RotiKaya |
- Swedish House Mafia ‘One Last Tour’ Live In Kuala Lumpur, 18 Januari 2013
- Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.234)
- Alyah, Sleeq Kuasai Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2012
- Erra Fazira Dedah Rahsia Cantik Bersama Produk Estée Lauder
| Swedish House Mafia ‘One Last Tour’ Live In Kuala Lumpur, 18 Januari 2013 Posted: 08 Nov 2012 05:49 PM PST
Trio dance music mengumumkan yang mereka bakal bersama selepas berakhirnya jelajah yang diberi nama One Last Tour & bakal bermula pertengah November ini di Dubai. Muncul sebagai DJ ketiga terkaya di’dunia (US$14 juta setahun) menerusi senarai Forbes, Swedish House Mafia berkenan untuk singgah di Malaysia sebagai salah satu destinasi jelajah. Popular dengan single seperti Save The World dan Don’t You Worry Child, Swedish House Mafia akan menggegarkan pentas Surf Beach, Sunway Lagoon pada 18 Januari 2013 nanti. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.234) Posted: 08 Nov 2012 08:37 AM PST
Terima kasih kepada khabar angin di internet, Michael Bay kini serius mempertimbangkan untuk mengambil Mark Wahlberg sebagai teraju filem Transformers 4. – Vulture Ibu kepada bintang sitkom popular Modern Family, Ariel Winter (gambar) menafikan dakwaan beliau mendera anaknya itu yang kini berada di’bawah jagaan kakak sulung. – People Menghargai jasa kota New York menjadikan siapa dirinya beliau hari ini, Lady Gaga menyumbangkan US$1 juta untuk tabung bencana taufan Sandy baru baru ini. – Splash News Kerana faktor usia yang kini mencecah usia 47 tahun, Datuk Hattan tidak berminat untuk mencari pasangan hidup apatah lagi untuk bercinta seperti dahulu. – mStar Online (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Alyah, Sleeq Kuasai Pencalonan Anugerah Planet Muzik 2012 Posted: 08 Nov 2012 08:10 AM PST
Petang semalam, berlangsungnya sidang media rasmi untuk mengumumkan senarai pencalonan akhir untuk Anugerah Planet Muzik 2012 yang akan berlangsung Disember nanti. Alyah menjadi artis Malaysia yang berjaya mengungguli senarai pencalonan kategori dalam majlis anugerah yang sudah masuk tahun ke-11 itu dengan lima pencalonan. Pelontar suara untuk lagu Kisah Hati ini tercalon dalam Artis Wanita Terbaik, Lagu Terbaik (Kisah Hati), Artis Serantau Paling Popular, Lagu Serantau Paling Popular & Ikon Media Baru. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| Erra Fazira Dedah Rahsia Cantik Bersama Produk Estée Lauder Posted: 07 Nov 2012 09:38 PM PST
Bercakap dalam satu temubual eksklusif, Erra Fazira dedahkan yang Double Wear Stay-in-Place Dual Effect SPF10/PA+ adalah barang wajib dalam beg mekap beliau. “Ia boleh bertukar tukar daripada bedak asas kepada bedak kemasan dengan serta merta. Ia juga kekal segar dan nampak semula jadi bila touch-up!,” ujar Erra Fazira. Menjadikan Audrey Hepburn sebagai ikon kecantikan beliau, Erra Fazira berkata kecantikan bererti memiliki yang bersih dan segar & tidak sekadar luaran, dalaman juga perlu seiring. Ikuti temubual duta Estée Lauder Malaysia ini bercakap tentang gaya juga solekan kegemaran beliau dan pastinya bagaimana produk Estée Lauder membantu beliau kekal cantik. (...) © RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink |
| You are subscribed to email updates from ROTIKAYA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |




No comments:
Post a Comment
Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.