RotiKaya |
- Shera Aiyob: Zahiril Adzim Semakin Rajin Dan Inginkan Anak Lelaki
- “Kerana Dia Bakal Isteri Saya” — Sharnaaz Ahmad Mengakui Kongkong Shila Amzah
- Padam Selepas Muat Naik — James Franco Rakam Video Parodi Justin Bieber
- Anugerah Bintang Popular 2012 — Selebriti Sekitar Pengumuman Lima Calon Teratas
- Anugerah Bintang Popular 2012 — Senarai Penuh Pencalonan Akhir Lima Teratas
- Selamat Lahirkan Bayi Lelaki — Johan Raja Lawak Dan Ozlyn Sambut Orang Baru
- Nikah & Sanding Pada 2 Februari — Liyana Jasmay Mula Edar Kad Jemputan Kahwin
- Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Raih Enam Juta Penonton
- Taylor Swift Putus Cinta Lagi — Bergaduh Besar Dengan Harry Styles Di Tahun Baru
- Pasca Gangnam Style — Kenapa ‘Right Now’ Patut Jadi Single Kedua Psy?
| Shera Aiyob: Zahiril Adzim Semakin Rajin Dan Inginkan Anak Lelaki Posted: 09 Jan 2013 11:30 AM PST Baru pulang dari Istanbul, Turki menjalani penggambaran drama di bawah arahan Erma Fatima, Shera Aiyob pernah ditegur pengarah di set kerana nafsu makan yang menjadi jadi. Usia kandungan kini sudah tiga bulan setengah, Shera Aiyob masih nampak ramping. Mungkin masih di awal kehamilan, perut Shera belum ketara menampakkan dia hamil. Seperti wanita hamil lain, Shera juga mengalami muntah-muntah tapi bukan morning sickness, ia disebabkan perut masuk angin. Sebaliknya suaminya (Zahiril Adzim) pula yang sering muntah muntah. Setakat ini Shera Cuma alah dengan makanan hanyir dan mentah seperti kerang. Ditanya perubahan ketara suaminya setelah dirinya disahkan mengandung, Zahiril berubah menjadi extra rajin. Zahiril jadi lagi ringan tulang menolong mengemas rumah. Masih belum diketahui jantina bayi yang bakal lahir, Zahiril Adzim berharap dikurniakan cahaya mata lelaki untuk bayi sulung pasangan ini. “Dia tak kisah jantina anak, tapi kalau boleh dia mahukan anak lelaki untuk first baby. Anak lelaki boleh jaga you bila I takde,” jelas Shera Aiyob sambil tersenyum. Aktress ini ada juga menyebut secara santai yang bayi dalam kandungan beliau kini merupakan hadiah terbaik daripada suami, Zahiril Adzim terhadap diri beliau. Aww, sweet. Kami disini doakan Shera Aiyob & kandungannya berada dalam keadaan sihat sentiasa. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| “Kerana Dia Bakal Isteri Saya” — Sharnaaz Ahmad Mengakui Kongkong Shila Amzah Posted: 09 Jan 2013 07:20 AM PST Sharnaaz Ahmad hari ini mengakui yang beliau memang mengawal pergerakan Shila Amzah kerana penyanyi itu merupakan bakal isteri beliau & serius dengan hubungan mereka ketika ini. “Memang saya mengongkong dia kerana dia adalah bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan” “Jika dia hanya teman wanita biasa saya, mungkin saya tidak perlu peduli dengan apa yang dia lakukan tetapi dia adalah bakal isteri saya,” Sharnaaz Ahmad yang di’temui media di tayangan perdana filem Juvana. Memegang watak Lan Todak dalam filem yang akan ke pawagam pada 24 Januari nanti, Sharnaaz Ahmad berkata beliau tidak lagi mahu berbicara mengenai cinta sebaliknya fokus kepada rancangan untuk berkahwin dengan kekasih beliau. Jika sampai begitu sayangnya Sharnaaz Ahmad terhadap Shila Amzah, memang patut pun pasangan ini kahwin cepat cepat — biar ‘kongkongan’ ini lebih bertempat sifatnya. Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Padam Selepas Muat Naik — James Franco Rakam Video Parodi Justin Bieber Posted: 09 Jan 2013 05:54 AM PST Jika sebelum ini lagu Selena Gomez menjadi ‘mangsa’ parodi James Franco, nampaknya kali ini dalam satu video yang lebih serius mutunya — Justin Bieber pula menjadi mangsa. Dalam video ini, James Franco lip-sync lagu Boyfriend milik Justin Bieber lengkap dengan persalinan klasik penyanyi remaja popular dunia itu dan di’temani oleh seorang aktress, Ashley Benson. Yang lebih peliknya, James Franco memadam video tersebut tidak lama selepas ianya muncul di internet tetapi terima kasih kepada kepantasan peminat, video ini berjaya di’muat naik semula. Sehingga kini, masih belum jelas apa motif atau tujuan James Franco merakamkan video parodi ini — sama ada terlalu banyak masa terluang atau sekadar ingin menghiburkan peminat. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Anugerah Bintang Popular 2012 — Selebriti Sekitar Pengumuman Lima Calon Teratas Posted: 09 Jan 2013 12:49 AM PST Apalah ertinya pengumuman lima calon teratas untuk semua kategori dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 tanpa kehadiran para selebriti untuk memeriahkan majlis di Subang Jaya ini. Antara selebriti yang hadir adalah Lisa Surihani, Siti Saleha, Aaron Aziz, Didie Alias, Sleeq, Nabila Huda & Nadiya Nissa. Kesemua mereka tercalon dalam sekurang kurangnya satu kategori. Bercakap tentang kategori, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 turut pertandingkan kategori online yang mana ianya adalah Watak Jahat Dalam Filem / Drama Popular, Gandingan Di Layar Serasi, Watak Animasi Tempatan Popular, Artis Berpengaruh Di Laman Media Sosial, Artis Lelaki Stailo, Artis Wanita Stailo, Artis Asia Paling Popular. Senarai penuh untuk lima calon teratas untuk kategori tersebut boleh anda lihat di laman rasmi Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 — atau layan dahulu gambar selebriti yang berjaya lensa kami rakamkan.
© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Anugerah Bintang Popular 2012 — Senarai Penuh Pencalonan Akhir Lima Teratas Posted: 08 Jan 2013 11:50 PM PST Baku sangat bahasa menggunakan lima teratas. Ianya Top 5 Finalis untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (#ABPBH2012). Sebentar tadi satu sidang media mengambil tempat di Holiday Villa, Subang Jaya untuk mengumumkan nama lima calon teratas untuk setiap kategori dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 kali ini. Di’umumkan sendiri oleh Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2012, Shamshul Azree & Hanizam Abdullah atau Kak Cham berikut merupakan nama nama selebriti yang berjaya memperoleh undian tertinggi peminat untuk menempatkan diri dalam lima teratas. ARTIS BARU LELAKI POPULAR 1. Aiman Hakim Ridza ARTIS BARU WANITA POPULAR 1. Ainan Tasneem ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR 1. Black & Malique ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR 1. Angah ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR 1. Aliza Abdullah @ Enot PELAKON FILEM LELAKI POPULAR 1. Aaron Aziz PELAKON FILEM WANITA POPULAR 1. Lisa Surihani PELAKON TV LELAKI POPULAR 1. Aaron Aziz PELAKON TV WANITA POPULAR 1. Fasha Sandha PENGACARA TV LELAKI POPULAR 1. AC Mizal PENGACARA TV WANITA POPULAR 1. Adibah Noor PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR 1. AG PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR 1. Abby Fana PENYANYI LELAKI POPULAR 1. Aizat Amdan PENYANYI WANITA POPULAR 1. Jaclyn Victor © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Selamat Lahirkan Bayi Lelaki — Johan Raja Lawak Dan Ozlyn Sambut Orang Baru Posted: 08 Jan 2013 07:05 PM PST Pasangan ini yang kami kenali memang seorang yang low profile kalau melibatkan kehidupan peribadi mereka lebih lebih lagi jika ianya melibatkan anak anak & keluarga mereka sendiri. Tidak hairan kalau berita Ozlyn selamat melahirkan seorang bayi lelaki sedikit lambat sampai ke pengetahuan media & para peminat yang menanti perkhabaran gembira ini. Ozlyn telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 7 Januari 2013 yang lalu & ini merupakan anak ketiga dalam keluarga Johan Raja Lawak & Ozlyn — dua anak lelaki sebelum ini sudah berusia tujuh & dua tahun. Kami sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut tentang berita ini & akan bawakan kepada anda secepat mungkin. Stay tuned! © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Nikah & Sanding Pada 2 Februari — Liyana Jasmay Mula Edar Kad Jemputan Kahwin Posted: 08 Jan 2013 08:45 AM PST Keputusan pasangan ini untuk menunda tarikh perkahwinan selama seminggu dari tarikh asal sebenarnya sebelum ini menjadi buah mulut para peminat — entah kenapa pun kami tidak tahu. Namun, tarikh 2 Februari 2013 seperti yang di’rancang Liyana Jasmay dan Fathudin Mazlan untuk menjadi hari bahagia mereka bakal menjadi nyata. Liyana Jasmay khabarnya sudah pun mula mengedarkan kad jemputan perkahwinan beliau kepada 100 media terpilih & kira kira 2,000 tetamu jemputan ke majlis bahagia beliau nanti. Seperti yang di’khabarkan sebelum ini, Liyana Jasmay & Fathudin Mazlan akan di’ijabkabulkan pada pagi 2 Februari nanti — majlis persandingan akan berlangsung pada sebelah malam di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis menyambut menantu di’sebelah pengantin lelaki akan berlangsung pada 9 Februari 2013 di Dewan Perdana Felda, Kuala Lumpur. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Raih Enam Juta Penonton Posted: 08 Jan 2013 05:29 AM PST Anugerah Juara Lagu 27 (AJL 27) sekali lagi berjaya membuktikan satu penanda aras acara terbesar bukan saja bagi TV3 tetapi bagi sesebuah produksi dan acara hiburan di Malaysia apabila berjaya meraih jumlah penonton tertinggi sebanyak 4.2 juta (20 TVR) atau 65% (sumber: Nielsen Audience Measurement). Secara pukal, kadar tontonan keseluruhan AJL 27 telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah sebanyak 6 juta. Bukan sahaja di kaca televisyen, AJL 27 juga dipancarkan menerusi laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com di mana penonton disajikan dengan siaran keseluruhan majlis anugerah serta kandungan eksklusif seperti acara Purple Carpet dan Di Sebalik Tabir. Jumlah tontonan secara live streaming mencecah hampir 225,000 dengan Malaysia sebagai penyumbang utama kepada jumlah tontonan sebanyak 108,356, diikuti negara-negara lain seperti Singapura (8,057), United Kingdom (3,461), Jepun (1,828) dan Brunei (1,661). Di laman sosial media Twitter, #AJL27, #Ramli Sarip dan #Azlan and the Typewriter merupakan tiga kata kunci tertinggi pada malam itu. Sebanyak 149,593 tweets telah dikongsi menggunakan kata kunci #AJL27 dan #AJL. AJL 27 membawa satu dimensi baru dalam penganjurannya setelah memberi satu impak maksimum melalui persembahan pentas selain komitmen finalis yang membawakan lagu-lagu mereka dengan identiti, pemfokusan dan kreativiti masing masing. Tahun ini juga memperlihatkan antara penganjuran terbaik membawa konsep berlainan bersempena dengan ulangtahunnya yang ke-27, tema "Ekspresi Seni" dipilih sebagai menerapkan perkembangan dan perjalanan arus muzik dan irama terutamanya di dalam industri tempatan di kemuncak acara gemilang ini. Tuah kali ini berpihak kepada penghibur dan komposer muda berbakat yang kini giat melebarkan sayap di luar negara, Yunalis Zarai, 27 tahun atau lebih mesra dikenali sebagai Yuna, di mana lagu ciptaan beliau sepenuhnya berjaya muncul sebagai Juara AJL 27. Menariknya, tempat Yuna telah diganti oleh juara AJL 24, Aizat Amdan dan kemenangan ini juga telah memecahkan tradisi di mana buat pertama kalinya lagu yang dibawakan oleh penyanyi pengganti berjaya membawa pulang trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000! Malam kemuncak AJL 27 menampilkan gandingan pengacara popular yang tidak asing lagi iaitu Cheryl Samad dan Faizal Ismail yang menjadi nadi penggerak mewarnai majlis gilang-gemilang ini. Manakala sidang produksi Anugerah Juara Lagu 27 diketuai oleh Muhamad Sufian Che Isa selaku Pengurus Projek dan Khalijah Mohamed (Kelly) bertindak sebagai Penerbit Eksekutif serta turut dibantu dua Penerbit iaitu Hamsiah Biri dan Tengku Sahilawati Tengku Jehori. Selain Xpax sebagai penaja rasmi, AJL 27 turut menampilkan Hot FM selaku radio rasmi. Layari laman web rasmi www.anugerahjuaralagu.com untuk maklumat lanjut. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Taylor Swift Putus Cinta Lagi — Bergaduh Besar Dengan Harry Styles Di Tahun Baru Posted: 07 Jan 2013 07:30 PM PST Nampaknya Taylor Swift ada bahan baru untuk di’jadikan kisah lagu beliau selepas ini — laporan terbaru media ada menyebut yang beliau & Harry Styles kini buat haluan sendiri. Walaupun baru seminggu lalu pasangan ini di’lihat mesra berkucupan menyambut tahun baru 2013, Taylor Swift & Harry Styles nampaknya tidak lagi bergelar pasangan romantis. Pasangan ini di’khabarkan telah terbang ke British Virgin Islanda untuk menikmati percutian tetapi Taylor Swift telah pulang awal selepas bergaduh dengan Harry Styles — yang tidak diketahui kerana apa. Ini bukan sesuatu yang mengejutkan buat Taylor Swift kerana tempoh percintaan yang pendek seakan sinonim dengan diri beliau. Sebelum ini, beliau bercinta dengan Conor Kennedy & bertahan hanya beberapa bulan. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| Pasca Gangnam Style — Kenapa ‘Right Now’ Patut Jadi Single Kedua Psy? Posted: 07 Jan 2013 10:52 AM PST Lagu ‘Right Now’ bermula pada 0:42 dalam video di’atas. Dengan Gangnam Style menjadi fenomena paling besar dalam dunia hiburan sepanjang tahun 2012, peminat nampaknya menantikan karya terbaru PSY yang mampu mencipta impak yang sama hebat. Kris Andres di BuzzFeed baru baru senaraikan beberapa sebab untuk lagu PSY yang terbit pada tahun 2010, Right Now wajar menjadi pertaruhan kedua penyanyi tersebut selepas Gangnam Style. Pertamanya, Right Now membawa mesej yang positif dalam dunia pop masa kini untuk tidak berpura pura & terus menjadi diri sendiri dalam dunia yang sering menghukum kerana seseorang itu berlainan ideologi. Dan, para peminat hiburna yang sudah mendengar lagu ini beberapa kali menganggap Right Now jauh lebih baik berbanding Gangnam Style dan ketika ini merupakan video ketiga paling popular di akaun Youtube PSY. Sepertimana Gangnam Style, lagu ini juga mempunyai gerak tari uniknya sendiri yang boleh menjadi satu fenomena di’kalangan peminat PSY — dan, sila tonton persembahan live PSY untuk lagu Right Now, EPIK! Note: There is a poll embedded within this post, please visit the site to participate in this post's poll.© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

































































No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.