RotiKaya

RotiKaya


Gossip: Ezad Lazim Putus Tunang?

Posted: 27 Nov 2012 05:53 PM PST

Pada 1 Jun 2012 yang lalu, Ezad Lazim telah pun mengikat tali pertunangan dengan pembantu peribadi beliau, Asliza Abdullah dalam satu majlis serba ringkas.

Walaupun tiada sebarang tarikh di’berikan ketika itu & bilakah mereka akan berkahwin, jelas Ezad Lazim gembira yang beliau akhirnya bakal mendirikan rumahtangga.

Namun, maklumat terbaru yang kami dapat daripada seorang yang rapat dengan keluarga Ezad Lazim mengatakan pasangan ini sudah pun memutuskan hubungan mereka.

Menurut sumber, urusan untuk perkahwinan sudah pun bermula sejak Julai 2012 lagi dengan pihak lelaki menguruskan segala dokumen yang berkaitan dengan pejabat agama.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Filem Minggu Ini: Life Of Pi

Posted: 27 Nov 2012 05:03 PM PST

Selepas tayangan perdana filem ini di Festival Filem New York, Life of Pi menerima banyak pujian daripada para pengkritik filem yang memang menantikan filem ini.

Filem ini merupakan sebuah lagi karya terjemahan dari novel & kali ini datang dari karya dengan judul yang sama tulisan Yann Martel & mampukah ia ke layar perak?

Sekali imbas, filem ini nampak begitu ringkas — seorang lelaki muda, Pi terdampar di lautan & beliau perlu meneruskan hidup dengan seekor harimau Bengal — itu dan banyak lagi.

Life of Pi juga kisah tentang kepercayaan dan mengatasi kuasa alam semujadi untuk terus hidup. Pengarah, Ang Lee berjaya menyampaikan elemen ini dengan visual yang hebat.

Pendatang baru, Suraj Sharma yang membawakan watak Pi memang mengawal seluruh perjalanan filem ini juga cemerlang berlakon dengan watak CGI seperti seorang professional.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Di Sekitar Resepsi Perkahwinan Hairie Othman & Dalia Diyana

Posted: 27 Nov 2012 10:51 AM PST

Boleh di’kata pasangan ini senyap senyap sahaja berkahwin walaupun ada khabar yang berlegar sebelum ini mengatakan mereka bakal berkahwin sebelum hujung tahun.

Menerusi laman Twitter Hairie Othman sendiri, beliau menyebut yang pernikahan mereka telah selamat berlangsung pada 16 November 2012 yang lalu. Tahniah buat mereka.

Hari ini jurugambar rasmi perkahwinan Hairie Othman & Dalia Diyana, Momentlicous memuat naik beberapa keping gambar sekitar resepsi perkahwinan mereka baru baru ini.

Walaupun Hairie Othman sendiri semakin menghilang dari dunia hiburan tempatan, rasanya ada ramai lagi peminat yang mahu melihat beliau di’hari bahagia bersama pasangan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.244)

Posted: 27 Nov 2012 08:47 AM PST

Program muzik akhir tahun paling popular di Jepun, Kohaku Uta Gassen mengambil keputusan untuk tidak menampilkan mana mana artis Korea seperti KARA & Girl’s Generation kerana mahu menumpukan kepada artis tempatan. – Japan Daily

Agnes Monica rancak merancang album antarabangsa sulung beliau di’bawah terbitan Timbaland yang khabarnya akan turut menampilkan Justin Timberlake & Beyonce. – Kapan Lagi

Buat pertama kalinya sejak di’terbitkan pada Januari 2011 yang lalu, album 21 milik Adele terkeluar dari carta 40 album terlaris di UK, ianya berada dalam carta setiap minggu. – Huff. Post

Bakal muncul dengan filem terbaru Killing Them Softly, Brad Pitt (gambar) mendedahkan yang beliau belum lagi tetapkan sebarang tarikh untuk mengahwini Angelina Jolie. – US Weekly

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem (Gafim), Jurey Latiff Rosli kehilangan anak sulungnya dalam satu kemalangan ngeri yang berlaku petang semalam. Takziah. – Murai

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Siti Nurhaliza: Kempen Baru ‘SimplySiti Di Hati’ Sasarkan Dana RM100,000

Posted: 26 Nov 2012 07:11 PM PST

Siti Nurhaliza: Kempen Baru 'SimplySiti Di Hati' Sasarkan Dana RM100,000Hujung tahun lalu, Siti Nurhaliza melancarkan buat pertama kali kempen SimplySiti Di Hati yang berjaya membantu dua orang kanak kanak yang mengalami masalah jantung.

Atas kejayaan tersebut, Siti Nurhaliza melalui jenama beliau SimplySiti kembali bekerjasama dengan Institut Jantung Negara (IJN) untuk membantu tiga orang kanak kanak pula.

“Kali ini, pembedahan untuk setiap kanak kanak ini perlukan kos sekurang-kurangnya RM30,000 seorang — jadi kita sasar kutipan dana sebanyak RM100,000,” ujar beliau semalam.

Seperti kempen tahun lalu, Dato’ Siti Nurhaliza akan turun ke 11 lokasi Watson terpilih seluruh negara untuk menjadi jurujual & perunding kecantikan sehingga 15 Februari 2013 nanti.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...