada sebelah malam hari yang sama di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Liyana Jasmay mendedahkan yang beliau akan berpindah ke Sabah selepas berkahwin kerana mengikut suami yang menjalankan perniagaan beliau di’sana. “Saya tidak sedih tinggalkan keluarga selepas berkahwin walaupun selama ini saya memang tinggal dengan keluarga” “Bukannya saya tidak berjumpa mereka langsung selepas itu. Sudah tentu saya akan berulang alik di antara Sabah dan Kuala Lumpur” Liyana Jasmay turut berkata yang beliau tidak kisah untuk menerima cahayamata dengan kadar segera kerana beliau & tunang sangat sukakan kanak kanak. Bercakap tentang majlis perkahwinan nanti, Liyana Jasmay berkata kos yang terlibat agak tinggi namun di’tanggung kesemuanya oleh beliau dan keluarga tanpa sebarang tajaan dari mana mana pihak. “Ramai yang datang untuk memberikan tajaan pelamin, dekorasi, fotografi dan sebagainya tetapi saya tolak dengan baik kerana ingin melakukan semuanya sendiri. Saya mahu sebuah majlis perkahwinan yang ringkas dan lebih dekat dengan jiwa semua yang hadir” © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.