RotiKaya |
- Anzalna Nasir Serik Terlalu Dedahkan Teman Lelaki
- Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Terukir Di Bintang Bergelar Lagu Terbaik
- Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Aaron Aziz Dukung Adira, Satu Malaysia Cemburu
- Selepas 20 Tahun Menduda — Jaafar Onn Cari Isteri Di Laman Facebook
- Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Barisan Selebriti Di Sekitar Karpet Ungu
Anzalna Nasir Serik Terlalu Dedahkan Teman Lelaki Posted: 06 Jan 2013 08:11 AM PST Malam tadi ketika berlangsung persembahan Teman Pengganti di Anugerah Juara Lagu ke 27, nama pelakon ini di’sebut sebut kenapa tidak naik ke atas pentas bersama Black & RJ. Walaupun tanpa kelibat Anzalna Nasir yang merupakan heroin dalam video muzik rasminya, Teman Pengganti tetap berjaya pulang dengan gelaran Pesembahan Terbaik. Itu kisah malam tadi. Anzalna Nasir memang di’ketahui tidak sembunyikan status dirinya yang kini bergelar kekasih kepada Hanif Zaki namun terbaru, pelakon ini berasa serik dengan pendedahan tersebut. “Saya rasa macam terlalu terbuka pula mendedahkan teman lelaki pada khalayak apabila dia sering menemani saya walaupun hanya dua kali membawanya ke majlis rasmi,” ujar Anzalna Nasir. Pelakon drama bersiri Adam & Hawa ini berkata sudah tiba masanya untuk beliau hadkan pendedahan mengenai kekasihnya kepada umum untuk mengelakkan rasa kurang senang banyak pihak. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Terukir Di Bintang Bergelar Lagu Terbaik Posted: 06 Jan 2013 07:19 AM PST Walaupun berada nun jauh di Amerika Syarikat sana untuk melebarkan sayap kerjaya seni beliau, Yuna tetap menerima pengiktirafan yang tinggi di Malaysia — bakat tidak kenal sempadan. Lagu ciptaan beliau sepenuhnya, Terukir Di Bintang berjaya membawa pulang gelaran Lagu Terbaik (Tempat Pertama) di Anugerah Juara Lagu ke 27 yang berlangsung malam tadi. Aizat Amdan yang di’beri kepercayaan untuk membawakan lagu tersebut di pentas akhir malam tadi tidak mengecewakan walaupun mempunyai masa singkat untuk membuat persiapan. Tempat kedua Anugerah Juara Lagu ke 27 berjaya di’raih oleh lagu Idola ciptaan Audi Mok & Azlan dan tempat ketiga untuk lagu Ku Akui ciptaan Ajai yang di’bawakan Hafiz Suip. Gelaran Vokal Terbaik malam tadi di’menangi oleh Hafiz Suip juga melalui lagu Ku Akui manakala Persembahan Terbaik jatuh kepada persembahan Black & RJ dengan Teman Pengganti. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Aaron Aziz Dukung Adira, Satu Malaysia Cemburu Posted: 06 Jan 2013 06:24 AM PST Antara persembahan yang menjadi perbualan ramai di media sosial malam ini adalah kemunculan khas Aaron Aziz ketika persembahan pembukaan Anugerah Juara Lagu ke 27 (#AJL27). Beliau muncul ketika Hafiz Suip & Adira mendendangkan lagu Ombak Rindu yang merupakan runut bunyi untuk filem dengan judul yang sama di’mana Aaron Aziz bertindak sebagai pelakon utama. Yang menarik perhatian ramai adalah ketika Aaron Aziz mendukung Adira ketika persembahan berlangsung & ini membuatkan nama pelakon Singapura itu di’sebut sebut ramai di media sosial. Kalau anda terlepas untuk menyaksikan aksi Aaron Aziz & Adira di pentas Anugerah Juara Lagu ke 27, ini beberapa keping gambar yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda — jangan cemburu.
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Selepas 20 Tahun Menduda — Jaafar Onn Cari Isteri Di Laman Facebook Posted: 06 Jan 2013 05:59 AM PST Kalau bukan kerana jemputan buffet Ramadhan saban tahun, rasanya susah untuk kami dengar nama Jaafar Onn di laporan media arus perdana. Namun selebriti serba boleh ini masih wujud dalam dunia hiburan. Terbaru, laporan akhbar ada menyebut yang Jaafar Onn telah lancarkan satu misi mencari calon isteri selepas 20 tahun memegang status duda. Menariknya Jaafar Onn memilih platform Facebook untuk memulakan misi pencarian beliau melalui satu laman Facebook yang di’dedikasikan untuk mereka yang ingin mencri jodoh. “?Ini merupakan salah satu usaha saya untuk menamatkan zaman bujang. Memang banyak maklum balas diterima, setakat ini hampir 1,000 wanita yang menyatakan hasrat untuk berkenalan lebih lanjut” Jaafar Onn turut menyatakan yang beliau mencari seseorang yang bersikap lemah lembut dan pandai menjaga rumah tangga selain berusia sekitar 30-an. Doa kami supaya anda cepat bertemu jodoh yang di’cari — ada sesiapa lagi berminat? Heh. © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
Anugerah Juara Lagu Ke 27 — Barisan Selebriti Di Sekitar Karpet Ungu Posted: 06 Jan 2013 05:25 AM PST Ketika ini pastinya ramai antara anda yang sedang melekat di hadapan kaca televisyen untuk menyaksikan pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke 27 (AJL 27) yang bersiaran dari Stadium Putra, Bukit Jalil. Seperti majlis anugerah yang lain, Anugerah Juara Lagu ke 17 juga tidak ketinggalan dengan versi karpet merah mereka sendiri tetapi penganjur dan penaja ambil keputusan menamakan ia sebagai Purple Carpet. Sementara anda menyaksikan persembahan hebat di pentas akhir ini, layankan gambar sekitar karpet ungu untuk Anugerah Juara Lagu ke 27 ini — ada Shila Amzah, Ifa Raziah, Fida Ibrahim, Fara Fauzana, Sazzy Falak, Miera Liyana, Kamal Adli, Amir Jahari & ramai lagi.
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2013. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.