RotiKaya

RotiKaya


Zizan Razak & Juliana Evans: Kami Pernah Ungkap Kata Kata Sayang

Posted: 06 Nov 2012 06:25 PM PST

Oleh kerana gambar Juliana Evans tersebar di internet baru baru ini, pastinya ramai yang ingin tahu apakah reaksi ‘kekasih’ beliau, Zizan Razak. Heh. Tidak pasal pasal.

Dalam kenyataan kepada Berita Harian hari ini, Zizan Razak mengatakan yang beliau tidak terkejut dengan tersebarnya gambar tersebut kerana mereka tiada apa apa hubungan.

“Saya tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa apa & juga kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya”

“Memang saya tidak pernah letakkan sebarang harapan sebaik saja dia ke luar negara. Saya kurang percaya pada hubungan jarak jauh. Jadi biarlah dia jalani hidupnya sendiri”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Anzalna Nasir Akui Ada Berbincang Pasal Kahwin, Belum Bersedia

Posted: 06 Nov 2012 05:21 PM PST

Anzalna Nasir Akui Ada Berbincang Pasal Kahwin, Belum BersediaKita kerap melihat wajah Anzalna Nasir di kaca televisyen, tetapi tahukah anda yang aktress muda ini bakal keluar dengan filem pertama hujung bulan ini? Ya, ya.

Ditemui ketika siri jelajah untuk promosi filem Sepah The Movie, Anzalna Nasir berkata yang beliau berdebar menunggu reaksi penonton terhadap lakonan filem pertamanya.

“Tetapi, saya tidak takut akan kritikan tentang lakonan saya kelak kerana saya terbuka untuk menerima apa apa komen sekali pun nanti,” ujar Anzalna Nasir di Johor Bahru.

Menyentuh tentang gossip yang mengatakan kekasihnya Hanif Zaki ada menghantar rombongan masuk merisik & meminang, Anzalna Nasir pantas menafikan perkara tersebut.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Cerai Kerana Suami Songsang?

Posted: 06 Nov 2012 04:42 PM PST

Bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kami dengar akan ‘kisah sebenar’ di’sebalik kemelut yang sedang melanda hubungan pasangan selebriti popular ini.

Tiada ribut, tiada angin tiba tiba satu Malaysia kini tertanya tanya tentang apakah punca pasangan ini bakal bercerai, atau sekurang kurangnya kini tidak sehaluan.

Seorang krew produksi yang rapat dengan si isteri baru baru ini bercerita kepada kami tentang luahan hati aktress ini yang khabarnya makan hati kerana suami berubah arah.

Menurut si isteri, suaminya itu telah ‘kantoi’ tidur bersama orang lain beberapa kali sepanjang perkahwinan mereka dan pihak keluarga pun sudah mengetahui akan perkara ini.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.232)

Posted: 06 Nov 2012 08:59 AM PST

Sensasi muzik pop Korea yang baru sahaja tamat konsertnya di Malaysia, Big Bang umumkan yang mereka akan melancarkan album khas untuk pasaran Jepun. – allkpop

Mengakui yang dirinya tidak bertepuk sebelah tangan, Zalif Sidek mengakui yang Fida Ibrahim (gambar) mempunyai ciri ciri dan personaliti seorang isteri yang solehah. – GUA

Dalam satu temubual bintang filem Twilight ini bersama media baru baru ini, Kristen Stewart berkata beliau sebenarnya tidak sabar untuk bergelar ibu. Kahwin cepat. – Just Jared

Mencipta nama dengan siri epik Star Wars, Harrison Ford hari ini berkata yang beliau berminat sekiranya di’tawarkan kembali watak Han Solo untuk sekuel filem tersebut. – Ent. Weekly

Lindsay Lohan kemungkinan bakal di’dakwa kerana menipu kepada pihak polis selepas insiden kemalangan di’lebuhraya pada Jun 2012 yang lalu & hukuman penjara terlibat. – TMZ

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

PSY Bakal Turun Ke Malaysia Untuk Future Music Festival Asia 2013

Posted: 05 Nov 2012 07:25 PM PST

Peminat Gangnam Style, anda ada sebab untuk teruja dengan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013 kerana PSY telah pun mengesahkan kehadiran beliau, lebih kurang.

Dalam sidang media khas untuk mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan, PSY adalah antara nama besar yang bakal menjadi perhatian para peminat.

Future Music Festival Asia 2013 turut membawakan Fun., Bloc Party, Rita Ora, The Temper Trap, The Stafford Brothers, The Prodigy, Tenzin, Rudimental & Borgore.

Kesemua artis yang di’umumkan penganjur, Livescape hari ini adalah untuk persembahan hari kedua yang akan berlangsung pada 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, KL.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...