RotiKaya |
- Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nikahkan Khairul Fahmi & Leuniey
- Afdlin Shauki: Kami Tidak Peduli Persepsi Orang Tentang Niat Kami Ke Gaza
- Liyana Jasmay Telah Selamat Kembali Ke Malaysia, Mula Rancang Kahwin
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.252)
- Gambar: Keluarga Comel Harith Iskander Dalam Majalah Hello! Malaysia
Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz Nikahkan Khairul Fahmi & Leuniey Posted: 10 Dec 2012 04:50 PM PST
Khairul Fahmi Che Mat atau Apex akan mengahwini Leuniey Natasha pada 28 Disember ini dan khabar terbaru mengatakan pasangan ini akan di’nikahkan oleh Tok Guru Nik Aziz. Portal hiburan Murai melaporkan yang ayahanda Leuniey sendiri mengesahkan perkara ini selepas menerima surat rasmi dari Pejabat Menteri Besar Kelantan awal pagi hari ini. “Alhamdulillah, insyaAllah, pasangan ini akan dinikahkan oleh Menteri Besar Kelantan, YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat,” kata ayah Leuniey yang di’hubungi. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Afdlin Shauki: Kami Tidak Peduli Persepsi Orang Tentang Niat Kami Ke Gaza Posted: 10 Dec 2012 03:07 PM PST
Afdlin Shauki yang di’temui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba sangat bersemangat untuk menceritakan pengalaman beliau ketika di Gaza. “Ketika mula mula hendak ke sana memang wujud perasaan takut, tetapi setelah tiba disana semenanjung Gaza pada saya menjadi tempat paling aman sekali,” ujar beliau semalam. “Walaupun telah di’bom banyak kali, rakyat Palestin di Gaza sangat tenang menghadapi segala cabaran dan mereka adalah orang yang paling peramah pernah saya jumpa” (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Liyana Jasmay Telah Selamat Kembali Ke Malaysia, Mula Rancang Kahwin Posted: 10 Dec 2012 01:40 PM PST Oleh: Syafiqah Noor Setelah enam bulan menetap di kota New York, Liyana Jasmay akhirnya kembali ke tanah air setelah berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan penulisan skrip dan pengarahan di New york Film & Academy. 6 bulan kita sunyi sepi dengan cerita penyanyi lagu Ku Tak Percaya Cinta ini. Liyana Jasmay bakal sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung pada Februari 2013. Liyana Jasmay sah menjadi tunangan kepada usahawan muda, Fathudin Mazlan di rumahnya Tropika Kemensah pada 28 Mac 2012 lalu. Liyana sendiri ketika ditemui di KLIA sekembalinya beliau dari New York mengakui jadualnya sangat padat. Bermula dengan urusan majlis pernikahan beliau, Februari sehingga Mac 2013, beliau turut sibuk menguruskan Mermaid, production house yang ditubuhkan Liyana sendiri bersama kakaknya. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.252) Posted: 10 Dec 2012 01:05 PM PST
PSY di’khabarkan bakal turun ke India untuk berkongsi pentas bersama Salman Khan untuk upacara pembukaan Celebrity Cricket League (CCL) Januari 2013. – Hindustan Times Walau pasangan selebriti Hollywood sering di’kaitkan dengan jodoh yang tidak panjang, ini senarai 8 pasangan bahagia yang masih utuh sehingga hari ini. – Celebuzz Danny X Factor mengakui yang beliau cemburu dengan Tomok & Nabil kerana sudah pun mempunyai anak sedangkan mereka kahwin dalam tempoh yang sama. – Kosmo! Selera mahu yang muda & terbaru Demi Moore (gambar) telah di’tinggalkan oleh kekasih muda beliau & anak sendiri risau dengan sikap aktress ini yang suka berparti. – MSN (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
Gambar: Keluarga Comel Harith Iskander Dalam Majalah Hello! Malaysia Posted: 09 Dec 2012 09:46 PM PST
Selebriti yang bergelar Raja Komedi Malaysia ini muncul dalam keluaran majalah HELLO! edisi Malaysia terbaru bersama isteri Jezamine Lim & anak mereka, Zander Xayne. Hendak tahu apa yang pasangan ini perkatakan akan kehadiran anak sulung dalam kehidupan mereka, perlu dapatkan majalah HELLO! terbaru di’pasaran. Ini bukan iklan. Dalam perkembangan lain, Harith Iskander berkata di Twitter yang beliau ada di’tawarkan sekali lagi untuk sertai Maharaja Lawak Mega 2012 namun menolak dengan baik. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.