RotiKaya

RotiKaya


Yuna Dirompak Di Seattle & Alatan Muzik Dalam Van Jelajah Lesap

Posted: 28 Oct 2012 06:50 PM PDT

Yuna Dirompak Di Seattle & Alatan Muzik Dalam Van Jelajah LesapSatu dugaan buat penyanyi kesayangan ramai yang sedang gigih mencipta nama di bumi Amerika Syarikat ini. Yuna dan pemuzik beliau di’rompak di sana baru baru ini.

Beberapa jam yang lalu, Yuna berkongsi screenshot perbualan beliau bersama ibu’nya tentang kisah rompakan yang berlaku selepas habis jelajah beliau di Seattle, Amerika Syarikat.

Menurut Yuna, semua peralatan muzik yang mereka gunakan untuk siri jelajah telah lesap dari van yang di’gunakan mereka & bernasib baik kerana tidak berada di tempat kejadian.

Tidak pula di’nyatakan jumlah kerugian yang  di’alami tetapi untuk pemuzik professional seperti Yuna, pasti peralatan muzik yang lesap bukan alang alang murah harganya.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Hairie Othman Bakal Kahwin Anak VIP

Posted: 28 Oct 2012 09:23 AM PDT

Hairie Othman Bakal Kahwin Anak VIPIni kisah Hairie Othman dan bukan berkaitan aktiviti aktif beliau dalam politk dan parti pembangkang buat pertama kali sejak beberapa bulan ini. Apa khabar Abby Abadi? Heh.

Satu laporan di akhbar harian Kosmo! semalam menulis yang Hairie Othman bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi dan kad jemputan sudah pun mula di’edarkan.

Pelakon dan kini bergelar aktivis politik berstatus duda ini telah memilih Dahlia Diana yang merupakan anak perempuan kepada seorang kenamaan bergelar Datuk.

Dalam laporan tersebut, tidak pula di’nyatakan bilakah tarikh pasangan ini bakal di’satukan tetapi resepsi mereka bakal berlangsung di Dewan Semarak Kayangan Felda, KL.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.225)

Posted: 28 Oct 2012 09:07 AM PDT

Selepas berpisah dari Heidi Klum awal tahun ini, Seal buat pertama kali di’lihat keluar bersama seorang wanita misteri ke sebuah parti Halloween hujung minggu lalu. – Us Weekly

Tahukah anda bahawa penyanyi ini sudah putus cinta, lagi & Taylor Swift baru baru ini umumkan siri jelajah untuk album terbaru beliau. Malaysia tiada dalam senarai. – USA Today

Bersedia untuk patah hati. Vokalis Maroon 5, Adam Levine (gambar) di’lihat keluar di khalayak ramai buat pertama kali bersama kekasih beliau, Behati Prinsloo. – Huff. Post

Pelakon Almy Nadia tampil meminta semua pihak supaya tidak meragui status anak angkat beliau walaupun ada khabar angin mengatakan ia’nya merupakan anak kandung. – mStar Online

Kalau anda peduli, Aaron Aziz telah di’masukkan ke hospital untuk dapatkan rawatan selepas mengalami demam teruk di Cape Town sejak beberapa hari lalu & semakin sihat. – SN

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Hattan Bakal Berkahwin Dan Rujuk Isteri Pertama, Arianie Mohd Abidin

Posted: 28 Oct 2012 04:20 AM PDT

Ini sebenarnya satu perkembangan menarik berkaitan penyanyi popular ini. Datuk Hattan mengakui kini merancang untuk berkahwin buat kali ketiga dalam hidup.

Lebih menarik, Hattan kali ini akan menyunting kembali isteri pertama beliau, Arianie Mohd Abidin yang pernah di’kahwini pada 17 Disember 1996 & berpisah pada Mac 2005.

“Kami saling memerlukan & kini berusaha ke arah perkahwinan. Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik,” ujar Hattan.

“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk bina kembali keluarga kami”

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: Gelagat Lisa Surihani Dan Yusry KRU Di Hari Raya Aidiladha

Posted: 27 Oct 2012 08:40 PM PDT

Gelagat Lisa Surihani Dan Yusry KRU Di Hari Raya AidiladhaBagaimana sambutan hari raya Aidiladha anda semua? Harap tiada yang terlebih dos ketika makan daging korban. Dan, ini gambar Lisa Surihani & Yusry KRU.

November 2012 boleh kami katakan sebagai bulan sibuk untuk Lisa Surihani apabila terlibat dengan pementasan Tun Siti Hasmah & juga promosi filem Istanbul, Aku Datang.

Istanbul, Aku Datang akan ke pawagam bermula 8 November ini manakala pementasan teater Tun Siti Hasmah di Istana Budaya akan bermula pada 9 hingga 19 November 2012.

Itu sahaja perkembangan Lisa Surihani ketika ini, masih belum mengandung dan bahagia seperti awan ke’sembilan bersama Yusry KRU. Lagi gambar selepas ini, enjoice!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

RHB EVO Card: Satu Satunya Kad Hiburan & Gaya Hidup Yang Anda Perlukan

Posted: 27 Oct 2012 07:53 PM PDT

Anda berda di’sini untuk mengetahui info hiburan & gossip sudah membuktikan yang anda semua memerlukan kad kredit yang di’dedikasi khas untuk hiburan dan gaya hidup.

Kad RHB EVO menawarkan apa yang anda mahu setiap kali anda keluar berhibur bersama rakan rakan — 20% pulangan wang tunai ke dalam akaun setiap kali di’gunakan.

Anda akan menerima pulangan wang tunai 20% apabila anda menggunakan kad RHB EVO di lokasi hiburan seperti panggung wayang, konsert, bowling mahu pun taman tema terpilih.

Mensasarkan golongan muda berusia 21 hingga 30 tahun, kad RHB EVO hanya perlukan anda untuk mempunyai gaji minimum RM2,000 sebulan untuk layak memohon. Nice eh?

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gambar: 15,000 Peminat Terhibur Dengan Persembahan Big Bang Di KL

Posted: 27 Oct 2012 07:17 PM PDT

15,000 Peminat Terhibur Dengan Persembahan Big Bang Di KLTidak salah jika kami katakan yang konsert Big Bang Alive Galaxy Tour ini merupakan konsert terbesar yang di’adakan di bumi Malaysia sepanjang tahun ini.

Dengan kehadiran peminat melebihi angka 15,000 orang, Big Bang berjaya meninggalkan kenangan paling manis buat semua peminat mereka di Malaysia malam tadi.

Mengambil tempat di Stadium Merdeka, KL kehadiran Big Bang ke Malaysia merupakan sebahagian daripada rangka jelajah Asia mereka — Big Bang terbang dari Manila, Filipina.

Di’anjurkan oleh Running Into The Sun, konsert Big Bang Alive Galaxy Tour 2012 ini menelan belanja RM4 juta dan mendapat tajaan serta sokongan penuh Samsung Galaxy.

Menampilkan 30 lagu popular mereka sepanjang konsert, persembahan bertenaga Big Bang malam tadi memang layak dengan jolokan selebriti Asia paling berpengaruh di’dunia.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...