RotiKaya

RotiKaya


RM1,000,000 Money Drop Musim Kedua Kini Lebih Mendebarkan!

Posted: 06 Dec 2012 05:29 PM PST

Kalau ada sebuah program televisyen yang boleh membuatkan kami satu keluarga terpaku dihadapan TV, ianya adalah Astro’s RM1,000,000 Money Drop dan program kegemaran ramai ini sudah pun masuk musim yang kedua & menjanjikan lebih debaran dan emosi drama yang disalurkan setiap Sabtu dan Ahad 10.00 malam hanya di saluran 104, ASTRO RIA yang penuh dengan debaran untuk menang sebanyak duit itu.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Senarai Giliran Persembahan Lagu Untuk Anugerah Juara Lagu Ke 27

Posted: 06 Dec 2012 05:07 PM PST

Sebulan dari sekarang, Anugerah Juara Lagu ke 27 bakal kembali. Selepas kemenangan lagu Awan Nano tahun lalu, lagu manakah pula bakal dinobatkan juara? 12 lagu terbaik hasil nukilan komposer dan penulis lirik masing masing, Anugerah Juara Lagu yang ke 27 akan berlangsung pada 6 Januari 2013 dan dibawakan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil jam 9.00 malam.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Muat Turun Aplikasi Mana Naga Sempena Maharaja Lawak Mega 2012

Posted: 06 Dec 2012 04:19 PM PST

Demam rancangan komedi terhebat, Maharaja Lawak Mega 2012 semakin terasa dan anda boleh bawa ‘demam’ ini kemana mana bersama anda dengan aplikasi khas ini.

Menarik bukan? Program komedi dengan aplikasi permainan mudah alih khas dan Astro berbangga membawakan kepada anda Mana Naga yang kini boleh mula dimuat turun.

Mana Naga ketika ini boleh didapati untuk platform Android melalui Google Play dan platform iOS melalui iTunes dan untuk peminat semua, aplikasi ini percuma untuk dimuat turun.

Jadi, apa yang boleh anda buat dengan aplikasi khas ini? Pertamanya, anda boleh mencabar rakan Facebook anda untuk bermain bersama untuk merebut hadiah yang bakal ditawarkan kepada 10 orang peminat yang berjaya mendapatkan markah tertinggi.(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.250)

Posted: 06 Dec 2012 08:16 AM PST

Menjelang album penuh beliau yang akan di’lancarkan pada 11 Disember ini, Bruno Mars melepaskan single ketiga bertajuk When I Was Your Man. Tangkap leleh. Heh. – Hypable

Izara Aishah (gambar) mengesahkan sebuah projek filem yang masih rahsia melibatkan beliau, Maya Karin, Bront Palarae dan Remy Ishak. Filem apa agaknya? – Twitter

Pendatang baru Frank Ocean menerima 6 pencalonan untuk anugerah Grammy 2013 & setaraf dengan bilangan pencalonan untuk Jay-Z, Kanye West & FUN. – Huff. Post

Kini sedang sibuk dengan persaingan AFF Suzuki Cup 2012, Khairul Fahmi Che Mat tetap berjanji untuk menyerahkan kad jemputan kahwin dengan tangan sendiri kelak. – Murai

Biarpun terpaksa melalui pelbagai liku cabaran untuk filem ini, Anne Hathaway berkata beliau akan tetap berlakon dalam Les Miserables walaupun tanpa sebarang bayaran. – Telegraph

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fahrin Ahmad Mengaku Tidak Sempat Cari Jodoh, Sibuk Sepanjang 2013

Posted: 05 Dec 2012 09:10 PM PST

Kalau anda masih ingat, Fahrin Ahmad pernah menjadi tajuk perbualan utama media dan juga para peminat kerana kisah cinta beliau namun semuanya seakan senyap kini.

Sempat bertemu Fahrin Ahmad di sidang media Persembahan Makan Malam Amal Tahajjud Cinta, kami bertanyakan status percintaan beliau ketika ini. Penyibuk bukan?

“Saya tiada cerita untuk di’ceritakan — saya sendiri jarang turun ke acara hiburan untuk bertemu media seperti hari ini,” ujar selebriti untuk kempen Red Ribbon ini.

Menjengah usia 34 tahun pada 2013, Fahrin Ahmad mengakui yang dirinya kini tidak tertekan akan soal jodoh walaupun sekali sekala di’tanya oleh orang tua beliau.

“Jodoh — kadang kadang mak ayah ada juga bertanya tetapi saya tidak nampak yang status saya akan berubah pada tahun 2013 kerana jadual yang sudah pun penuh”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...