RotiKaya

RotiKaya


Gambar: Selebriti Sekitar Majlis Anugerah Most Glam & Most Stylish 2012

Posted: 28 Nov 2012 06:08 PM PST

Gambar: Selebriti Sekitar Majlis Anugerah Most Glam & Most Stylish 2012Sebenarnya bukanlah majlis anugerah per se, tetapi ianya lebih kepada menghargai mereka yang bijak bergaya & berpengaruh dalam dunia fesyen tempatan sepanjang tahun 2012.

Malam tadi, telah berlangsungnya acara Most Glam & Most Stylish 2012 yang di’anjurkan oleh majalah GLAM & juga GLAM Lelaki bertempat di tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Antara selebriti yang hadir penuh gaya malam tadi ialah Izara Aisyah, Maya Karin, Remy Ishak, Sazzy Falak, Marion Caunter, Dayang Nurfaizah, Amy Search & ramai lagi.

Kalau anda tanyakan kepada kami siapa yang berada dalam senarai mereka paling anggun & glamor sepanjang tahun 2012 menurut majalah GLAM, kami sendiri tidak tahu. #LOL

Apa yang kami ada ketika ini adalah gambar eksklusif selebriti yang hadir untuk tatapan anda semua. Soalan, kenapa karpet merah anuegrah lain tidak classy seperti yang ini? Eh.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Ummi Nazeera Nafikan Berkahwin Dalam Masa Terdekat, Belum Bersedia

Posted: 28 Nov 2012 04:15 PM PST

Kali terakhir kami dengar perkhabaran aktress ini tentang kekasih beliau adalah pada Februari 2012 lalu. Hampir setahun kemudian, Ummi Nazeera membuka mulut.

Bercakap kepada Kosmo!, Ummi Nazeera mengakui sedang berkawan rapat dengan jejaka yang di’maksudkan tetapi belum memikirkan apa apa tentang perkahwinan.

Menurut aktress ini lagi, lelaki itu merupakan seorang senior beliau di universiti & sudah pun balik ke Malaysia kerana tamat pengajian — tetapi mereka masih berhubung rapat.

“Insya-Allah, jika ada jodoh dan takdir dengan dia, saya akan terima. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang, saya perlu tamatkan dahulu pengajian,” ujar Ummi Nazeera.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.245)

Posted: 28 Nov 2012 08:02 AM PST

Ingat akan penyanyi yang mahu melelong trofi untuk membantu Gaza? Faizal Tahir mengesahkan salah satu trofi’nya telah pun berjaya di’jual dengan harga RM50,000. – Twitter

Pelakon dan juga pengarah filem Argo, Ben Affleck telah terpilih oleh majalah Entertainment Weekly sebagai Entertainer of the Year, penghormatan tertinggi nampaknya. – EW

Siapa sangka di’sebalik imej nakal Lil’ Wayne, beliau adalah lulusan University of Phoenix dalam bidang psikologi. Siapa lagi rapper yang berkelulusan universiti? – Huff. Post

Selepas enam album, akhirnya Rihanna bakal mempunyai satu album yang berada di tangga teratas dalam carta Billboard 200 apabila Unapologetic laris pada minggu pertama. – MTV

Setelah membuat kemunculan dalam dua buah filem sebelum ini, Mike Tyson mengesahkan yang beliau tidak terlibat dengan produksi filem ketiga The Hangover di Tijuana. – TMZ

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Nabil Ahmad Tinggalkan Suria FM, Enggan Perbaharui Kontrak Lanjut

Posted: 27 Nov 2012 10:01 PM PST

Pertama sekali, di program Meletop malam tadi Nabil Ahmad secara eksklusif mendedahkan nama anak perempuan beliau sebagai Naira Mikayla. Comel namanya, heh.

Hari ini menerusi mStar Online, Nabil Ahmad mendedahkan pula yang beliau akan meninggalkan Suria FM selepas setahun bertugas sebagai penyampai radio di stesen itu.

“Keputusan ini saya ambil demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain seperti berlakon & mengacara,” ujar Nabil Ahmad mengulas punca tindakan beliau itu.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Karyawan: Tiada Asas Untuk Pemuda PAS Bantah Konsert Elton John

Posted: 27 Nov 2012 09:38 PM PST

Ini merupakan tahun kedua berturut turut Elton John tampil membuat persembahan di Malaysia namun masih ada pihak yang mahu membantah kehadiran beliau.

Esok, Elton John bersama pemuzik beliau akan menghiburkan para peminat di Arena of Stars, Genting Highlands bersempena sambutan 40th Anniversary of the Rocket Man.

Pemuda PAS baru baru ini mengeluarkan kenyataan memohon pembatalan konsert tersebut kerana di’dakwa mempromosi gaya hidup homoseksual dan hedonisme. Say what?

Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez berkata kepada The Star hari ini yang Pemuda PAS tiada asas kukuh untuk membantah konsert Elton John itu untuk di’teruskan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Percutian Berbulan Madu Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke Eropah

Posted: 27 Nov 2012 07:30 PM PST

Gambar: Percutian Berbulan Madu Awal Ashaari & Scha al-Yahya Ke EropahAyat tajuk ada serupa bait bait dalam program Destinati Cinta atau tidak? Heh. Itu rancangan yang buat peminat cemburu dengan lokasi yang di’jelajahi oleh artis terpilih.

Pasangan yang ini kami pasti tidak terlibat dengan program tersebut & mereka kini sedang berbahagia menikmati percutian bulan madu kedua mereka di bumi Eropah.

Menurut maklumat ringkas Awal Ashaari, mereka berdua pada awalnya di’bawa ke Istanbul, Turki oleh Mister Potato untuk menyaksikan perlawanan Champions League.

Perlawanan yang menyaksikan Manchester United tumpas kepada Galastaray sekaligus melenyapkan rekod tanpa kalah mereka dalam saingan Champions League setakat ini.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...