RotiKaya |
- Farid Kamil Komen Laporan Akhbar — “Ia Seolah Olah Cuba Untuk Aibkan Diri Saya”
- Imej Baru Sempena Hari Lahir — Dato’ Siti Nurhaliza Tampil Bertudung Penuh
- Kelemahan Siasatan Polis — Zack New Boyz Bebas Dari Tuduhan Edar Kanabis
- Teka Bunyi ERA fm — Yusni Yusof Bawa Pulang Jumlah Terbesar RM43,200
- Badan Kekal Cantik — Memey Suhaiza Tunggu Masa Untuk Bersalin
- Azad Jasmin Bergelar Bapa — Eira Syazira Selamat Lahirkan Bayi Perempuan
- Farid Kamil Nafi Diana Danielle Kena Tahan Di Lapangan Terbang Sydney
- Justin Timberlake Bakal Rakam Album Baru Selepas Enam Tahun?
- Ingin Jadi Contoh Terbaik Untuk Anak — Adi Putra Tolak Bergambar Tanpa Baju
- Siti Saleha Tidak Anggap Sharnaaz Ahmad Lelaki Yang Panas Baran
| Farid Kamil Komen Laporan Akhbar — “Ia Seolah Olah Cuba Untuk Aibkan Diri Saya” Posted: 12 Jan 2013 04:41 AM PST Semalam, dunia hiburan Malaysia di’kejutkan dengan satu laporan akhbar yang menulis penafian Farid Kamil akan dakwaan isterinya Diana Danielle di’tahan di lapangan terbang. Laporan tersebut menyebut yang Diana Danielle kononnya di’tahan oleh pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney tidak di’benarkan untuk terbang kerana usia kandungan melebihi had di’benarkan. Hari ini melalui sebuah video terbitan MIG, Farid Kamil tampil memberikan penjelasan yang beliau di’ajukan soalan yang sedikit lain daripada apa yang di’laporkan dalam artikel tersebut. “Saya ditanya sama ada benar Diana Danielle ditahan di sana (Sydney) — saya tanyakan kembali kenapa ditahan tetapi wartawan tersebut berkata dia tidak tahu,” ujar Farid Kamil. “Apabila (keluar) kenyataan pagi ini, saya turut hairan kenapa Diana Danielle dikaitkan dengan isu ditahan sedangkan dia pergi ke sana untuk melanjutkan pelajaran” “Apa yang tertulis dalam akhbar tersebut seolah olah cuba mereka cerita untuk mengaibkan diri saya,” anda boleh dengarkan penjelasan penuh Farid Kamil berkaitan isu ini dalam video di’atas. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Imej Baru Sempena Hari Lahir — Dato’ Siti Nurhaliza Tampil Bertudung Penuh Posted: 11 Jan 2013 09:39 PM PST Berita baik buat peminat Dato’ Siti Nurhaliza yang selama ini mengimpikan untuk melihat penyanyi kesayangan ini untuk bertudung litup. Bercakap kepada Berita Harian hari ini, Siti Nurhaliza mengesahkan sendiri yang ini merupakan imej baru beliau bersempena sambutan hari lahir yang 34 pada 11 Januari 2013 yang lalu. “Inilah imej Siti untuk usia 34 tahun dan Siti harap penampilan baru ini akan terus kekal sampai bila bila,” ujar Siti Nurhaliza yang kini sedang dalam tempoh bercuti dari sebarang aktiviti seni. Ini sekaligus menjawab persoalan ramai peminat yang tertanya tanya adakah benar Siti Nurhaliza sudah berubah wajah apabila beberapa keping gambar terbaru beliau di’muat naik ke Instagram. Semoga perubahan ini kekal buat Dato’ Siti Nurhaliza dan masih belum terlambat rasanya untuk mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran ke 34 buat penyanyi nombor satu negara ini. Heh.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Kelemahan Siasatan Polis — Zack New Boyz Bebas Dari Tuduhan Edar Kanabis Posted: 11 Jan 2013 12:56 AM PST BERNAMA — Pemain bass kumpulan New Boyz, Radin Irwan Dzul Karnain Isagani atau Zack New Boyz dilepas dan dibebaskannya oleh Mahkamah Tinggi di sini daripada tuduhan mengedar kanabis seberat 1,321 gram, tiga tahun lepas, tanpa dipanggil membela diri. Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas mendapati terdapat banyak kelemahan dalam siasatan polis yang membawa kepada kegagalan pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie. Zack, 33, didakwa mengedar dadah kanabis seberat 1,321 gram di satu unit sebuah kondominium di Persiaran Surian, Petaling Jaya dekat sini, pada 9.20 malam, 26 Jan 2010. Bapa kepada dua orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan. Dalam penghakimannya, Akhtar berkata tiada keterangan mengenai pemilikan dadah. “Walaupun dikatakan tertuduh yang buang (dadah) tetapi ia hanya menunjukkan pengetahuan bukan pemilikan (ke atas dadah). Justeru saya berpendapat pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan,” katanya. Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Norhani Mohamad Adzhar mengemukakan tujuh saksi sementara pembelaan yang diwakili Puan Sri N Saraswathy Devi memanggil seorang saksi. Zack ketika ditemui pemberita di luar mahkamah bersyukur kerana akhirnya keadilan berpihak kepadanya selepas hampir tiga tahun direman di Penjara Sungai Buloh. Ditanya mengenai hubungannya dengan anggota New Boyz yang lain, beliau berkata rakan-rakannya sering melawat beliau di penjara dan sepanjang berada dalam tahanan beliau sempat mencipta 12 lagu baharu untuk kumpulannya. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Teka Bunyi ERA fm — Yusni Yusof Bawa Pulang Jumlah Terbesar RM43,200 Posted: 11 Jan 2013 12:41 AM PST Selepas enam bulan bunyi ini menjadi satu teka teki yang telah di’jawab ratusan pemanggil, akhirnya ada pemenang yang membawa pulang jumlah yang agak besar untuk tugas mudah — teka bunyi. Teka Bunyi ERA di ERA fm selama enam bulan mencari jawapan yang tepat untuk bunyi yang mereka pertaruhkan & Yusni Yusof berjaya menjadi pemanggil bertuah. Rezeki badan. Pada 8 Januari yang lalu, Yusni Yusof telah meneka dengan tepat bunyi yang di’berikan sebagai mesin pengilap lantai sekaligus membolehkan beliau membawa pulang wang berjumlah RM43,200. Yusni Yusof yang hadir ke konti ERA fm hari ini berkata bukan sesuatu yang mustahil untuk menembusi talian telefon untuk menjawab Teka Bunyi ERA & jawapan datang dari perbincangan dengan keluarga. Tahniah Yusni Yusof atas kemenangan ini & bukan sedikit wang RM43,200 — gunakan sebaik mungkin, juga baik jika di’gunakan untuk belanja kami semua di’sini makan. Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Badan Kekal Cantik — Memey Suhaiza Tunggu Masa Untuk Bersalin Posted: 10 Jan 2013 07:04 PM PST “Saya sekarang bercuti buat sementara dari dunia kerjaya lakonan saya kerana ingin memberi fokus kepada kelahiran anak sulung saya yang boleh dikatakan bila-bila masa sahaja bakal melahirkan bakal anak sulung saya ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis previu episod Adam & Hawa. Memey yang ditemani suaminya Norman Hakim kelihatan cukup berseri-seri dan kelihatan dirinya masih cantik dan tidaklah 'naik' badannya seperti wanita-wanita lain yang sedang mengandung dan kini beliau cukup teruja dengan kelahiran bakal cahaya mata sulungnya yang pertama bersama suaminya, Norman Hakim. “Saya begitu teruja dengan kelahiran pertama saya dan berharap tidak ada masalah ketika melahirkannya nanti. Saya sudah membeli barang keperluan bayi seperti barang-barang asas baju, lampin dan sebagainya” Memey Suhaiza akan kembali aktif dalam dunia lakonan selepas berpantang dan sihat sepenuhnya selepas ini. Sama-sama kita doakan agar Memey selamat melahirkan anaknya dan terus bersinar kariernya di bidang lakonan.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Azad Jasmin Bergelar Bapa — Eira Syazira Selamat Lahirkan Bayi Perempuan Posted: 10 Jan 2013 05:55 PM PST Ya, dan Eira Syazira sudah bergelar ibu. Nanti ada pula yang kata kami tulis Azad Jasmin sahaja yang sudah bergelar bapa. Heh. Pagi ini menerusi Twitter Eira Syazira, Azad Jasmin mengumumkan yang isterinya itu telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar jam 8.50 pagi tadi. Tahniah buat pasangan ini! Bercakap kepada media tidak berapa lama dahulu, Eira Syazira ada memberitahu yang beliau sendiri tidak tahu sama ada akan bercuti lama atau tidak selepas bersalin kerana sudah ada tawaran untuk berlakon. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Farid Kamil Nafi Diana Danielle Kena Tahan Di Lapangan Terbang Sydney Posted: 10 Jan 2013 03:50 PM PST Masih ada lagi desas desus kurang enak yang tersebar walaupun selepas pasangan ini berkahwin & terbaru, ada yang membawa gossip mengatakan Diana Danielle telah di’tahan daripada terbang kerana usia kandungan lebih bulan yang di’hadkan. Kejadian itu khabarnya telah berlaku ketika pasangan ini ingin pulang ke Malaysia selepas berbulan madu & pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney, Australia tidak membenarkan isteri Farid Kamil ini untuk pulang sama. “Perkara itu tidak benar dan isteri saya masih berada di sana kerana ingin meneruskan pengajiannya,” ujar Farid Kamil yang di’temui wartawan Harian Metro baru baru ini. “Dia (Diana Danielle) sebenarnya mempunyai temuduga untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Asas Kesenian dan Rekaan di University of Sydney selama empat tahun di sana” Farid Kamil turut menjelaskan yang isterinya itu kini tinggal bersama pelajar Malaysia sementara menunggu keputusan temuduga & pendaftaran pelajar selesai — juga bakal bertemu semula akhir bulan ini selepas tamat penggambaran filem. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Justin Timberlake Bakal Rakam Album Baru Selepas Enam Tahun? Posted: 10 Jan 2013 03:04 PM PST Kali terakhir Justin Timberlake muncul dengan album penuh adalah enam tahun yang lalu — atau tujuh, ikut fahaman matematik anda sendiri. Yang penting, penyanyi ini sudah bersedia untuk kembali. Memiliki enam anugerah Grammy & terjual lebih 14 juta unit dengan dua album sebelum ini, keputusan Justin Timberlake untuk kembali rakamkan album memang di’nantikan pada peminat setia beliau. Melalui Twitter & laman rasmi beliau, Justin Timberlake lancarkan sebuah video teaser yang memberikan gambaran yang beliau sudah bersedia untuk kembali dalam bidang muzik & mencipta lagu baru. Namun, tiada tarikh sebenar atau maklumat lanjut mengenai langkah baru Justin Timberlake dalam dunia muzik ketika ini — sehingga ada pihak mengandaikan ianya tidak lebih daripada teaser untuk pelancaran versi baru Myspace kurang seminggu dari hari ini. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Ingin Jadi Contoh Terbaik Untuk Anak — Adi Putra Tolak Bergambar Tanpa Baju Posted: 10 Jan 2013 03:01 PM PST Kehadiran Zara Adelia Haadi dalam kehidupan Adi Putra dan isteri agak mengejutkan kita semua pada Oktober lepas. Namun, anak itu juga yang menjadi pelengkap bagi kehidupan pasangan itu kini. Mengakui kehidupannya kini semakin berubah. Memiliki anak adalah satu perasaan yang tidak mampu dibeli. Zara Adelia Haadi menjadi inspirasi dan sumber kekuatan dalam dirinya hari ini. Sebagai seorang ayah, sangatlah besar tanggungjawab yang harus dipikul. Bukan sekadar menjadi ayah, malah ketua bagi institusi kekeluargaan yang ingin di’bina sepanjang hayat. Eceh. Ayah merupakan role model untuk anak anak. Seharusnya seorang bapa menunjukkan contoh yang baik kepada anak anak. Kerana itu juga Adi Putra memilih untuk tidak akan bergambar tanpa pakaian. “Besar tanggungjawab seorang ayah. Saya nak jadi ikon yang baik kepada anak saya. Untuk photoshoot saya takkan jika memerlukan saya membuka baju. Dalam filem atau drama ye. Sebab itu dah kerjaya saya” “Tahun 2013, saya sudah khususkan hari hari untuk saya bersama anak dan isteri,” tambah Adi Putra lagi ketika di’temui semalam di majlis Malam Bersama Bintang anjuran TV3. Tahun 2013 juga akan menyaksikan Adi Putra melangkah lagi setapak dalam kerjayanya. Pertengahan tahun 2013, Adi Putra bakal muncul dengan satu projek baru — menerbitkan filem’nya sendiri bertajuk Suami Aku Ustaz. Sudah sampai masa rasanya untuk Adi Putra terlibat serius di’belakang tabir. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Siti Saleha Tidak Anggap Sharnaaz Ahmad Lelaki Yang Panas Baran Posted: 10 Jan 2013 02:30 PM PST Pelakon jelita yang manis berlesung pipit, Siti Saleha langsung tidak merasakan Sharnaaz Ahmad seorang yang garang — malah puji Sharnaaz Ahmad seorang yang sangat kelakar. Digandingkan bersama di dalam drama terbitan MIG, Ruby bagi slot SAMARINDA untuk TV3, Siti Saleha memberitahu apa yang didengari mengenai sifat baran Sharnaaz Ahmad ternyata tidak benar. “Pada mulanya memang tidak tahu menahu kisah dia dan Shila, saya jenis masuk set untuk bekerja. Masalah peribadi artis saya memang tidak ikuti” “Bila berlakon je dengan dia, saya terkejut ingatkan dia garang tetapi sebenarnya dia seorang yang sangat kelakar. Memang apa yang digambarkan pihak media sebelum ini tak sama” “Saya pelik kenapa orang boleh cakap dia garang, mungkin sebab intonasi suaranya kot. Tapi pada saya itu adalah suaranya, memang tidak boleh diubah” Ujar pelakon yang mula popular menerusi drama Nora Elena ini turut menambah ada juga yang bertanya adakah Sharnaaz seorang yang gatal namun Saleha dengan pantas menolak dakwaan tersebut dan mengatakan dia seorang yang fokus dan profesional. “Kami di set memang serius, tapi dia ada juga buat kelakar sehinggakan kadang-kadang saya sendiri merasa sukar untuk berlakon. Saya percaya dia seorang yang serius di dalam percintaan kerana dia bukan seorang yang gatal seperti yang diperkatakan” “Pada pandangan peribadi saya, mungkin disebabkan sifatnya yang tegas dan kelakar yang membuatkan Shila Amzah terpikat” “Iyalah kita bukan kenal dia secara peribadi, orang yang dekat dengan dia lebih kenal dan saya yakin Sharnaaz seorang lelaki yang baik” Memegang watak sebagai Syuhara di dalam drama 15 episod ini Siti Saleha dan juga Sharnaaz Ahmad (Benjamin), Drama "Ruby" telah menemui penonton mulai 2 Januari lalu dan bersiaran setiap hari Selasa hingga Khamis pada jam 10 hingga 11 malam. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |





















No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.