RotiKaya

RotiKaya


Jue Aziz Sekali Lagi Nafikan Gossip & Rasa Kasihan Akan Pemfitnah

Posted: 02 Oct 2012 05:27 PM PDT

“Saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri”

Itu komen Jue Aziz kepada Kosmo! apabila di’tanya tentang apakah tindakan yang beliau mahu ambil kepada individu yang memulakan gossip tentang dirinya bersama Aidil Zafuan.

Dari gaya bahasa pun peminat sudah pasti boleh mengagak siapakah yang di’maksudkan oleh Jue Aziz tersebut & pelakon ini sekali lagi tampil menafikan semua fitnah yang timbul.

Semalam, kecoh gossip mengatakan Jue Aziz & Aidil Zafuan kini sudah dalam fasa serius dan pelakon ini menerima hadiah barangan mewah daripada suami Rita Rudaini itu.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Gossip: Artis Realiti TV Mengamuk Kerana Penerbit Lewat Bayar RM200

Posted: 02 Oct 2012 09:25 AM PDT

Susah juga kalau ada selebriti yang suka berfikiran pendek sebegini. Apalah sangat nilai RM200 jika di’bandingkan dengan reputasi yang tercalar akibat sikap panas baran.

Kalau di’sebutkan nama penyanyi ini, pasti ramai yang kenal walaupun nama’nya sudah semakin tenggelam searus dengan hilangnya populariti program realiti TV hari ini.

Namun kerana masih ada nama, penyanyi lelaki ini dijemput untuk memeriahkan satu rakaman program di sebuah stesen TV swasta baru baru ini & di’janjikan RM200 sebagai token.

Mungkin RM200 terlalu besar, penyanyi ini dikhabarkan mula bertanya tentang bayaran beliau kepada penerbit sebelum sempat pun meninggalkan set penggambaran hari itu.

Pihak produksi menjelaskan yang ianya akan mengambil masa & perlu mengikut prosedur walaupun RM200. Penyanyi lelaki ini seakan faham sehinggalah dua minggu berlalu.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Iqram Dinzly Ada Niat Berhenti Berlakon

Posted: 02 Oct 2012 09:03 AM PDT

Iqram Dinzly Ada Niat Berhenti BerlakonSesuai benar dengan watak yang sedang di’bawakan pelakon ini dalam drama bersiri JuliaIqram Dinzly kali ini mengajak peminat untuk melawat Korea Selatan.

Dengan kerjasama Safir GoTravel, Iqram Dinzly mengajak para peminat untuk bersama beliau mengembara ke Korea Selatan pada hujung tahun ini bersempena musim sejuk.

Bukan sekadar berpeluang untuk bermain ski bersama Iqram Dinzly nanti, peminat yang turut serta akan di’bawa melawat lokasi penggambaran drama Korea di’sana nanti.

Bercakap tentang soal peribadi, Iqram Dinzly sekali lagi hari ini mengatakan yang beliau kini dalam proses merubah diri ke arah kebaikan — & pernah berniat untuk berhenti berlakon.

Namun niat itu beliau padamkan begitu sahaja kerana tidak mahu terlalu nampak akan perubahan diri tetapi sudah mula menghindarkan perkara perkara yang melalaikan diri.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Fakta Hiburan Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Masuk Pejabat Hari Ini (N.208)

Posted: 02 Oct 2012 09:00 AM PDT

Setelah menjelajah Amerika Syarikat awal tahun ini, Mizz Nina kini bakal mengembangkan kerjaya beliau di bumi Australia dengan melancarkan album beliau di’sana. – mStar Online

Sehingga entri ini di’tulis pun, album Zikir Terapi Diri oleh Hafiz Hamidun masih unggul di tangga ke-4 carta album terlaris di iTunes Malaysia. Lebih popular dari Adele & Coldplay. – Twitter

Ini kelakar. Hero filem Taken 2 yang bakal ke pawagam minggu ini, Liam Neeson (gambar) muncul berbogel dalam The Ellen DeGeneres Show demi kesedaran kanser payudara. – E!

Bukan sesuatu yang mengejutkan untuk pelakon ini. George Clooney di’khabarkan sudah tidak berminat untuk meneruskan hubungan cinta dengan Stacy Kiebler. – The Superficial

Anak perempuan kepada mendiang Elvis Presley, Lisa Marie Presley mencuba selama sehari untuk bergelar ‘orang awam’ dengan menjual fish & chips melalui van. – Daily Mail

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Dengarkan: Lagu Tema Filem James Bond Nyanyian Adele, Skyfall

Posted: 02 Oct 2012 04:40 AM PDT

Hanya sehari selepas Adele mengesahkan yang beliau terlibat menyanyikan runut bunyi untuk filem James Bond terbaru, lagu tersebut telah tertiris (bocor) ke internet.

Lagu yang mengambil tajuk sama dengan filem terbaru 007 itu, Skyfall telah di’terima baik oleh para peminat siri James Bond dan Adele sendiri dan ini sesuatu yang bagus.

Komen awal banyak membandingkan lagu ini dengan runut bunyi klasik 007 nyanyian Shirley Bassey sekitar 60′an selain turut mengetengahkan alunan orkestra bunyi ikonik 007.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

Kes DJ Radio Best 104 Jadi Mangsa Culik: Suspek Utama Sudah Ditahan

Posted: 02 Oct 2012 04:23 AM PDT

Tidak sampai 24 jam selepas kami menyiarkan kisah DJ Radio Best 104 yang mendakwa diculik dan diugut bunuh, kini sudah pun ada perkembangan positif.

Kecekapan Polis Johor berjaya menjejaki penjenayah kes itu berikutan penangkapan lima orang suspek semalam.

Kelima-lima suspek berusia 16 hingga 25 tahun itu ditahan di serbuan yang dilakukan sepasukan pegawai & anggota polis Ibupejabat Polis Johor Bahru Utara di Kulaijaya pagi semalam.

Keputusan ujian air kencing terhadap 4 dari suspek terbabit turut didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Perkembangan itu turut menjadikan jumlah tangkapan bagi kes ini kepada tujuh orang. Petang tadi, kelima-lima suspek telah dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

(...)
Teruskan Membaca →


© RotiKaya Staff for ROTIKAYA, 2012. | Permalink

No comments:

Post a Comment

Harap dapat berkongsi pengalaman anda dengan calon-calon pembantu penguasa kasta w17 yang lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...