RotiKaya

RotiKaya


Maya Karin Tolak 10 Tawaran Lakon Filem Selepas ‘Ombak Rindu’

Posted: 22 Oct 2012 06:06 PM PDT

Maya Karin Tolak 10 Tawaran Lakon Filem Selepas 'Ombak Rindu'Ya, kisah tentang Maya Karin lagi hari ini walaupun empunya badan kini jauh di bumi Nepal sedang enak mendaki gunung bersama bapanya. Enak’lah sangat.

Satu laporan di akhbar harian Kosmo! hari ini menyebut yang Maya Karin semakin selektif dengan portfolio seni beliau apabila menolak 10 tawaran sejak Ombak Rindu.

Menariknya, kesemua tawaran itu adalah untuk beliau muncul dalam filem yang jika di’terima semua’nya, bakal menjadikan wajah Maya Karin sebagai wajah wayang 2012.

“Saya memang selektif dan selepas Ombak Rindu, saya telah menolak lebih 10 tawaran berlakon filem daripada pelbagai produksi,” ujar Maya Karin ketika di’temui baru baru ini.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Juara Maharaja Lawak Mega Musim Kedua Bakal Terima RM500,000

Posted: 22 Oct 2012 05:03 PM PDT

Jika tahun lalu, habuan RM350,000 untuk Osbon sebagai juara Maharaja Lawak Mega sudah di’anggap mewah — tahun ini RM500,000 pula menjadi rebutan.

Maharaja Lawak Mega kembali lagi untuk musim kedua tahun 2012 ini menjanjikan hiburan terbaik untuk anda semua melalui saluran Astro Warna & Mustika HD.

Tahun ini juga menyaksikan penyertaan Johan & Zizan (Jozan) yang memang di’nanti oleh para peminat bersama 11 kumpulan lain dari Malaysia, Singapura & Indonesia.

Malaysia akan di’wakili oleh Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), PiMai (Imuda dan Mat Over), Sabon (Sathia dan Abon), Jambu (Tauke dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan juga Shiro (Shahrol dan Ajak) selain Jozan.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Video: Arrora Salwa Tampil Dengan Video Muzik Rasmi ‘Kau Tak Menarik Lagi’

Posted: 22 Oct 2012 09:42 AM PDT

Jika anda peminat lagu Ahmad dendangan Arrora Salwa, pasti lagu kedua beliau berjudul Kau Tak Menarik Lagi ini akan turut menarik perhatian anda semua.

Telah pun di’mainkan di corong radio tempatan dan mendapat maklumbalas positif daripada peminat, Arrora Salwa tampil dengan video muzik rasmi untuk lagu ini.

Untuk Kau Tak Menarik Lagi, pihak Sony Music Entertainment Malaysia bekerjasama dengan pihak Rotikaya Entertainment untuk menampilkan lagu terbaru ini dalam visual berkualiti.

Single kedua Arrora Salwa ini merupakan hasil ciptaan Panji Sakti & untuk video muzik Kau Tak Menarik Lagi ini mendapat sentuhan pengarah Khairul Hazwan. Enjoice!

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.222)

Posted: 22 Oct 2012 09:13 AM PDT

Penyanyi yang popular dengan lagu You’re Beautiful, James Blunt di’khabarkan akan meninggalkan dunia muzik buat sementara waktu untuk perkara lain. Bersara? – Daily Mail

Di’khabarkan bakal bersara awal bulan ini, Evander Holyfield berkata yang beliau akan kembali ke gelanggang tinju untuk kejuaraan dunia pada usia 50 tahun. Perlu bersara. – TMZ

Pelakon Izreen Azminda menafikan yang beliau mempunyai masalah disiplin tetapi tidak dapat memenuhi undangan baru baru ini kerana masalah kesihatan beliau. – mStar Online

Sah bergelar isteri kepada Justin Timberlake pada 19 Oktober lalu, Jessica Biel (gambar) di’lihat buat pertama kali keluar berjalan dengan memakai cincin perkahwinan. – US Weekly

Aizat baru sahaja pulang dari London selepas mengikuti kursus pendek di Garnish School of Music & kini bersedia gunakan ilmu yang di’timba untuk kerja seni muzik beliau. – GUA

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...