RotiKaya

RotiKaya


David Teo Nafikan Halang Shaheizy Sam & Yana Samsudin Menyanyi

Posted: 31 Oct 2012 05:06 PM PDT

Layaknya lagu duet pasangan ini, Begini Caranya ke separuh akhir Muzik Muzik ke 27 memang menjadi kebanggaan para peminat mereka yang jenuh mengundi.

Namun, berita yang Shaheizy Sam & Yana Samsudin tidak akan muncul di’atas pentas Muzik Muzik untuk persembahan seakan meremukkan harapan para peminat.

Dan, pihak pengurusan mereka MIG di’katakan menjadi punca kerana tidak melepaskan kedua dua pelakon ini untuk tujuan itu & hari ini David Teo tampil menjawab.

“Saya memang terkejut & kecewa kerana ia tidak benar sama sekali. Kami hanyalah menguruskan karier lakonan & segala hal yang berkaitan nyanyian, kami tidak akan campur tangan”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Chef Wan Enggan Komen & Anggap Media Sebagai Ikan Piranha

Posted: 31 Oct 2012 04:22 PM PDT

Well, itu adalah antara gelaran ‘terbaik’ pernah media terima daripada seorang selebriti. Kami yang ada di Rotikaya.com terima dengan hati terbuka. #LOL

Laporan mStar Online hari ini menyebut yang Chef Wan enggan mengulas tentang isu rumahtangga anak lelaki beliau, Chef Riz bersama Ana Dahlia yang kini bergolak.

“Kenapa anda bertanya kepada saya & bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa?,” tulis Chef Wan menerusi SMS semalam.

Selain beliau sendiri enggan memberikan komen, Chef Wan juga mengarahkan supaya Chef Riz dan menantu beliau, Ana Dahlia untuk tidak mengeluarkan kenyataan media.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Zahnita Wilson Timang Anak Kedua

Posted: 31 Oct 2012 04:10 PM PDT

Agak lama kita tidak dengar khabar akan pelakon jelita yang juga bergelar model ini. Arkib kami menunjukkan kisah beliau kali terakhir adalah pada tahun 2010. Heh.

Laporan GUA baru baru ini menyebut yang Zahnita Wilson yang berusia 27 tahun kini telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan sekitar 7.30 pagi semalam.

Menurut sumber lagi, kedua dua bayi & ibu kini berada dalam keadaan selamat dan anak kedua Zahnita Wilson & suaminya itu di’berikan nama Zasha. Mudah & senang di’sebut.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.228)

Posted: 31 Oct 2012 04:04 PM PDT

Bersempena dengan Halloween, Britney Spears bakal muncul dengan persalinan witch untuk kemunculan pertama beliau dalam siara langsung X Factor hari ini. – People

Untuk pertama kalinya, CEO Yahoo Marissa Mayer (gambar) berkongsikan gambar anak lelaki pertama beliau yang bernama Macallister di parti Halloween syarikat itu. – SF Gate

Ingat lagi dengan Melia Aimelia? Dalam temubual terbaru hari ini aktress ini mendedahkan yang beliau tertarik dengan lelaki berusia & sedia untuk bermadu. – mStar Online

Dua lelaki telah melakukan kemalangan palsu untuk merompak seorang DJ Hot FM Terengganu & hilang wang hantaran untuk bakal isteri sebanyak RM5,000. – NST

Bersempena dengan hari Halloween semalam, para selebriti Hollywood tidak ketinggalan untuk memakai kostum pilihan dan ini galeri untuk tatapan anda semua. – Just Jared

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Tiz Zaqyah & Remy Ishak Di Kota London Untuk ‘Cinta Jangan Pergi’

Posted: 30 Oct 2012 08:40 PM PDT

Gambar: Tiz Zaqyah & Remy Ishak Di Kota London Untuk 'Cinta Jangan Pergi'Demi untuk mengekalkan status kami sebagai pencuri gambar Instagram selebriti, maka kami kembali lagi dengan seleksi gambar Tiz Zaqyah & Remy Ishak di benua Eropah. #LOL

Tiz Zaqyah & Remy Ishak bersama krew penggambaran telah terbang ke kota London untuk merakamkan adegan percintaan drama bersiri 26 episod arahan Khabir Bhatia.

Drama bersiri berjudul Cinta Jangan Pergi itu bakal ke’udara di TV9 apabila siap sepenuhnya nanti dan mereka berada di kota London selama 20 hari bermula 18 Oktober lalu.

Dan, mereka sebenarnya ketika ini dalam perjalanan pulang ke Malaysia & sementara mereka di’terjah media lain, kita layan gambar mereka di’sana terlebih dahulu. Heh. Enjoice!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Lokasi Bulan Madu: Farid Kamil Niat Bawa Diana Danielle Ke Kota Mekah

Posted: 30 Oct 2012 07:28 PM PDT

Kurang dari 96 jam dari sekarang, Farid Kamil & Diana Danielle dengan izin Tuhan akan bergelar suami isteri dan ini antara perkahwinan paling di’tunggu peminat hiburan.

Malam tadi, secara eksklusif Farid Kamil muncul seorang diri di program terbaru Astro, Meletop yang di’kendalikan oleh Neelofa bersama Nabil Raja Lawak. Awesome ‘kan?

Menjawab soalan tentang lokasi bulan madu mereka berdua selepas berkahwin, Farid Kamil berkata yang beliau memasang hasrat untuk membawa isterinya ke tanah suci Mekah.

“Memang niat saya untuk bawa (Diana Danielle) ke tanah suci Mekah selepas kahwin & mungkin selepas itu barulah destinasi percutian lain,” ujar Farid Kamil semalam.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...