RotiKaya

RotiKaya


Hanez Suraya Tidak Tahu Tentang Tunang, Kini Sedang Bekerja Keras

Posted: 13 Nov 2012 05:19 PM PST

Jika anda berada di’pejabat ketika ini, kita sebenarnya senasib kerana niat untuk cuti seminggu tidak kesampaian. Sempena itu, selamat menyambut Awal Muharram.

Malam tadi, bercakap menerusi program Meletop di Astro Ria Hanez Suraya berkata yang beliau sebenarnya tidak tahu sebarang perancangan untuk bertunang tahun hadapan.

“Ya Allah, mana dengar pasal perkara ini? Masalahnya perkara tunang ini memang Hanez tidak tahu tetapi kalau datang dari Awi (Rafael) — itu Hanez tidak tahu,” ujar beliau.

“Yang penting sekarang, kami berdua sedang berusaha keras untuk mengumpul duit. Kalau jodoh kami panjang, kami akan beritahu semua,” tambah Hanez Suraya melalui telefon.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

RM200 Untuk Tonton Persembahan Khas Najwa Latif Live In Singapore?

Posted: 13 Nov 2012 08:49 AM PST

Nampaknya Najwa Latif kini berada dalam kelas tersendiri kerana bukan calang calang harga tiket yang di’kenakan untuk menonton gadis ini membuat persembahan.

Walaupun kini beliau sedang sibuk menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Najwa Latif kekal aktif merancang perjalanan karier beliau selepas tamat peperiksaan kelak.

Dengan cuti yang panjang sebelum melanjutkan pelajaran, ini peluang Najwa Latif untuk bergerak lebih aktif dalam bidang nyanyian & Singapura menjadi destinasi pertama beliau.

Pada 21 Disember 2012, Najwa Latif akan tampil dengan satu persembahan eksklusif untuk 500 orang peminat sahaja di The Joyden Hall @ Bugis, Singapura dengan harga tiket SGD77.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.236)

Posted: 13 Nov 2012 08:02 AM PST

Pengarah Marc Webb memberikan gambaran yang superhero Spider-Man bakal mengenakan kostum dengan rekabentuk untuk filem terbaru 2014 nanti. – Total Film

Penerbit teater Tun Siti Hasmah berkata karya yang kini sedang di’pentaskan di Istana Budaya itu mungkin akan di’angkat ke layar perak selepas respons positif peminat. – Sinar Harian

Bintang Pirates of the Caribbean, Kiera Knightley (gambar) tampil separuh bogel untuk menghiasi muka hadapan majalah kecantikan, Allure. Nipis iman, sila elak. Heh. – Us Weekly

Nama Aliff Aziz terkena tempias apabila Anne Ngasri bertunang hujung minggu lalu & aktress itu mengakui yang bekas kekasih beliau itu tahu awal tentang majlis tersebut. – Murai

Buat pertama kali sejak ‘putus cinta’, Kristen Stewart & Robert Pattinson di’lihat tampil bersama secara rasmi untuk majlis tayangan perdana Breaking Dawn – Part 2. – Huff. Post

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...